Assalamualaikum. Masjid Al-Khairiyah, Taman Sri Gombak, merupakan antara masjid yang meninggalkan banyak kenangan buat saya. Selama hampir 13 tahun bermastautin di Taman Sri Gombak sejak 1999 sehingga 2013.. dari masjid lama di Fasa 1 sebelum terbangunnya masjid ini hinggalah ia kini sarat dengan pelbagai aktiviti dan pengimarahan.
Masjid ini telah dirasmikan pada 9 Julai 2004 bersamaan 21 Jamadilawal 1425 Hijrah oleh Sultan Selangor DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj. Sejak itu ia telah menjadi bukan sahaja tempat ibadah, tetapi pusat komuniti dan dakwah bagi penduduk sekitar Taman Sri Gombak.
Bertepatan ‘motto’ masjid ini iaitu, ‘Al-Khairiyah Di Hati Kami’, Ia juga menjadi kegembiraan kepada saya apabila mendapat berita ia telah dipilih sebagai Masjid Terbaik Selangor bagi tahun 2014.
Masjid Al-Khairiyah Taman Sri Gombak
Taman Sri Gombak sebenarnya adalah tempat kami bermastautin bermula selepas mendirikan rumahtangga pada tahun 1999 sehinggalah diawal tahun 2013.
Kesemua anak-anak saya dilahirkan semasa kami menetap di sini. Mereka membesar dan mula bersekolah juga di sini, sebelum kami berpindah ke Bandar Tasik Puteri, Rawang. Sememangnya banyak kenangan yang terabadi di Taman Sri Gombak. sebelum terbangunnya Masjid Al-Khairiyah, sehinggalah ia meriah dengan pelbagai aktiviti ilmu, kekeluargaan dan kemasyarakatan.
Masjid ini boleh dikatakan besar dan luas berbanding masjid lama yang terletak di kawasan perumahan yang padat bersebelahan dengan kawasan sekolah. Masjid lama sememangnya tidak lagi sesuai untuk menampung jumlah penduduk yang semakin bertambah hasil limpahan bertambahnya pembangunan di Kuala Lumpur.
Kini, masjid 2 tingkat berkonsepkan senibina Melayu dengan penerapan senibina Islam ini boleh menampung sejumlah 4000 jemaah dalam satu-satu masa. Visi masjid adalah untuk menjadi sebagai Pusat Sehenti (One-Stop Centre) kegiatan ummah menjelang 2015 dalam membangun keimanan, ketaqwaan dan beramal berasaskan Al-Quran dan As-sunnah.
Masjid Terbaik Selangor 2014
Alhamdulillah… Tahniah diucapkan kepada Masjid Al-Khairiyah, Taman Sri Gombak.
Sehingga kini, masjid ini masih tetap saya kunjungi. Sekiranya ada urusan kerja mahu pun peribadi di sekitar Taman Sri Gombak saya akan singgah solat di sini. Kami sekeluarga juga masih berkunjung memeriahkan majlis ilmu bila diundang atau jika ada program yang menarik walaupun telah menjadi ahli kariah lain dan masih mengikuti perkembangan aktiviti melalui FB masjid ini.
Akhir kata, semoga Masjid Al-Khairiyah terus cemerlang dengan jalinan ukhwah silaturrahim kejiranan yang terus memartabatkan Islam berteraskan Al Quran dan sunnah.. aamiin.
Anda juga boleh layari laman web Masjid Al-Khairiyah di > SINI
Baca lagi> Program Dakwah Hollywood Inside Out
Laman KhirKhalid.com berkongsi perspektif penulis dalam penglibatan digital disamping jurnal peribadi dan medium dakwah. > PROFIL
info yang menarik..untuk berjaya juga, kita kene istiqamah dalam berusaha..insyallah =)
Pesawat Latihan TUDM Terhempas di Pekan, Pahang
saya dah visualisasikan bakal istri tuan..jelas dan spesifek sekali..
semoga ia menjadi kenyataan dan redha dari Illahi..
Aamiin..
Perkongsian ini membakar semangat PC…alhamdulillah terima kasih Bro KK..
info yang padat, terima kasih sekali..banyak yang kena sy ubah ni…
10 Langkah nie nampak macam banyak tapi kalau dibuat secara pelan2 dan penuh disiplin inysallah satu hari kita akan berjaya…
Regards,
-Strider-
no. 8 tu saya lah tu ekekeke
go PBU go!!!!
Moh kita menuju kejayaan dunia dan akhirat.
insyaallah
akan berusaha lagi
utk dunia&akhirat kejayaan bersama
tqsm
Terbaik kata Ziz Ziglair ni KK,You dont have to be great to start,but u have start to be great,satu motivasi buat Kita semua,.mudah-mudah mudahan dengan usaha yang berterusan untuk mencari kejayaan akan dapat kita capai,InshaAllah,Semoga KK terus Maju Jaya,Ameen,.
Dengan matlamat yg jelas, komitmen dan usaha yg gigih, in shaa Allah akan berjaya
Panduan suskes Zig Ziglar mmg padu sbb kita yg biasa2 ni rasa boleh relate dgn apa yg disampaikan
Terima kasih atas perkongsian.