Baru-baru ini, saya bersama isteri telah berkunjung ke Pusat Rawatan Al-Qayyum dan meluangkan beberapa jam berbicara bersama antara perawat yang pakar dalam bidangnya. Alhamdulillah, temujanji yang telah diatur tidak dipersiakan demi mendapatkan informasi untuk diketengahkan kepada sahabat pembaca yang dikasihi sekelian sebagai rujukan bermanfaat buat kehidupan insan.
Pusat Rawatan Islam Al-Qayyum
Buat pembaca yang mengikuti blog ini pasti mengetahui beberapa artikel berkenaan Pusat Rawatan Al-Qayyum yang pernah dikongsikan. Mungkin juga ada diantaranya yang pernah mendapatkan khidmat rawatan, memperkenalkan kepada kenalan atau ahli keluarga yang memerlukan atau buat masa ini sedang mencari pusat rawatan berteraskan Islam. Maka inilah informasi bagi merungkai permasalahan terutama penyakit yang sukar diterjemah melalui kaedah perubatan konvensional.
Pusat Rawatan Al-Qayyum mengamalkan kaedah penyembuhan holistik Islamiah yang menggabungkan variasi perubatan Islam sebagai elemen utama bersama perubatan tradisional, perubatan alternatif, perubatan komplimentari dan perubatan suplimentari. Pusat rawatan ini telah menyediakan perkhidmatan bermula Februari 2011 secara eksklusif, menyeluruh, sistematik dan terbukti berkesan kepada para pesakit bagi merawat segala jenis penyakit dan masalah.
Ustaz Mohd Shakir menjelaskan tentang operasi dan pengurusan merawat pesakit |
Bahagian merawat pesakit. Setiap rahsia pesakit adalah amanah Pusat Rawatan Al-Qayyum |
Bilik persalinan yang disediakan untuk kemudahan pesakit |
Kemudahan tandas dan bilik mandi untuk kemudahan pesakit |
Panduan Mandi Terapi Mandian Pusat Rawatan Al-Qayyum |
Memartabatkan Rawatan Islam Sebagai Solusi Penyembuhan Berkesan
Kemajuan dunia era digital masa kini menyaksikan pelbagai penawaran sains teknologi demi membina kehidupan yang sihat dan sejahtera. Namun tanpa disedari ada diantara kita yang semakin jauh daripada mengenali mahupun memahami kaedah-kaedah saintifik yang telah pun wujud dalam perawatan Islam. Perubatan berasaskan Al-Quran dan sunnah tetap releven dan sentiasa perlu dimartabatkan selaras dengan arus modernisasi sebagai solusi terbaik buat umat manusia.
Pusat Rawatan Al-Qayyum sentiasa memastikan operasi rawatan yang dijalankan menepati piawaian setaraf dengan pusat rawatan moden. Setiap operasi rawatan diuruskan secara profesional setaraf dengan sistem klinik, mengikut prosedur penyembuhan rapi dan teratur. Segala maklumat serta permasalahan pesakit juga adalah rahsia antara perawat dan pesakit.
Atas faktor tersebut juga membuatkan saya terpanggil untuk turut memartabatkan informasi sebaiknya sebagai wadah jihad insani. Saya turut diingatkan bahawa sesungguhnya kaedah perawatan holistik Islamiah yang diamalkan bukan bermaksud mengambil alih tugas dan peranan yang sedang dilaksanakan oleh para doktor dan perawat di luar sana. Kehadiran mereka adalah sebagai penyambung ikhtiar agar pesakit tidak berputus asa dalam mencari kesembuhan.
“Sesungguhnya KESERASIAN antara ILMU PERUBATAN dan PESAKIT itu amat penting bagi memastikan KESEMBUHAN sesuatu PENYAKIT atau MASALAH. Apa yang kami sediakan untuk anda dan praktikkan ialah Kaedah Penyembuhan Holistik yang BERSIFAT ISLAM sepenuhnya”– Pusat Rawatan Al-Qayyum.
Hubungi Pusat Rawatan Al-Qayyum Untuk Perawatan Dan Penyembuhan
Justeru, kepada yang berhasrat mendapatkan rawatan atas permasalahan yang ditanggung sekian lama, saya sarankan anda menghubungi terus para perawat di pusat Rawatan Al-Qayyum. Tindakan tepat yang sebaiknya dari mendapatkan perawatan bomoh dan pawang yang tidak jelas unsur perawatannya.
Mudah-mudahan Allah swt memberkati segala usaha dengan penyembuhan dan keredaanNYA… aamiin.
Saya sertakan alamat lokasi, blog dan fb page Pusat Rawatan Al-Qayyum untuk pelbagai info lanjut serta testimoni penyembuhan yang boleh anda ikuti di bawah. Rawatan jarak jauh juga ada disediakan bagi membantu anda yang jauh tanpa mengira di mana jua anda berada.
PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM
B3-1-K10, Ground Floor,
Sri Menanti Apartment
Bandar Sri Damansara
52200 Kuala Lumpur
Blog Pusat Rawatan Al-Qayyum
Blog Rawatan Jarak Jauh
http://alqayyum2u-rjj.blogspot.my/
Facebook Page
https://ms-my.facebook.com/alqayyum2u
Sesungguhnya ilmu dan kekuasaan Allah swt itu sangat luas meliputi semesta alam, melangkaui kehebatan ilmu sains kemodenan tamadun manusia seluruhnya… subhanallah walhamdulillah… Allah Maha Besar.
Berkongsi perspektif industri digital disamping editorial dan dakwah. > PROFILE
ASSALAM PERKONGSIAN INFO YG SGT BERMNAFAAT BAGI YG MMERLUKANNYA..SHT SJHTERA IMPIAN HIDUP BHGIA
Bagus info ni. Rawatan islam juga salah satu ikhtiar yang terbaik untuk sembuh 🙂
Rawatan islam insyaallah dipermudahkan…
Rawatan Alternatif begini perlukan keyakinan yang tinggi..
rwtan cara islam mesti kena ada..seimbangkan rwtan moden dgn rwtan ini..
Rawatan Islam ni memang bagus untuk masalah dalaman..
saya penah dengar nama mereka ni
tak salah mencuba kan KK
manalah tahu kan
ini baru pertama kali sy dengar pasal al qayyum ini..kadangkala bila rawtan moden tidak berhasil, tak salah kita menggunakan rawatan alternatif selagi dia tidak melanggar syariat islam…
Regards,
-Strider-
mmg pusat rawatan islam ini salah satu tempat rawatan alternatif kita selain hospital. bagus sharing info ni. thank you
nice sharing
Perkongsian yang menarik.
Moga dapat menjadi rawatan alternatif pada yang memerlukan
harap dpt membuka cawangan di tmpt lain agr manfaat sedia ada dpt dikongsi dgn org lain
tQ sharing..tgh google pasal pusat rawatan alqayyum ni..
[…] Saya juga telah mengenali Pusat Rawatan Al-Qayyum sejak tahun 2014. Ada beberapa artikel berkaitan pengalaman yang saya pernah kongsikan sejak itu, antaranya bertajuk; Pusat Rawatan Al Qayyum: Pakar Perawatan Dan Penyembuhan Berteraskan Islam. […]