Gaza Kembali Berdarah Di Landskap TV1 – Bersyukur ke hadrat Allah swt kerana berpeluang berkongsi ekspresi di Facebook untuk tatapan umum melalui program Gaza Kembali Berdarah di Landskap TV1. Program Landskap TV 1 kali ini memaparkan pandangan dari pelbagai pihak terhadap kekejaman regim Zionis di Gaza. Ia bersiaran secara langsung pada Jumaat (11/7/2014), jam 10:00 malam.
Gaza Dan Sandiwara Zionis
Pada bulan Ramadhan yang mulia, kita telah dikejutkan lagi dengan serangan besar-besaran regim Zionis di Gaza tanpa peri kemanusiaan. Sandiwara mempertahankan kedaulatan negara haram Israel dari pencerobohan dan ancaman pengganas di Gaza, tetap menjadi alasan utama regim Zionis di pentas dunia.
Walaupun kecaman demi kecaman dilontarkan, hakikatnya semakin bertambah penganiayaan demi penganiayaan yang dilakukan. Begitulah juga bertambahnya jasad-jasad rakyat Palestin yang tidak berdosa gugur bergelimpangan kehilangan nyawa.
Pernah saya nukilkan pada tahun 2012 tentang kepentingan Palestin dengan panjang lebar dalam salah satu artikel di blog yang lain (www.khirwords.blogspot.com) malang ia telah ditutup. Ia perkongsian berdasarkan secebis pengalaman yang membuka mata dan jiwa aku sendiri untuk memahami punca utama tercetusnya krisis Palestin – Israel ini.
Penghargaan Rancangan Landskap TV1
Melalui artikel ini juga saya memahatkan penghargaan kepada pihak RTM, Landskap dan saudara Shuhaimi Mohamed selaku pengacara program Gaza Kembali Berdarah di Landskap TV1 diatas kesudian menyunting ekspresi ini menjadi salah satu perkongsian bermanfaat.
Mudah-mudahan menjadi seruan kebaikan, ‘berpesan-pesan kepada kebenaran’ yang dapat meningkatkan kesedaran masyarakat untuk memberikan sokongan berterusan kepada Palestin agar tetap tabah memerangi kekejaman regim Zionis Israel ini.
![]() |
Ekspresi dan doaku buat Palestin |
Sumbangan Dan Doa Buat Gaza
Pada waktu dan ketika ini, apa yang kita mampu lakukan hanyalah memberikan sumbangan ikhlas berserta doa buat Gaza. Semoga Allah swt sentiasa melindungi dan permudahkan jalan kejayan buat Palestin serta muslimin seluruhnya … aamiin.
Berdoalah… doa dan terus berdoa. Sesungguhnya doa itu senjata mukmin.

A non stereotypical digitalpreneur in e-commerce and media relations industry, a content writer, a video creator and a motovlogger. > PROFILE
kuatkan Saudara Palestin Ya Allah…..InshaaAllah Kemenangan milik Islam…
Allahuakbar!
kusyuk saya membaca perkongsian artikel cerita aku tentang palestin dri En.Khir…Terima kasih..satu olahan yang mmg terbaik dan teliti..Tq..:DD
Hanya doa yang mampu kita kirimkan untuk mereka. Semoga Allah melindungi sahabat-sahabat kita di GAZA dari terus menjadi mangsa kekjaman Israel…..
Tahniah abg khir..semoga Allah melindungi saudara kita di sana..syurga menanti para mujahidin di sana…kita di sini hanya mampu berdoa dan menyumbang apa yang mampu..semoga Allah membalas kebaikan kita untuk sama-sama menentang Israel..
mendoakan keperitan dan kesengsaraan rakyat Gaza akan kembali aman…
Tahniah abang Khir. Jom kita sama-sama tingkatkan amalan dan terus berdoa untuk Gaza dan umat Islam seluruh dunia
Semoga Gaza kembali aman..
tiada kata-kata yang dapat menggambarkan rasa diri terhadap penderitaan rakyat Palestin. semoga sekalian rakyat Malaysia sentiasa mengirimkan doa buat mereka……
setiap kali niesa tgk gmb2 anak kecil yg dibunuh dgn kejam sebak sgt smpai xmampu nak tahan air mata dari mengalir..semoga Allah memberi keamanan kpd mereka…
Ya Allah selamat kan lah umat islam di sana dan
permudahkan segala urusan …amin
allahh.. mudah mudahan allah bagi mereka kekuatan 🙂
Moga zionis lenyap dari muka bumi ini…
Zumal ada tag bro Khir kat sini, jemput join
http://duniazumal.blogspot.com/2014/07/segar-bersama-fresh-care-dan-safe-care.html
sedih…tambah sedih bila tiada siapa yang boleh membantu mereka..walaupun saudara2 seIslam mereka.
Semoga mereka terus tabah.
Invest + dove tuk Khir
Terus berdoa dan berkarya akan Palestin
klik tabung untuk anda,,,,moga murah rezeki.
Tahniah sbb hasil nukilan bro Berjaya menambat hati pembaca… semoga kita terus membantu rakyat palestin… sedih sbb ari-ari tengok gambar2 kekejaman rejim zionis… 🙁
kita sebagai umat Islam mesti bersatu dalam mempertahankan umat Islam di Palestin..caranya ada pelbagai.Salah satu memberi sumbangan dana.
irra tak boleh tengok gambar anak-anak palestin yang tak berdosa menjadi mangsa. Allahhh.. luluh rasa hati… semoga Allah menlindungi mereka di sana…
hhhmmm… sedih..sangat sedih.. Khamsi Abdullah
berdoa dan terus berdoa untuk penduduk palestin..
klik tabung untuk anda….
Gugur air mata bila mengenangkan derita mereka. Moga Allah hilangkan rasa sakit dari mereka ini.
semoga Allah melindungi mereka … aaamin … oldtown lagi .
mudah2an kezaliman di Gaza dihentikan
saya tak pernah tahu kewujudah rancangan tu
simpati pada rakyat palestin yang berjuangan berseorangan
terlepas tgk aritu…
Ya Allah… selamatkanlah rakyat Palestin dari terus menjadi mangsa tentera rejim zionis Israel…
Hanya doa yang dapat kita titipkan buat mereka… jangan putus asa berdoa…
Doa senjata mukmin… Doa dan teruskan doa utk Gaza..
Tahniah Bro Khir. Sama-sama kita terus menerus berdoa buat mereka di sana
dah bertambah femes dah ni … 2x oldtown n invest di pagi ahad .