Pemasaran Digital 2022:

Assalamualaikum. Kita kini hidup dalam era pemasaran digital IoT.

Pejam celik, kita sudah pun berada pada era Internet Kebendaan (Internet of Things – IoT). Sememangnya terdapat banyak peralihan budaya pasaran, trend pengguna mahu pun pendekatan industri terhadap norma pasaran baharu. Persaingan digital kini semakin pantas dan meluas.

Baru-baru ini saya berpeluang bersama beberapa pengusaha, rakan dan pelanggan industri dalam membincangkan perlaksanaan mendepani cabaran peralihan pasaran dalam era digitalisasi kini. Pelbagai inisiatif dari pihak kerajaan melalui agensi terkait serta kerjasama industri dalam pembangunan modal insan digital secara tidak langsung juga telah merangsang pertumbuhan persaingan digital yang lebih meluas berbanding sebelum ini.

Selain itu, dengan dugaan krisis pandemik yang mencecah 2 tahun juga mempengaruhi landasan digital. Istilah ‘work from home’ menjadi pilihan strategik dalam pelbagai urusan. Ini termasuk dalam membina daya saing perniagaan digital bagi pelbagai peringkat sektor sama ada ‘home based business’, perniagaan mikro, PKS sehinggalah syarikat bertaraf multinasional.

Pemasaran Digital Era IoT

Kini, setiap perniagaan sememangnya memerlukan landasan digital dalam memperkukuh urusniaga. Sekiranya perniagaan yang kita usahakan tidak dapat dijumpai pada enjin carian dan media sosial, ia bermakna kita masih belum betul-betul berniaga. Ertinya, kita atau perniagaan yang diusahakan masih belum benar-benar komited dalam persaingan atau mengembangkan potensi perniagaan.

Atas faktor tersebut, terdapat beberapa perkara asas yang diperlukan bagi setiap perniagaan dalam persaingan digital dan peralihan pasaran era IoT kini. Secara dasarnya, ia sudah pun diketahui umum, tetapi pada artikel ini saya terpanggil untuk merumuskan asas keseluruhan tersebut sebagai pengukuhan aset digital era IoT.

Pemasaran Media Sosial

Landasan media sosial merupakan asas platform yang perlu ada bagi setiap perniagaan pada era digital ini. Pilihan media sosial sama ada Linkedin, Facebook, Instagram, TikTok, Twitter dan pelbagai lagi adalah bergantung kepada kesesuaian niche dan capaian perniagaan. Jika di Malaysia, platform seperti Facebook Page kebiasaannya menjadi pilihan terutama kepada sektor pasaran pengguna.

Pengurusan media sosial juga memerlukan bajet pemasaran yang selaras dengan aspirasi perniagaan. Membina kandungan yang selaras dengan sasaran pasaran melalui kaedah storytelling dan copywriting, juga memerlukan sentuhan yang konsisten. Kemahiran mengurus elemen pemasaran kandungan melalui media sosial kepada segmen pelanggan dan sasaran pasaran yang betul menjadi kepentingan dalam membina impak pemasaran positif.

Tujuan paling penting kini bukan sekadar brand exposure, tetapi memastikan ia dapat merangsang kepercayaan prospek, mencipta engagement dan establishment yang dapat menjana pelanggan secara terus dalam pengukuhan impak daya saing secara online mahu pun offline.

Pemasaran Enjin Carian

Pembangunan laman web dan penglibatan eDagang serta Marketplace turut menjadi antara elemen penting dalam pengukuhan prospek perniagaan. Ia secara tidak langsung dapat memudahkan lagi urusniaga dan transaksi kepada pelanggan dengan lebih efesyen. Kelebihan laman web juga dapat menyokong establishment melalui pengenalan, profil, portfolio serta halaman blog yang menyediakan informasi lanjutan tentang aspirasi perniagaan kepada pembaca sasaran.

Laman web dan blog yang fokus pada sesuatu niche dapat meningkatkan authoriti digital, di mana ia membantu mempertemukan prospek pelanggan melalui sokongan enjin carian. Setiap prospek juga menjadi landasan jangka panjang dalam pengukuhan pengkalan data (customer database) kepada perniagaan. Disamping itu, ia turut membantu menjana pelanggan setia untuk perniagaan.

Kekuatan laman web juga boleh disokong dengan penyediaan laman eDagang, atau diintegrasikan bersama penyertaan peniaga di laman edagang marketplace bagi memudahkan capaian prospek pelanggan mendapatkan produk yang ditawarkan secara terus melalui pelbagai ruangan online. Malah bagi sesetengah perniagaan pasaran pengguna (B2C) yang melibatkan retailer, francais, stokis atau ejen, syarikat turut menyediakan latihan kemahiran mengurus kedai online atau Marketplace bagi merancakkan lagi permintaan pelanggan.

Hubungan dan komunikasi dalam mencipta emosi pelanggan juga menjadi satu kepentingan dalam pengurusan platform digital melalui komunikasi marketplace sehinggalah pemasaran emel newsletter.

Pembangunan Video Dan Live Streaming

Pembangunan video juga menjadi antara elemen penting dalam pengukuhan pasaran hari ini.

Banyak penambahbaikan dalam mencipta pemasaran kandungan ynag lebih kreatif, bukan sahaja di media sosial, tetapi merangkumi sebahagian besar landasan digital yang terkait dengan perniagaan merangkumi pengurusan kandungan laman web, edagang, podcasts sehinggalah komunikasi livestream dikalangan pengusaha dan peniaga online kepada pelanggan.

Tahun ini turut membuka ruang penglibatan kami yang lebih meluas dalam pengukuhan platform digital pelanggan industri sama ada secara terus atau melalui kerjasama agensi yang berkaitan dengan pemasaran kandungan dalam bentuk video. Tidak ketinggalan juga dengan pengurusan live streaming yang lebih kerap berbanding sebelumnya sama ada kepada pelanggan, prospek pasaran, rakan niaga mahu pun individu yang terlibat dalam urusan perniagaan.

Penglibatan kerjasama ini juga secara tidak langsung memberi pengalaman baru kepada kami bersama pemain industri yang terlibat dalam meneroka potensi baru dalam pengembangan digitalisasi ini.

UGC, Media Online Dan Pemasar Berpengaruh

User Generated Content (UGC) menjadi asas penting dalam pengukuhan kredibiliti setiap perniagaan melalui ruangan digital kini. UGC atau Penciptaan Kandungan Pengguna adalah ulasan atau review sebenar yang dinyatakan oleh pelanggan berdasarkan pengalaman mereka membeli serta menggunakan sesebuah jenama, produk atau pun servis sama ada di laman web, Marketplace atau di platform media sosial pelanggan itu sendiri.

Perniagaan kini perlu mengurus pengalaman pelanggan bagi menjana pelanggan yang setia terhadap produk atau servis yang dipasarka bagi mencipta brand loyalty berdasarkan kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan dalam pelbagai aspek pemasaran.

Penglibatan media online dan pemasar berpengaruh dalam menyokong kredibiliti penjenamaan juga bukan lagi sekadar untuk memperkenalkan produk melalui review dan advertorial. Berdasarkan penglibatan agensi pemasar turut menyaksikan peralihan kini, di mana syarikat sanggup memperuntukkan bajet pemasaran dalam membina kerjasama berdasarkan kontrak kepada pemasar berpengaruh sebagai sebahagian rakan strategik untuk satu tempoh tertentu.

Memastikan pilihan media online dan pemasar berpengaruh yang mempunyai komitmen, engagement dan establishment dalam niche tertentu dikalangan fans mereka amat penting. Ini merangkumi syarikat media online dengan rating yang tinggi, selebriti media sosial, instafamous dan pengamal media sosial yang diikuti oleh audiens setia atau fan club berpotensi. Setiap kerjasama akan dinilai tahap impak pasaran dalam memastikan pertumbuhan jangka panjang kedua pihak dengan niche yang disasarkan kepada audiens dalam pemasaran digital 2022.

Melalui media online dan influencer marketing yang berkredibiliti dalam ruangan digital mereka dapat menyokong brand endorsement serta impak pemasaran turut menjadi sandaran kepada sektor perniagaan, disamping menjadi landasan mengembangkan lagi bakat dan potensi mereka melalui kredibiliti perniagaan tersebut.

Peralihan Pasaran Era Internet Kebendaan

Sememangnya tahun ini agak berbeza dari tahun-tahun sebelumnya. Bermula sekitar tahun 2019 juga telah menyaksikan peralihan budaya digital yang sekaligus merangsang ramai dikalangan pemain digital dan pengamal media sosial untuk mengubah rentak online dan penglibatan digital.

Justeru untuk terus bergerak mengikut arus pengembangan digitalisasi, kini bukan masa untuk melakukan perkara yang sama seperti tahun-tahun sebelum.

Bisnes mungkin boleh survive, tapi untuk berkembang dengan lebih kompetitif dikalangan sasaran pasaran sememangnya memerlukan inisiatif baharu. Pengurusan digital dan media sosial perniagaan yang releven dan konsisten amat membantu membina impak pemasaran digital 2022 ini.

Kesempatan ini juga, kami mengucapkan terima kasih kepada pelanggan dan rakan industri serta semua pihak yang terlibat atas kepercayaan untuk terus bersama dalam menerobos potensi pasaran era Internet Kebendaan kini. Pasaran digital dan trend pengguna bakal sentiasa berubah. Ia memerlukan keperihatinan untuk sentiasa fleksible dan bertindak berdasarkan strategi yang bersesuaian dari masa ke semasa, insyaaAllah.

Baca lagi: Buat Duit Dengan Blog Untuk Kerjaya Dan Bisnes.

Subscribe Newsletter >

3 Thoughts to “Pemasaran Digital Era Internet of Things”

  1. paridah ishak

    Budaya digital diserap demi kesuksesan urus niaga n pemudahcara

  2. […] artikel terkait;> Fokus Industri Dalam Peralihan Pasaran Digital.> Pemasaran Digital 2022: Pemerkasaan Gerbag Era IoT> Buat Duit Dengan Blog: Impak Kerjaya Dan […]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.