Akademi Motivator Profesional Malaysia (AMPro) merupakan tapak pembelajaran dan latihan yang melahirkan motivator-motivator bertaraf profesional tanah air. Kesempatan pada hari minggu (20/7/2014) yang lalu, saya berpeluang hadir dan melibatkan diri dalam bengkel latihan AMPro yang telah diadakan PKNS Bizpoint, Seksyen 7, Shah Alam.
AMPro diasaskan oleh YBhg. Dato’ Dr Syed Ahmad Syed Samsuddin Al-Saggof, seorang pakar motivasi dan pidato yang berkaliber di Malaysia. Selaras dengan falsafah motivator itu sendiri, visi AMPro adalah melatih kemahiran individu berpotensi untuk diiktiraf sebagai pakar motivator professional yang berkeupayaan mendorong dan merangsang seseorang yang lain untuk mencapai impian dalam kehidupan. Ia melibatkan teknik dan tatacara pembelajaran yang terperinci bagi memastikan peranan motivasi itu dapat disuntik dengan berkesan.
Pada kebiasaannya, bengkel latihan diadakan pada sebelah malam Isnin dan Rabu bermula jam 9:00 hingga 11:30 malam. Melalui modul yang dirangka, penuntut yang mencukupi syarat pembelajaran layak untuk menduduki peperiksaan bagi membolehkan mereka memperolehi sijil pengiktirafan sebagai pakar motivasi professional Akademi Motivator Profesional Malaysia (AMPro).
Namun, kali ini ianya diadakan pada petang Ahad agar ‘ahli keluarga AMPro’ dapat berbuka puasa bersama pengasasnya yang sentiasa bermotivasi dan mesra. Sifat semulajadi beliau sendiri mampu memberi peragsang kepada orang lain untuk terus bermotivasi.
Akademi Motivator Profesional Malaysia (AMPro)
Disebabkan kehadiran saya ke sini adalah semasa bulan Ramadan, sesi pembelajaran ilmu motivasi secara profesional ini diakhiri dengan aktiviti berbuka puasa dalam suasana yang sederhana tetapi meriah dengan nilai-nilai kekeluargaan dan kemesraan.
AMPro – Motivasi Sebagai Platform Kejayaan
Sebagai individu yang berkecimpung dalam segmen pembangunan insan akademik-industri, ia merupakan satu lagi pengetahuan terhadap peranan motivasi secara lebih ilmiah, tersusun dan terancang. Mudah-mudah dapat terus menjadi komitmen kerjaya yang mampu membawa kebaikan kepada diri, keluarga dan masyarakat seluruhnya… in shaa Allah.
Semoga Akademi Motivator Profesional Malaysia (AMPro) terus mekar dalam melahirkan lebih ramai pakar-pakar motivator bertaraf profesional untuk pembangunan dan kejayaan ummah… aamiin.
Baca lagi > Program Duta Inovasi Genovasi Malaysia.
Berkongsi perspektif industri digital disamping editorial dan dakwah. > PROFILE
Motivasi ni penting sangat untuk membentuk kejayaan seseorang kan.. Sebab tu lah wanie pun suka juga kalau diberi peluang untuk terlibat dalam perkara-perkara berkaitan motivasi..Dengan adanya motivasi, kita sendiri boleh ransang diri kita untuk buat perkara ke arah kejayaan..InsyaAllah..semoga terus berjaya… 🙂
Betul tu Wanie. In shaa Allah… aamiin. 🙂
Mmg menarik…kalau bab motivasi saya pon suka jgk En.khir…pernah ingt nk jadi ahli motivasi…tak pon pakar kuanserling..tapi xde jodoh dgn semua ni..mungkin AMPro ni satu platform terbaik kearahbiti..;D
In shaa Allah.. Ikhwan. Klu ada kelapangan boleh hadir ke sini malam isnin & rabu… 🙂
kalau ada peluang memang berminat juga nak ikut serta..
Entri terbaru saya dalam blog Hero Borneo
In shaa Allah… mana tau ada rezeki nanti2. Boleh contactlah saya, kita ke sana mlm isnin & rabu… 🙂
woww dapat iftar jugak ye..hehehe….syiookknyeee
Alhamdulillah… mmg syok Syaifuddin… 😀
Alhamdulillah, bukan senang nak jadi pakar motivasi ni. Moga abg khir dan team AMPro istiqomah dan sukses! :))
In shaa Allah Anim… aamiin. T kasih diatas doa… 🙂
Memang motivasi amat penting untuk kerjaya dan kehidupan.Bagi AB motivasi penting dalam diri individu itu sendiri samada dalam aspek jasmani,emosi, rohani dan intelek.
Mmg betul tu AB… mudah2an membantu utk terus berjaya dlm kehidupan.. aamiin.. 🙂
ramai peserta yang senior join..
Betul tu saudara Ishak… dpt berkongsi ilmu dari yg berpengalaman juga… 🙂
bagus nya jadi pakar motivasi. boleh pengaruh orang lain tuk jadi lebih baik.
btw, iftar gitu style orang kampung. i like. hehe 🙂
In shaa Allah… mudah2an membawa kebaikan semua… mmg syok makan style gitu hehee… meriah.. 🙂 🙂
wah bagusnye
byk program yg abg khir join
moga lebih ramai penglibatan anak bangsa kita dlm program bermanfaat sebgini
Alhamdulilah… mmg betul tu Yumida. Adalah diharapkan supaya ramai lagi yg berminat utk melibatkan diri menjadi motivator bertauliah utk kebaikan agama, bangsa & negara.
menarik sungguh & tahniah
Alhamdulillah… thanks Haslinda… 🙂
satu ketika dulu saya pernah bercita-cita menjadi pakar motivasi =)
anyway seronok iftar reramai camtu kan
puas saya dok cari kari ayam dalam bebenyak makanan tu
tak nampaklah pula =)
Oh… ada kelapangan nanti boleh join pelan2 belajar… mlm isnin & rabu…
hahaa… tak nampak lah pulak kari ayam tu… amik gmbar pakai tab mmg tak berapa elok lah.. blur memanjang klu selfie… hampeh.. 😀 😀
hmm..menarik ni. first time dengar sebenarnya.
Alhamdulillah.. mmg menarik Amy J. Boleh dtg klu nak join latihan mlm isnin & rabu… 🙂
bagus sertai program macamni kan..
Alhamdulillah… mmg bagus Mar. 🙂
wah… pasnie jadi motivator terkenal la khir yer… tahniah bro (y)
In shaa Allah… motivator tu oklah Idah.. bab terkenal tu malu eh.. 😀 😀
menarik.. mesti byak inmu baru yg diperolehi.. bgus joint program macm ni..
Alhamdulillah… mmg betul tu bro Sobri.. mmg bnyk yg dpt dipelajari… 🙂
wah ramai yang join..
Mmg ramai… seronok pembelajaran mcm ni… 🙂
mengasah bakat menyebarkan ilmu dengan lebih berkesan. Sangat bagus.
In shaa Allah… t kasih Khamsi.. 🙂 🙂
sesekali kita kena didedahkan dengan motivasi… klu tak, tak ada arah tuju… lepas ni abag khir jd motivator la ya…?
Betul tu Mahirah… skrng pun dah involve jadi motivator jugak cuma belum tahap profesional lagi.. mudah2an bertambah baik lagi lepas ni… 🙂
Cita-cita ada tapi sekarang ni masa agak terbatas…mungkin peluang kearah itu belum terbuka lagi…tapi InsyaAllah, satu hari nanti kerana minat dgn bidang ini…
Semoga berjaya Khir, nanti boleh perturunkan ilmu pula ye 🙂
Hehee… in shaa Allah BM. Klu berminat nanti boleh je contact saya & join eh… best sikit ramai menambah kengkawan… 🙂
Good for you Khir…I really envy this profession. Unfortunately I have no passion to be one of them..Hmm..too bad..
TV Fanatic for you…
Hehee.. different people have different talent.. Thanks Raudzah.. 🙂 🙂
wah ! menarik..CN dulu pernah bercita-cita nak jadi kaunselor sekolah, tapi tak dapat pulak course yang dipohon.. 😉
In shaa Allah… ada nanti rezeki yg lebih baik tu CN… aamiin.. 🙂
sometimes kita memang memerlukan kursus2 motivasi macam nie bagi meningkatkan keyakinan kita…
Regards,
-Strider-
Mmg betul tu Strider.. lagi pun, ia memerlukan teknik agar matlamat kita dpt disampaikan kpd org dgn lebih berkesan.. 🙂
salam. menarik program ni..kalau diberi peluang sy pun nak join..
Boleh je Itah… klu berminat bleh je join… 🙂
ada sesi pembelajaran ke kt sini?? camne klu nk join?
A ah sis… sesi pembelajaran kat sini. Lepas cuti raya ni boleh lah dtg hari isnin & rabu. Bermula jam 9 – 11:30 mlm. Boleh je contact saya klu nak tahu apa2.
Memang bagus jadi motivator…dpt dekatkn diri dengan orang sekeliling & mendalami kehidupan orang lain..zaman sekolah dulu pernah jadi PRS (Pembimbing Rakan Sebaya)…seronok rasanya dapat bantu kawan2…
Betul tu mama Amir… bila kita dpt bantu org, diri kita pun dpt maju juga… in shaa Allah… 🙂
Tahniah Tn Khir 🙂
Alhamdulillah… t kasih Linda… 🙂
Alhamdulillah..tahniah khir..byk program yg khir join..moga2 ini dot memotivadikan kita2 kat luar ni utk sama mengikuti program sebegini..tahnish
Alhamdulillah AI.. mudah2an membawa kebaikan buat diri & org lain juga.. 🙂 🙂
Tahniah bro khir… program yang bagus dan penuh dengan ilmu… semoga bro khir dapat menjadi pakar motivasi yang hebat walaupun skrg mmg dah hebat…ekekekeke… 😀
Suka dengan program motivasi ni..
salam saudara khir..sya shamsul dr kuantan, mohon dptkan maklumat dimana saya bleh sertai kursus sbagai motivator
Waalaikumussalam… tuan boleh hubungi pengasas AMPro, Dato Dr Syed Ahmad di no: 013 691 4925, in shaa Allah… Salam sukses tuan!.. 🙂
Macam mne sy boleh dapatkan email atau alamat ampro ?
Boleh hubungi no. 013 691 4925 untuk emel atau alamat ampro, in shaa Allah 🙂
Mcm bisnes MLM je.. kena carik org dan dftr ahli (kalo org tu xnk pegi kelas pun, jnji dpt No ic dia, kita byrkn) , pastu jumlah keuntungan kita akn double. Mohon pencerahan.
Maaf saya tak pasti bab tu.. saya diundang menyertai kelas yg diadakan pada bulan puasa dan berbuka bersama hampir 3 tahun lalu. Jurnal itu saya tuliskan di sini.
Assalamualaikum tuan unknown. Maaf bertanya tuan dah pernah hadiri kelasnya kah? Kalau pernah berapa kali? Sbb kefahaman tuan ttg cari2 org dan kemudian daftar ahli kita yg bayarkan n junlah keuntungan akan double tu adalah salah sama sekali. Akademi sebenarnya dalam proses membuat pengambilan para siswa tg baharu. Seperti universiti atau kolej2. Macam tulah juga akademi. Sentiasa membuat pengambilan baharu. Tapi pengambilan baharu yg dibuat tidaklah diiklankan dalam tv atau majalah2 atau surat khabar. Sbbnya itu menelan belanja yg besar. Daripda biarkan duit mengalir ke pengiklanan sedemikian adalah lebih baik pihak Yayasan Pembangunan Motivator Profesional Malaysia salurkan duit pengiklanan tu kepda para siswanya dgn berbentuk elaun. Itu mmg peruntukan khas diberi pleh pihak yayasan sendiri. Bukannya ambik keuntungan drp org atas org macam MLM yg digambarkan. Jadinya itu pentingnya ilmu dan buang persepsi negatif dlam fikiran. Terima ilmu dgn berlapang dada barulah semua perkara dan kefahaman yg baik2 akan dtg. Jika tuan masih was2 atau kurang jelas boleh wassup sy ke nombor 0133711186. Perkenalkn diri tuan. Bolehlah tuan bertanyakan perkara2 yg kurang jelas dan difahami. Sy siswa di akademi. Setakat sy belajar selama ini. Tidak pula sy nampak MLMnya disini. Harap penjelasan sy jelas dan difahami.
Berapa ramai ahli yg berdaftar dlm program mativator ni?
salam, bleh tau x mcm mne ye nk join program nie, still ada lagi ke
Kat mana nak mendaftar tuan..?bila pengambilan utk 2018..?
Kat mana nak mendaftar tuan..?bila pengambilan utk 2018..?
Boleh saya dapatkan Number Contact Akademi