Pusat Rawatan Al-Qayyum
Penipuan Dan Penyamaran Perawatan Islam – Pada beberapa artikel sebelum ini ada saya kongsikan maklumat tentang Pusat Rawatan Al-Qayyum yang mengamalkan kaedah perawatan dan penyembuhan holistic Islamiah berteraskan Al-Quran dan Sunnah. Artikel tersebut boleh dibaca dan dirujuk di sini >>>> Pusat Rawatan Al-Qayyum
Perawat Pusat Rawatan Al-Qayyum
Jemaah Perawat Pusat Rawatan Al-Qayyum
Namun dalam kemajuan arus kehidupan masa kini ada segelintir manusia yang sanggup mengejar keuntungan duniawi dengan menjual agama. Mereka sanggup mengambil kesempatan dengan melakukan penipuan dan penyamaran umpama menangguk di air yang keruh. Golongan insan sebegini telah mengaku menjadi sebahagian daripada anggota perubatan Pusat Rawatan Al-Qayyum dan mengubati pesakit dengan cara yang bertentangan dengan syariat Islam.

Berhati-Hati Dengan Penipuan Dan Penyamaran Perawatan Islam

Terdapat beberapa aduan dan rungutan yang diterima Pusat Rawatan Al-Qayyum tentang penipuan dan penyamaran oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab. Mereka mengaku telah mempelajari kaedah-kaedah rawatan dan penyembuhan Islam dari Pusat Rawatan Al-Qayyum namun melakukan perawatan dengan menggunakan kaedah sihir ‘pendamping jin’ dan teknik ‘menggolek telur’ seperti seorang bomoh dan pawang.
Penyamaran perawat rawatan Islam
Artikel lanjut berkenaan penipuan dan penyamaran oleh individu tidak bertanggungjawab ini boleh dibaca di artikel blog Pusat Rawatan Al-Qayyum yang saya sediakan dibawah ini:
Sepertimana yang dinyatakan di blog Pusat Rawatan Al-Qayyum, golongan seperti ini adalah lebih sukar untuk ‘dihapuskan gangguannya’ berbanding jin dan syaitan kerana mereka ini berakal tetapi jahat. Kelicikan mereka berkata-kata, menyamar dan menipu sewenang-wenangnya dengan tujuan untuk mengambil kesempatan ke atas para pesakit yang sedang menderita sakit.

Keaslian Pusat Rawatan Al-Qayyum

Saya sertakan di sini printscreen kenyataan Pusat Rawatan Al-Qayyum berkenaan kesahihan perawat-perawatnya berserta maklumat penting untuk pengetahuan anda.
Penyamaran Perawat Al-Qayyum
Perlulah saya nyatakan lagi di sini bahawa Pusat Rawatan Al-Qayyum merupakan pusat rawatan yang diiktiraf mengamalkan kaedah berteraskan Al-Quran dan Sunnah. Oleh itu sekiranya terdapat sebarang permasalahan atau pun kemusyikilan, adalah sebaiknya anda menghubungi terus perawat melalui maklumat yang telah disediakan.
Anda juga boleh berinteraksi dan mengetahui lebih lanjut mengenai perawatan dan penyembuhan Islam yang dikongsikan secara telus melalui laman blog dan Facebook page rasmi
Pusat Rawatan Al-Qayyum.
Blog Al-Qayyum
Blog Rawatan Jarak Jauh Al-Qayyum
Facebook Page Al-Qayyum

Pusat
Rawatan Al-Qayyum

B3-1-K10, Ground Floor
Sri Meranti Apartment
Bandar Sri Damansara
52200 Kuala Lumpur
E-Mel : alqayyum.holistik@gmail.com
Pusat Rawatan Al-Qayyum
‘Jihad menentang kejahatan dan kezaliman manusia, jin, syaitan dan iblis laknatullah’

 

 
Pusat Rawatan Al-Qayyum
Pusat Rawatan Al-Qayyum
 

 

 

77 Thoughts to “Penipuan Dan Penyamaran Perawatan Islam”

  1. memmet lenggeng

    Perkara macam ni memang kerap berlaku…perlu ada satu mekanisme untuk membendung perbuatan tak bertanggungjawab ini

    1. Betul tu… org penipu mcm ni mmg patut dihukum.. menyusakhan lagi org yg sudah sedia susah…

  2. acik idah

    Subhanallah dunia akhir zaman… fitnah dan penipuan sangat berleluasa…
    pssttt… comey la wajah baru blog nie… nampak segarr jer… 😀 hahaha… nampak sangat dah lama hilang ekk… 😀

    1. Itulah manusia akhir zaman.. tak takut hasil yg dah tentu2 haram… astagfirullah..
      T kasih Idah… salam berblogging 2015… 🙂

  3. ikhwan yusuff

    Alhamdulillah.. perkongsian yang bermanfaat En.Khir.. tq

    1. Alhamdulillah… mudah2an bermanfaat Ikhwan.. 🙂

  4. Sylarius Yusof

    Perkongsian yang bagus KK. Sekarang ni macam-macam benda orang boleh tipu.

    1. Betul tu.. sampai hati betul golongan org mcm ni.. disebabkan keuntungan semata2…

  5. selama ni saya ingat golek telur tu 'betul'..sebab dulu ada ustaz viral dengan kaedah tu untuk membuang penyakit..susah jugak kan nak tau mana yang betul, mana yang tipu.

    1. betul kak..dulu saya pon pikir betul…

    2. Samalah dgn saya juga hingga saya terbaca kat satu majalah ttg hal golek telur tu… mmg kena berhati2lah dlm hal2 berubat ni kan..

  6. Ya Allah. Semoga dijauhkanlah daripada segala jenis penipuan ni ya. Hmmm

    1. Tulah… kesian.. ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.. semoga kita semua dijauhkanlah hendaknya… aamiin.

  7. kena lebih berhati hati sekarang.

    1. Betul tu Inani.. pastikan yg betul sblum percaya kan…

  8. banyak yang cuba mencari keuntungan dengan cara yang salah

    1. Bila hal duit ni mcm2 cara org tak betul sanggup buat kan…

  9. Cheq Eem

    memang betul tu.. jin dan syaitan memang senang untuk singkirkan… tapi lagi susah singkirkan manusia yg berperangai seperti jin…

    p/s: lama tak datang sini… macam dah berubah wajah jer blog KK… 😀

    1. Manusia mcm tu lebih hina dari jin yg jahat tu… astagfirullah…
      Wajah blog 2015 Cheq Eem.. 😀

  10. Banyak dah masalah penipuan lagi-lagi yang macam ni kagi teruk.

    1. Memang teruk betul… ambil kesempatan dari org yg kesempitan… mmg tak patut lah…

  11. Takut juga dengan penipuan nie kerana kita yang tak tahu memana boleh terjebak dalam syirik

    1. Itulah… lebih baik kita cari yg benar2 bertauliah mcm Al Qayyum ni.. semuanya telus…

  12. Lynn Munir

    Macam-macam cara penipuan sekarang ni. Yang nak pergi berubat kena lebih berhati-hati
    dan lebih memilih.

    1. Memilih tu yg mmg perlu kan kak Lynn… mcm2 cara org sanggup menjual agama semata2 nak untung dunia… nauzubillah…

  13. Semoga kita dilindungi Allah selalu dalam hal-hal sebegini.

    1. Aamiin.. moga kita semua dilindungi… aamiin.

    1. Alhamdulillah… mudah2an bermanfaat, in shaa Allah…

  14. Pada zaman ini, jika sesuatu yang boleh mendatangkan wang yang banyak…tidak kira caranya betul atau tidak, haram atau halal janji hidup mewah didunia. Cuma kita yg menggunakan perkhidmatan ini perlu benar2 pasti akan kesahihannya.

    1. Betul tu BM… dunia akhir zaman ni ada yg sanggup menganiaya org semata2 kerana keuntungan.. astagfirullah. Kita perlu lebih berhati2 dan jngn mudah terpercaya kan…

    1. Memang bahaya ZF.. merisaukan….

  15. perkara macam ni pon ada orang nak menipu..mana lah pergi sifat yang baik dalam diri mereka tu..

    1. Itulah… sanggu golongan mcm ni buat kerja bermain2 dgn agama… menipu org. Sampai hati…

  16. mmg takut dengan mereka yg berani menjual agama utk kepentingan diri…entah apa yg dikejar duniawi ni -_-

    1. Betul tu Sally… dalam kita mengharapkan bantuan, rupa2nya dia ambil kesempatan atas kesulitan yg ada.. memang jahanam org mcm ni…

  17. nak kena tengok jugak kan perawatan islam yang betul2…risau pulak bila dah jadi macam ni

    1. Memang betul tu Aida.. sebab tu artikel ni disebarkan. Agar org yg teraniaya tidak bertambah teraniaya lagi… kesian kan…

  18. Benda2 macam ni mmg selalu berlaku..Jadi kita kena lbh berhati2 dlm mendapatkan rawatan ..ken tgk btul2 apa yg berlaku..Jgn nnt dah kena br sibuk ..kena sibuk dulu kaji dulu baru l blh guna khidmat yg mmg betul2 profesional..

    1. Betul tu Lya.. sekurang2nya kita dah tahu skrng kan. Sekurang2nya dptlah membantu sesiapa yg bermasalah ke tempat yg betul.. in shaa Allah…

  19. Kdg2 bila kita terlalu terdesak utk mendptkan sesuatu ..kita akn mudah ditpu orang dan tertipu ..

    1. Itulah… kesian sbb bila dah kesempitan, mmg mengharapkan kebaikan org membantu… sayangnya, masuk ke kandang buaya pula…

  20. Perkongsian yang baik..sekarang ni..macam-macam cara orang buat untuk menipu…

    1. Kena lebih berhati2 zaman skrng ni… mudah2an bermanfaat utk kebaikan bersama semua, in shaa Allah…

  21. bagus! semoga kita terhindar dari penipuan… 🙂

    1. Aamiin.. mudah2an kita semua terhindar…

  22. itulah sekarang ini mcm-mcm orang sanggup menipu..terima kasih pencerahannya

    1. Alhamdulillah.. mudah2an bermanfaat buat kita semua Acik… aamiin.

  23. bahaya betul sekarang ni.. ada yang sanggup menipu semata-mata kerana inginkan keuntungan..

    1. Tulah… menipu dan menganiaya org lagi… astagfirullah.. mmg kena berhati2…

  24. biasalah… asal popular sikit, sikit je, ada je orang yang terlebih bijak yang akan mengambil kesempatan…

    1. Tulah… kesian kpd yg memerlukan bantuan tetapi ditipu pula.. tak baik betullah org2 yg sanggup ambil kesempatan dari kesempitan org lain mcm ni…

  25. ada saje orang yang suka ambil kesempatan nie…dahlah pakej umrah pun ada orang nak tipu, dengan air tok guru, perawatan islam..golongan yang patut dibendung

    1. Betul tu BL.. memang melampau mereka ni. Sanggup menipu perkara2 mcm ni semata2 utk keuntungan yg haram… nauzubillah. Mmg sepatutnya dibendung…

  26. Astagfirulllah …inilah kelicikan individu yang tidak takut hukum Allah. Rasanya ada nampak perubatan seperti di lalukan. Golongan orang tua mudah terpengaruh.Etuza bersyukur dapat maba infor ini..terima kasih ya KK..

    1. Memang tak patut golongan yg menipu mcm ni.. semoga maklumat ini bermanfaat buat kita semua cikgu Etuza, in shaa Allah…

  27. orang sanggup lakukan apa saja demi wang ringgit walaupun dengan cara menipu dan tahu ia berdosa.semoga kita semua lebih berhati hai dan di jauhi dari penipuan,.bimbang juga kan,.

    1. Memang sgt membimbangkan.. kesian kpd mereka yg sudah sakit tetapi ditipu pula. Menjadi peringatan buat kita semua…

  28. Bila duit dah mengaburi mata..mereka tak kisah tentang dosa dan pahala dah..sanggup menipu untuk kepentingan sendiri..
    Terima kasih atas pencerahan ini..moga2 tiada yang tertipu dengan mereka yang menyamar sebagai wakil dari pusat rawatan ini. rugi je nanti bayar banyak2 rupanya kena tipu…

    1. Itulah.. sudahlah dalam kesempitan tambah ditipu pula lagi. Buruk betul perlakuan menipu mcm ni kan. Mudah2an menjadi peringatan buat kita semua agar sentiasa berhati2…

  29. owh sy sendri xpercaya sgt dgn 'perawatan Islam' sb bg sy gangguan2 jin setan tu dr dlm diri sendiri jerk sb bg sy semua tu mengarut jer

    1. Tak berani nak ulas sbb sedia diketahui jin dan syaitan serta perkara ghaib telah dijelaskan dgn panjang lebar dalam Al-Quran melangkaui teori sains dan logik akal. Kepercayaan itu juga menjadi asas dlm rukun iman. Cuma berhati2 dgn penyamaran dan penipuan agar tidak teraniaya…

  30. dulu saya tidak percaya adanya amalan sihir…
    tapi bila dah kena kat keluarga sendiri barulah percaya…
    jika nak berubat secara islam pastikan,mereka tidak menggunakan
    kaedah lain contohnya jarum,telur,batu…dan sebagainya…
    bila depa menggunakan golek2 telur tu,lepas tu ada pulak jarum dlm tu,kononnya jarum tulah yg dihantar,
    pada pesakit….depa charge lah ikut jumlah jarum dlm telur tu….
    hati2 sebelum terkena….
    Cari lah org yg betul2 tggi ilmunya tentang islam…..

  31. pergi tempat sihir untuk berubat itu salah.. ye dak

  32. Moga kita dijauhi dengan segala bentuk penipuan.

  33. Anonymous

    eh.. bahaya ni..ambik kesempatan betul..

  34. Ya Allah..ade jugak yang buat macam ni..takutnya terjebak dengan syirik

  35. ambil kesempatan betul…ini lagi bahaya…kita ingat betul2 rawatan islam…rupanya berdamping dengan jin syaitan juga…

  36. kena lebih berhati-hati….sekarang macam-macam bole jadi…

  37. x de keje lain ke org mcm ni..gunakan nama org lain demi kepentingan sendiri..aduhai!!!

  38. xbiak nya menipu org yg sednag sakit n kesusahan…
    hurm.. xpatut betul..
    btw,thanks 4 the info…lepas nie kena hati2…

  39. banyak entri kebelakangan ni yg berunsurkan promosi.. ni mesti masyuk ni.. heheheh

  40. Salam,

    kita perlu lebih berhati-hati..

  41. Ija Rased

    kena selidik dulu seblum buat keputusan untuk dapatkan rawatan.

  42. takutnya kalau salah pergi pusat rawatan. ayah saya selalu berubat dengan kawan dia je. senang sikit.

  43. macam2 cara org nak menipu utk kepentingan diri sendiri

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.