Tahukah anda, naskah berita melalui emel atau ’email newsletter’ merupakan antara medium komunikasi penting untuk laman web. Ia satu saluran yang menghubungkan artikel blog terkini secara terus melalui emel kepada pembaca atau audien berpotensi iaitu ‘subscribers’.
Melalui kelebihan email newsletter inilah setiap pemilik laman web dapat menghebahkankan perbagai informasi penting dan terkini merangkumi jualan, promosi, produk atau perkhidmatan terbaru, termasuk buletin, aktiviti atau tips-tips berkaitan untuk kebaikan bersama.
Email newsletter juga merupakan antara elemen penting dalam memastikan pengisian artikel yang ditulis sentiasa menepati ‘niche’ di atas landasan perniagaan dan matlamat yang disasarkan.
Memanfaatkan Potensi Email Newsletter
Membina strategi dalam memanfaatkan potensi email newsletter sebenarnya bergantung kepada tujuan serta matlamat sesebuah laman web itu dibangunkan.
Jika anda seorang penulis blog, mungkin matlamat utama anda adalah agar mereka yang ‘subscribe’ sentiasa dapat menerima emel dan membaca setiap artikel terbaru yang diterbitkan bagi meningkatkan analitik dan engagement pembaca.
Sekiranya anda usahawan dan pemilik perniagaan, mungkin matlamat anda pula mahukan setiap ‘subscribers’ mengetahui maklumat terkini tentang penawaran terbaru, promosi atau apa jua aktiviti perniagaan atas tujuan menjana jualan disamping menjimatkan kos pemasaran.
Apa jua posisi anda dalam industri digital ini, anda perlu memahami tujuan dan matlamat utama (goals), dan merancang untuk merealisasikan matlamat tersebut.
Berdasarkan perkongsian pakar wordpress Aaroon Von Frank, saya kongsikan 5 komponen penting dalam membangunkan email newsletter yang efektif.
1. Fahami akta dan peraturan digital
Perundangan adalah perkara utama yang saya pasti kita semua sedia maklum. Tetapi, bagi tujuan pembangunan email newsletter, ia merupakan peraturan dan panduan (guidelines) bagi mencegah pembelian senarai emel yang boleh dikategorikan sebagai spam ke dalam ‘inbox’.
Membeli senarai emel bukanlah strategi yang baik. Selain menyusahkan pihak yang menerima kandungan artikel atau iklan sebagai spam di emel mereka, ia juga boleh memudaratkan laman web dan memberi kesan negatif terhadap ‘goodwill’ penjenamaan dan perniagaan.
Usahakan sebaiknya untuk membina subscriber yang tulen.
2. Permudahkan proses langganan (email subscription).
Sentiasa pastikan agar ’emel subscription form’ sentiasa diletakkan di ruangan yang mudah untuk pembaca langgani. Anda boleh memanfaatkan pop-up subscription form selain meletakkannya di bahagian sidebar atau bawah artikel. Segalanya bergantung pilihan anda.
3. Jenamakan newsletter dengan tajuk menarik.
“Brand your newsletter” – jenamakan ruangan langganan newsletter anda dengan headline atau perkataan yang menarik pembaca untuk berlanggan. Jika artikel anda menepati niche dan kandungan yang dicari, kebarangkalian untuk mereka berlanggan juga tinggi.
Gunakan perkataan yang memotivasikan dan mendorong pembaca untuk berlanggan dan menjadi sebahagian daripada komuniti ‘subscribers’ anda. Ia juga antara elemen yang dapat membantu dalam mengenalpasti golongan sasaran pembaca blog anda.
4. Tulis maklumat yang bernilai, bukan spam.
Pada kebiasaannya, golongan yang berlanggan pasti ada perkara terkait dengan niche yang anda usahakan. Artikel yang anda tulis dan kongsikan di blog menarik mereka untuk mengikuti dan ada antaranya yang mungkin membantu mereka dalam kerjaya atau kehidupan.
Oleh itu, sentiasa pastikan agar artikel yang dikongsikan sentiasa menepati niche yang diusahakan dan mempunyai kaitan dari masa ke semasa. Selain itu, pastikan setiap artikel mempunyai maklumat yang boleh dimanfaatkan, bukan sekadar headline yang menarik tetapi kandungan hambar apatah lagi jika dianggap spam.
5. Menilai penghasilan dan menambahbaik pengisian.
Membuat analisa terhadap artikel selain ‘keywords research’ juga penting dalam memastikan apa yang ditulis dapat memberi impak ‘lead generation’ termasuk daripada subscribers.
Antara perkara penting yang perlu diperhatikan dari masa ke semasa adalah persaingan pasaran serta perkembangan trend pengguna. Pembangunan digital yang semakin pantas turut mempengaruhi penerimaan para subscribers terhadap cara informasi disampaikan.
Bagi yang serius memastikan keberkesanan pelanggan melalui email newsletter, anda mungkin patut memanfaatkan software OptinMonster bagi menjana ‘lead’ yang berterusan.
Memanfaatkan Potensi Email Newsletter
Saya hanya menyedari kelebihan email newsletter pada tahun 2013 setelah diundang ke rancangan Dialog TV1. Secara kebetulan, blog picisan saya ketika itu sudahpun menyediakan ruang langganan emel dan menyaksikan kemasukan senarai subscriber.
Sehinggalah pada 2015, saya bertemu subscriber yang telah mengikuti perkongsian saya selama hampir 2 tahun sehingga terwujud hubungan akrab melalui ‘whatsapp group’. Ia turut membuka pelbagai peluang dalam menambahbaik perjalanan kerjaya sehingga ke hari ini.
Mungkin perjalanan saya membangun aspirasi kerjaya melalui platform digital ini berbeza dengan anda. Namun secara realiti, email newsletter merupakan antara potensi yang patut sentiasa ditambahbaik dan dimanfaatkan dalam merealisasikan matlamat.
Terima kasih kepada para subscribers dan semua pembaca.
Baca lagi: Asas Penting Website Untuk Kerjaya Dan Perniagaan
Subscribe Newsletter untuk info artikel terkini.
Berkongsi perspektif industri digital disamping editorial dan dakwah. > PROFILE
Ianya bukan sekadar gadjet yang berada di sidebar kan Tn.Besar pengaruhnya untuk apa yang kita sampaikan tersebar dan boleh diterima ramai orang.
sy mmg suka kalu dpt emel sebegini lbh2 lg kalau psl tambang murah hahaha
Terima kasih perkongsiannya kadang perhati juga emel newsletter ni
lagi banyak mail list yang kita punya lagi bagus sebenarnya..
Cara internet marketing model lama ya ini bang, dan mungkin masih berlaku utk skg juga
Satu marketing strategy yang bagus untuk menyampaikan maklumat kepada ‘golongan sasaran’.
sebelum ni letak juga widget Subscribe Email tu tapi lepas tu buang pulak sebab macam banyak sangat widget, semak rasa..hahahah! nanti lah letak balik bila entri blog semakin bertambah baik…hihi
sangat tak suka golongan yang beli senarai email, salah satu email yahoo saya teruk kena spam sejak dua tiga tahun lepas..jenuh nak unsubscribe satu persatu..
Facebook, Instagram dan Twitter followers milik kita tetapi jika laman web ini hilang, kita tiada pengikut.
Tetapi email subscriber, kekal dan setia bersama selagi kita berikan yang terbaik. Hasilnya kita akan dapat tukarkan daripada sekadar subscriber kepada pelanggan. Lebih baik, dalam perjalanan itu menjadi pelanggan setia hanya dengan email marketing.