Penulis Digital Untuk Rujukan Membina Kandungan Efektif – Pernahkah anda terfikir cara terbaik bagaimana memanfaatkan minat menulis di ruangan digital ini ke peringkat yang dapat membina kredibiliti dan impak ‘lead generation’ untuk pembangunan kerjaya atau perniagaan?
Sekiranya anda menjumpai artikel ini di enjin carian, maka anda antara yang berusaha mencari rujukan sebagai input menjayakan apa jua aspirasi melalui potensi website dan penulisan. Saya pun begitu dan akan terus menambahbaik melalui penglibatan kerjaya, juga rujukan bertulis.
Maka saya terpanggil berkongsi website penulis digital antarabangsa yang turut membantu saya menambahbaik prospektus kerjaya era digital ini.
Penulis Digital Rujukan Antarabangsa
Pengalaman menulis blog dan membangun website turut melalui pelbagai ‘trial n error’ buat diri ini terutama dalam mengintegrasi apa yang ditulis selaras penglibatan kerjaya.
Namun ia membuka perspektif baru apabila penglibatan menulis blog telah membina kepercayaan untuk terlibat menulis kandungan digital bersama institusi. Ia turut membuka ruang membangun kandungan untuk beberapa website sektor perniagaan serta pelbagai lagi usahasama pemasaran dan kandungan digital sehingga kini.
Maka saya mula mencari rujukan dalam membina niche yang strategik serta input terbaik buat klien dan associates terlibat. Ada 5 website penulis digital antarabangsa yang saya subscribe kerana input mereka membantu membina impak profesionalisme yang positif.
1. Aaron Orendorff – IconiContent
Perkongsian Aaron dalam artikel di IconiContent membuka mata saya untuk memanfaatkan potensi blog dan website dari sekadar menjana review, advertorial atau adsense kepada perolehan yang lebih berkredibiliti untuk kerjaya dan keusahawanan.
Beliau juga menyediakan roadmap membina strategi kandungan yang komprehensif, malah banyak artikel beliau yang memberi panduan membina dan mengurus kandungan boleh dimanfaatkan untuk pembangunan peribadi dan memperkasa platform digital untuk pelbagai sektor industri.
Website: iconicontent.com.

2. Jay Bear – Convince & Convert
Antara pengisian blog dan podcasts Convince & Convert telah membuka kefahaman saya tentang pentingnya membina strategi kandungan dan ‘content marketing’ yang selaras dengan niche web dan saluran media sosial dengan impak yang lebih berkesan.
Tidak semua saluran media sosial sesuai untuk segala jenis strategi. Ada yang hanya ‘menang sorak’ tetapi tiada ‘lead geration’. Jika anda mengusahakan sesuatu bisnes atau kerjaya, ada perkongsian media sosial yang tidak sesuai dan boleh merendahkan kredibiliti anda terhadap prospek pasaran. Memastikan kandungan dan saluran penyebaran maklumat adalah penting.
Website: conviniceandconvert.com

3. Nandini Jammi
Seorang ahli pemasaran yang banyak berkongsi input tentang cara menulis dan membangun kandungan untuk artikel website dan media sosial. Penerampilan personaliti online yang beliau tampilkan juga menarik dan selaras dengan imej wanita profesional.
Pengisian artikel beliau juga banyak mengetengahkan perkembangan trend digital berdasarkan insight dan realiti semasa yang boleh dijadikan nilai tambah menambahbaik struktur pengisian artikel sendiri atau menyokong kandungan digital untuk setiap platform pelanggan.
Website: nandinijamani.com.

4. Gill Andrews
Seorang Copywriter dan Web Consultant, beliau banyak berkongsi panduan mengurus web dan kandungan bagi menghasilkan impak profesionalisme dan keusahawanan. Perkongsian beliau juga antara yang menyuntik kesedaran tentang potensi pengisian artikel yang tepat.
Banyak artikel beliau juga menyedarkan saya untuk menilai semula, menambahbaik struktur web dan membezakan antara artikel ‘saja-saja menulis’, artikel yang memberi impak negatif pada niche dan juga artikel yang berjaya membina hubungan industri dan prospektus kerjaya.
Website: gillandrews.com

5. Tyler J Koenig
Copywriter dan Web Consultant dengan personaliti online yang selamba tapi yakin dan berani. Walaupun perkongsian beliau menjurus copywriting, ia membantu menyuntik idea dalam nilai tambah membina artikel dan kandungan digital mantap untuk setiap platform.
Bagi saya, pengisian beliau juga menjadi panduan dalam menambahbaik keterlibatan menulis blog dan kandungan digital yang membantu penghasilan impak positif. Artikel beliau juga kebiasaannya dilengkapi dengan video dan gaya penjelasan yang ‘straight forward’.
Website: tylerjkoenig.com

Kesimpulan
Penulisan digital akan terus menjadi pemangkin selaras dengan pengembangan global. Apa yang perlu adalah inisiatif tambahan kita sendiri bagi memastikan panduan dan formula dapat dimanfaatkan mengikut kesesuaian strategi yang dibangunkan.
Kami juga mempunyai sumber kepakaran dan hubungan associates yang diiktiraf industri sekiranya anda atau organisasi memerlukan khidmat usahasama membangunkan kandungan digital yang ideal untuk menyokong strategi pemasaran laman web perniagaan anda.
Terdapat juga artikel rujukan tentang Digital Marketer yang pernah ditulis pada link di bawah. Beberapa lagi pengisian terkait bakal saya kongsikan lagi sebagai nilai tambah memperkasa aspirasi digital. Sesungguhnya potensi penulisan digital amat luas dari sekadar menulis.
Subscribe Newsletter untuk info terkini.

Berkongsi perspektif industri digital disamping editorial dan dakwah. > PROFILE
Input Jay Bear bnyk yg bagus, even ada seminar iks pun pernah share rujukan dia. Thanks share rujukan bermanfaat ni.
Thanks juga atas makluman tuan. Terima kasih.
Kepakaran tuan KK menulis artikel bahasa aras tinggi yang belum mampu terjangkau oleh saya yang baru dalam dunia blogging ini..
tahniah tuan dan semoga terus sukses memacu dunia digital yang lebih mencabar pada tahun hadapan
Alhamdulillah, terima kasih tuan.. banyak lagi yg saya perlu belajar dan perbaiki lagi tuan. In shaa Allah, moga sama2 kita semua terus sukses pada tahun 2020 ini.. aamiin.
Good info Khir. Memberi kesedaran juga pada saya dlm penulisan blog
.
Selamat Tahun Baru 2020.
Selamat Tahun Baru 2020 juga. In shaa Allah, moga ada manfaatnya.
hebat sekali menulis bukan untuk diri sendiri tapi untuk dunia dan sudah famous dengan brand mereka
Benar tuan.. perkara yg baik utk kita semua pelajari dan jadikan idea utk kita juga.
Menulis dengan baik dan mudah difahami tentu bermenfaat kepada pembaca insyaaAllah
[…] Baca lagi: Penulis Digital Untuk Rujukan Membina Kandungan Efektif […]
[…] Baca lagi: Penulis Digital Untuk Rujukan Membina Kandungan Efektif […]
[…] dan peneraju industri dalam memanfaatkan kandungan blog bagi memperkukuh profesionalisme. Blog Datuk A Kadir Jasin merupakan antara individu yang mula membuka mata saya tentang keupayaan niche blog, seterusnya […]
[…] bermakna pekerjaan penulis kandungan digital dan berita akan terancam, kerana ChatGPT mampu menghasilkan teks seperti manusia dalam masa yang […]