Mengapa Pusat Rawatan A- Qayyum Menjadi Pilihan

Mengapa Pusat Rawatan Al-Qayyum Menjadi Pilihan – Selaras berkembangnya era informasi di hujung jari, masyarakat kita pada hari ini juga sudah semakin ramai yang mulai sedar kelebihan perubatan berteraskan syariah Islamiah sebagai alternatif pilihan terbaik dalam merawat segala jenis penyakit dan masalah.

Apatah lagi dalam arus kehidupan yang semakin mencabar dengan pelbagai ganguan, membina kekuatan diri bukan sahaja memerlukan kesihatan fizikal, tetapi merangkumi aspek mental dan rohani. Pengalaman membuktikan banyak testimoni-testimoni dari para pesakit yang berjaya sembuh dengan izinNya melalui kaedah perawatan Islam.

Atas faktor tersebut, saya terpanggil berkongsi berdasarkan pengalaman dan pemerhatian mengapa Pusat Rawatan Al-Qayyum menjadi pilihan dalam usaha merawat penyakit sebagai ikhtiar yang berlandaskan syariah Islamiah.

Lembaga Pengarah Indera Holdings Sdn Bhd

1. Berpengalaman Luas Dalam Perawatan Islam

Pada 1 Februari 2020, genap 9 tahun penubuhan Pusat Rawatan Al-Qayyum dalam komitmen memartabat perawatan Islam sejak ditubuhkan di bawah Indera Holdings Sdn Bhd bermula pada tahun 2011.

Sejarah penglibatan dalam perawatan Islam sebenarnya telah bermula sejak tahun 1993 sehinggalah Pusat Rawatan Al-Qayyum ditubuhkan oleh Cikgu Indera Saifullah Tahir selaku pengasas, dan dibantu oleh sahabat seperguruan beliau, Cikgu Abdullah Ibrahim.

Seiring penubuhan, Cikgu Indera telah berjaya memperkenalkan Kaedah Penyembuhan Holistik Islamiah; iaitu satu konsep penyembuhan yang menggabungkan elemen-elemen terpilih dari Perubatan Islam, Perubatan Tradisional Melayu, Perubatan Alternatif, Perubatan Suplimentari dan Perubatan Komplimentari.

Dari situlah ia menyediakan khidmat rawatan dan terapi Al-Quran secara holistik dan semulajadi bagi merawat pelbagai penyakit dan masalah, merangkumi;

Rawatan Am – Rawatan untuk penyakit gangguan jin, saka, terkena sihir, santau, busung, kemurungan, bipolar disorder, anxiety disorder, schizophereria, stress, hilang semangat, ketagihan dadah, mencari ketenangan, penyakit kulit dan segala jenis penyakit minda, fizikal, rohani, hati dan jiwa.

Rawatan Solat Hajat – Rawatan untuk masalah rumahtangga, sering bertengkar, gangguan orang ketiga, pasangan curang, lari dari rumah, remaja bermasalah, masalah jodoh, masalah dalam perniagaan, masalah tempat kerja, sakit telantar di rumah/hospital dan lain-lain.

Rawatan Rumah & Premis Perniagaan – Rawatan untuk masalah gangguan jin di rumah, pejabat atau kedai; terkena sihir, perniagaan tidak maju, rumah atau pejabat tiada ketenangan, kakitangan sering bergaduh, anak isteri sering sakit, kerap kehilangan wang/barangan dan lain-lain.

Perawat Pusat Rawatan Al-Qayyum

2. Pengurusan Yang Sistematik, Eksklusif Dan Patuh Syariah

Terdapat realiti yang membuktikan mengapa Pusat Rawatan Al-Qayyum menjadi pilihan yang membantu ramai pesakit pulih dari masalah yang sukar dirungkai oleh perubatan moden. Pelbagai Testimoni, Artikel dan Video ada dikongsikan sebagai rujukan.

Kaedah dan teknik rawatan yang dilaksanakan adalah mematuhi Syariat Islam Ahlus Sunnah Wal Jamaah sepenuhnya dan seiring dengan kursus serta garis panduan dari pihak Jabatan Agama Islam. Malah, bacaan Al-Quran oleh Perawat adalah secara tartil, terang dan jelas, serta terhindar dari sebarang mentera atau jampi serapah.

Setiap kaedah dan teknik rawatan juga adalah bersandarkan Al-Quran, Hadith, Ijmak dan Qias yang telah terbukti berkesan (dengan izin Allah) di dalam merawat pelbagai jenis penyakit dan masalah. Pengurusan rawatan sentiasa memastikan;

Penyembuhan Holistik Islamiah – Menggabungkan elemen-elemen terpilih Perubatan Islam, Perubatan Tradisional, Perubatan Alternatif, Perubatan Suplimentari dan Perubatan Komplimentari.

Eksklusif – Sesi rawatan yang tidak bercampur dengan Pesakit lain. Segala maklumat pesakit adalah SULIT dan RAHSIA demi menjaga maruah dan kehormatan mereka.

Sistematik – Rawatan dan Terapi Al-Quran Pusat Rawatan Al-Qayyum telah dikategorikan serta mempunyai Prosedur Rawatan (SOP), demi menjaga keselamatan pesakit serta memastikan setiap pesakit mendapat rawatan yang terbaik.

Terbukti – Rawatan yang dilaksanakan telah terbukti berkesan di dalam meningkatkan tahap kesihatan Pesakit, berdasarkan pengalaman sebenar Perawat, guru-guru dan sumber amalan ilmu yang bersusurgalur dari Tanah Melayu, Indonesia dan Tanah Arab.

Ia selaras dengan visi Pusat Rawatan Al-Qayyum iaitu;

“Menjadi sebuah organisasi terunggul di dalam bidang rawatan dan Terapi Al-Quran di peringkat tempatan dan antarabangsa”

3. Perawat Islam Terlatih Dan Prasarana Rawatan Yang Lengkap

Saya juga telah mengenali Pusat Rawatan Al-Qayyum sejak tahun 2014. Ada beberapa artikel berkaitan pengalaman yang saya pernah kongsikan sejak itu, antaranya bertajuk; Pusat Rawatan Al Qayyum: Pakar Perawatan Dan Penyembuhan Berteraskan Islam.

Pengalaman berjumpa Cikgu Indera Saifullah selaku Pengasas Pusat Rawatan Al-Qayyum serta sesi temubual bersama para perawat terlatih telah membuka mata saya terhadap amanah dan komitmen. Selain itu, pusat rawatan yang diselia dengan baik, bersih serta memberi ketenangan juga menjadi faktor mengapa ia menjadi pilihan.

Sehingga kini, Pusat Rawatan Al-Qayyum telah berjaya merawat lebih 6000 pesakit yang datang dari seluruh Malaysia, termasuk dari Singapura, Thailand, Indonesia, Brunei, Jepun, Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Australia, Oman, Qatar, Bahrain dan pelbagai lagi negara.

Ia turut menjadi sumber rujukan ilmu oleh para penuntut institusi pengajian tinggi awam dan swasta seperti Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Kolej Universiti Tengku Abdul Rahman (TARC) dan Kolej Universiti Islam Malaysia Selangor (KUIS) bagi mendapatkan maklumat berkaitan perubatan Islam berlandaskan Syariat dan Hukum Syarak.

Perawat Pusat Rawatan Al-Qayyum
Dari kiri: Hj Zain Misbah (Perawat Kanan), Raja Hishamuddin (Pembantu Perawat)
dan bawah, Badrulamin (Pembantu Perawat)

Mengapa Pusat Rawatan Al-Qayyum Pilihan Terbaik

Bagi saya, terdapat pelbagai lagi elemen yang menjadi sebab artikel ini ditulis sebagai perkongsian tentang mengapa Pusat Rawatan Al-Qayyum menjadi pilihan.

Antara lain, kadar sumbangan untuk setiap khidmat rawatan juga amat berpatutan dan sangat rendah jika dibandingkan dengan pengalaman, ilmu, kepakaran, tenaga, masa, sistem, kualiti perkhidmatan dan risiko (jangkitan penyakit, gangguan jin dan syaitan) ke atas Perawat, serta prasarana kemudahan dan peralatan yang disediakan.

Majoriti dari para Pesakit Pusat Rawatan Al-Qayyum juga telah berjaya mencapai kesembuhan (dengan izin dan kuasa Allah), atau sekurang-kurangnya ditingkatkan tahap kesihatan, dengan syarat Pesakit dan juga Perawat sentiasa berpegang kepada prinsip iman, taqwa dan istiqamah dalam usaha mencari kesembuhan.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud;
“Allah menurunkan penyakit dan menurunkan pula ubatnya, diketahui oleh yang mengetahui dan tidak akan diketahui oleh orang yang tidak mengerti.” (HR Al-Bukhari dan Muslim).

Pusat Rawatan Al-Qayyum

Tempahan Sesi Rawatan, Sesi Kaunseling atau Pertanyaan Lanjut

Pusat Rawatan Al-Qayyum turut menyediakan produk-produk kesihatan yang berkualiti berasaskan sunnah, malah peluang menjadi wakil jualan atau rakan niaga juga turut dibuka bagi yang berminat terlibat secara sambilan atau sepenuh masa.

Justeru, sekiranya anda antara pembaca yang menghadapi permasalahan yang memerlukan bantuan pakar perawatan Islam, segera dapatkan khidmat rujukan dan bantuan melalui maklumat di bawah, pautan Hubungi Kami atau Pertanyaan Rawatan;

Pusat Rawatan Al-Qayyum
B2-1-K13, Ground Floor, Sri Menanti Apartment,
Persiaran Meranti, Bandar Sri Damansara,
52200, Kuala Lumpur.

Haji Zain Misbah – 017 765 1747
Ustaz Shakir Dato’ Amini – 017 221 4745
Raja Hishamuddin – 014 273 9754
Badrulamin – 011 1145 0856
Pejabat Pengurusan – 03 6263 7006

Emel: admin@alqayyum2u.com

Laman web: www.alqayyum2u.com
Facebook: /alqayyum2u
Instagram: @alqayyum2u
Youtube: /user/alqayyum2u

Baca lagi: Keistimewaan Pusat Rawatan Al-Qayyum

6 Thoughts to “Mengapa Pusat Rawatan Al-Qayyum Menjadi Pilihan”

  1. Alhamdulillah perkongsian bermanfaat sebagai pilihan seiring perubatan moden

    1. Moga ia dpt membantu kpd yg memerlukan, in shaa Allah

  2. Marzuki Rmn

    Alhamdulillah, akan take note ni. Terima kasih atas perkongsian tuan.

    1. In shaa Allah tuan, mudah2an bermanfaat, in shaa Allah

  3. Terima kasih perkongsian.Moga ianya menjadi wadah dan perantara sebagai salah satu ikhtiar mencari kesembuhan.Aamiin.

    1. In shaa Allah mudah2an PC.. mmg itulah hasratnya.. aamiin

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.