Hari Perjumpaan Keluarga Jamak 2014 – HPKJ 2014. Memahat kenangan bersejarah untuk diabadikan di alam maya sebagai jurnal kekeluargaan yang amat berharga. Tanggal 3 Ogos 2014 bersamaan 7 Syawal 1435H merupakan tarikh berlangsungnya majlis Hari Perjumpaan Keluarga Haji Abdul Jamak bin Majok di Pusat Komuniti Bukit Bandaraya, Bangsar, Kuala Lumpur.
Majlis Hari Perjumpaan Keluarga Jamak berketurunan Bugis Johor ini merupakan kesinambungan daripada Perhimpunan Keluarga Jamak yang pernah diadakan pada 20 Disember 2008 yang lalu. Ia telah mengumpulkan kehadiran 8 cabang susurgalur keluarga yang terdiri daripada generasi ke 2 sehingga generasi ke 6, keluarga Jamak.
Kini setelah hampir 6 tahun ianya berlalu, aku bersyukur kerana dapat sekali lagi dipertemukan dengan lebih 500 ahli keluarga dibawah satu bumbung dan pada satu hari yang cukup menceriakan. Ia bukan sahaja mengumpulkan kehadiran ahli keluarga dari seluruh Johor dan Malaysia, malah dari Singapura, Germany dan United Kingdom, mengeratkan jalinan silaturrahim disamping meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama dalam suasana santai kekeluargaan penuh kemeriahan.
Di sini, aku abadikan beberapa gambar sepanjang majlis Hari Perjumpaan Keluarga Jamak 2014 yang berlangsung pada jam 10 pagi hingga jam 4 petang dihari yang penuh kenangan ini.
Hari Perjumpaan Keluarga Jamak (HPKJ) 2014
Suasana di luar dewan, ada juga disediakan ‘booth’ jualan untuk ahli keluarga Haji Abdul Jamak yang berniaga sebagai platform untuk menjual serta mempromosikan barangan dan perniagaan mereka.
Dalam pada itu, aku juga berpeluang menjadi pengacara bersama untuk sesi temubual dengan para usahawan ahli keluarga Haji Abdul Jamak. Terasa macam pengacara stesen TV lah pulak hehee…
Antara aktiviti yang mencabar tetapi menyeronokkan adalah sewaktu sesi bergambar. Memandangkan ruang dewan dan pentas yang terhad, maka sesi bergambar telah diadakan dalam 4 sesi yang berasingan.
Kesemua 8 cabang keluarga daripada generasi ke 2 hinggalah generasi ke 6 perlu bergambar mengikut pecahan yang bersesuaian dengan ruang yang ada. Setiap cabang keluarga dari pelbagai lapis generasi juga dapat bergambar bersama-sama dengan generasi ke 2 keluarga Jamak yang merupakan ahli keluarga paling ‘senior’ dikalangan kami.
Keluarga Haji Abdul Jamak cabang Mohammad dan Mahmood |
Keluarga Haji Abdul Jamak cabang Andak |
Keluarga Haji Abdul Jamak cabang Zainab, Khadijah dan Hassan |
Keluarga Haji Abdul Jamak cabang Majid dan Hussein Aku merupakan generasi ke 4 cabang Hussein |
Bersama Dato Mahadzir Lokman yang juga merupakan ahli keluarga kami |
Aksi bebas bersama AJK HPKJ 2014… yeah… 😀 |
Penghargaan HPKJ 2014
Pernah satu ketika dahulu aku nukilkan tentang persediaan untuk menghadapi Hari Perjumpaan Keluarga Jamak ini dalam satu artikel blog yang boleh dibaca di > SINI. Alhamdulillah, segalanya berlangsung dengan lancar dan meriah.
Justeru, kesempatan ini aku mengucapkan jutaan terima kasih kepada AJK HPKJ 2014 atas kerjasama yang erat demi memastikan majlis keluarga ini dapat berjalan dengan lancar. Terima kasih juga kepada semua ahli keluarga Haji Abdul Jamak yang sudi meluangkan masa untuk hadir mengimarahkan Hari Perhimpunan Keluarga Jamak 2014 ini dengan ukhwah kemesraan. Segala pengalaman menjadi kenangan yang pastinya tidak akan aku lupakan…
Kalau Ada Sumur Di Ladang,
Boleh Hamba Menumpang Mandi,
Kalau Ada Umur Yang Panjang,
Pasti Kita Berjumpa Lagi…
Akhir kata, Semoga ikatan kekeluargaan yang terjalin terus berkekalan dan berkembang mekar dari satu generasi ke generasi yang seterusnya dengan sepenuh keberkatan Illahi… aamiin.
Baca lagi > Tayangan Khas Tanda Putera Keluarga Daeng Pabitah
Berkongsi perspektif industri digital disamping editorial dan dakwah. > PROFILE
Alhamdulillah. Majlis dapat dijalankan dengan jayanya. Family reunion punya meriah dah macam konvokesyen. Besar betul jumlah ahli keluarga besar Encik Khir.
Alhamdulillah Sylarius Yusof… cukup meriah. Itu pun ada juga lagi yg x dpt hadir tu… Mcm konvo pulak eh hehee… 😀
Assalamualaikum dan salam syawal ke-9,wahh..tengok dari gambar da tau suasananyer pasti meriah sekali..
Waalaikummussalam Mardiah… alhamdulillah.. mmg meriah sgt.
Salam Syawal juga… 🙂 🙂
Dale Lokman? Saya kenal arwah nenek dia yang kat Muo tu.. memang best friend arwah tok. Seronok ya dapat kumpulkan family macam ni…
Oh… asal keluarga kami ni pun mmg dari Muo… org Muo hehee.
Alhamdulillah Fayreen… mmg seronok… 🙂 🙂
Dale Lokman? Saya kenal arwah nenek dia yang kat Muo tu.. memang best friend arwah tok. Seronok ya dapat kumpulkan family macam ni…
Fayreen… awak pun mesti ramai sedara kt Parit Bakar kan…
Mmg org Parit Bako juga eh?… 🙂 🙂
Seronoknya dapat berkumpul dalam keluarga besar macam ni.. 🙂
Alhamdulillah Wanie… mmg seronok sgt. Kenangan… 🙂 🙂
ramainya.. ukhuwah terjalin makin rapat 🙂
Aamiin… alhamdulillah ramai & meriah.
T kasih Syaifuddin… 🙂
ramainya. kompem meriah amat ni.
Alhamdulillah… mmg cukup meriah Asma… 🙂 🙂
ramainya..ni buat kenduri panggil sanak saudara dah meriah kan..
Alhamdulillah… a ah… ramai yg nk dijemput klu kenduri… 🙂 🙂
ramainya? ni nak bagi duit raya kat anak kena tanya anak berapa then terus bagi kat tangan mak bapak.. tak sempat nak bg semua budak2 ni huhu..
Klu nk salam bagi duit raya kat sorang2 mmg silap2 boleh lenguh tangan bersalam hehee.. 😀
memang meriah dan besar besaran majlis ni…
Alhamdulillah… mmg meriah Mar. Bukan slalu dpt buat majlis berkumpul mcm ni… syukur sgt2… 🙂 🙂
Alhamdulillah. Majlis berjalan dengan lancar. Bestnya tgk keluarga besar macam ni. Meriah.
Alhamdulillah… mmg meriah Fiza… seronok. Satu kenangan manis… 🙂 🙂
Huyooooooo….. terbaekkklah bro… memang meriah giler… dah macam majlis formal jer..siap ada pendaftaran bagai…ekekekekeke… bagus gak kalau buat camni kan… dapat kenal semua kaum keluarga yg jauh dan dekat….. 😀
Alhamdulillah.. mmg seronok. Table pendaftaran tu mmg kena ada, klu tak kelam kabut majlis hehee. Syukurlah dpt beramah mesra, bukan selalu dpt mcm ni.. Kenangan ni bro Sham.. 😀
meriahnya… selamat hari raya en khir..
Mmg meriah.. Alhamdulillah.. Slmt hari raya juga buat mama sekeluarga. Maaf zahir & batin… 🙂
wahh… keturunan bugis nie… 😀
sungguh meriah laa… ramai yang turut serta… sehati la keluarga Haji Jamak nie… 😀 terbaek
Mmg sehati sejiwa hehee.. alhamdulillah, cukup seronok.. t kasih Idah.. 🙂 🙂
besarnya keluarga nie…mesti meriah kan…
Alhamdulillah… mmg meriah sgt Aida… 🙂 🙂
Alhamdullillah, segalanya berjalan lancar. Tak sabar nak tunggu perjumpaan Jamak Exchange Network pulak!
Alhamdulillah… betul tu. Semoga Jamak Exchange Network dpt menjadi tapak utk mengukuhkan lagi keakraban kita semua dari masa ke semasa utk selamanya… aamiin.
t kasih Azree… 🙂 🙂
ramai nyerrrrrrrrrrr
Alhamdulillah… mmg ramai Anies.. 🙂 🙂
Ramainya….Sampai generasi ke-6…..Tentu meriahkan..:D
Alhamdulillah… sgt meriah Ikhwan… 🙂 🙂
Fuhhh…Salute bro Khir…bukan senang nak menghimpunkan ahli keluarga seramai ini…tapi kalau sekali dah dihimpunkan Insyallah tiada masalah untuk berhimpun lagi sekali…..
Regards,
-Strider-
Mmg betul tu Strider… thanks to my uncle yg mmg bersusah payah berusaha utk menghimpunkan seluruh susurgalur keluarga sejak dulu.. in shaa Allah.. semoga dipermudahkanlah utk berjumpa lagi & lagi nanti… aamiin.. 🙂
ish2 ramainya bro khir… mesti meriah..
aktiviti sebegini memng harus diteruskan utk mgekalkan silaraturahim..
siap ada slot jualan.. memng terbaik
Alhamdulillah bro Sobri.. meriah… T kasih.. 🙂 🙂
amin.. sama-sama bro..
sambilmunum kopi,,,
Seronoknya…meriahnya…bukan senang nak cari dan kumpulkan sedara mara dan kaum kerabat ramai begini….kena ada seseorang yang betul komited dan setius baru boleh jadi….
Alhamdulillah….semua berjalan lancar..semoga bertambah lagi ahli keluarga besar ini ditahun2 hadapan…
Aamiin.. mmg betul tu Bunda. Bukan satu usaha yg mudah. Thanks to my uncle yg mmg komited & serius dlm penyatuan keluarga ni. Hanya Allah jua yg membalasnya dgn sepenuh kebaikan & keberkatan… aamiin.
meriah betul kalau keluarga ramai..
Entri terbaru saya dalam Blog Hero Borneo
Mmg meriah bro… alhamdulillah… lagi pun bukan selalu dpt berkumpul mcm ni… 🙂
Waaah!!! meriah nye…ramai nyer kaum kerabat…seronok kan dpt brkumpul mcm ni…
Semoga silatulrahim ini akan terus erat & bersatu hendak nye =)
Aamiin… mmg meriah bila dpt berkumpul mcm ni.. alhamdulillah. T kasih diatas doa Izan… 🙂
Meriah Betull la ….
Alhamdulillah.. mmg sgt meriah Lya.. 🙂
Merah bajuuuuu hehehhe
Baju merah buat majlis bertambah meriah hehee.. 😀
Meriah…bukan senang nak kumpulkan family dalam jumlah yang besar kan khir…Tahniah untuk pihak penganjur..
Taylor Uni for you..
Alhamdulillah syukur… Thanks to my uncles & cousins… ajk & all family members. Mmg bukan satu usaha yg mudah. Satu kenangan manis buat kami. Thanks Raudzah… 🙂 🙂
Woo….meriah banget ni Khir. Confirm masih ada yg tak kenal antara satu sama lain. Apa pun semoga perhubungan antara saudara terus erat terjalin.
Aamiin… T kasih diatas doa kak Lynn. Alhamdulillah, sgt meriah. Mmg ada yg baru kenal terutama antara generasi2 yg muda mcm saya ni laa.. yg tua2 mmg dah confirm kenal… eh saya muda eh… hoho… 😀 😀
Khir bugis johor yer…samala kita…ayah saya bugis johor gak…ayah pandaila cakap bahasa bugis lagi…kne anak2, hilang dah…huhu
Best btol dapat kumpul ramai2…
Alhamdulillah mmg best Mama Amir… ye Bugis Johor, asal keluarga dari Muar.
Klu bab cakap Bugis ni saya pun sama je… sikit2 bolehlah hehee.. 😀
tahniah atas kejayaan penganjuran majlis sebegini..memang berbaloi bila dapat berjumpa semua sanak-saudara…
Alhamdulillah… hari minggu & Syawal yg mmg sgt berbaloi. Menjadi kenangan juga… T kasih Zila… 🙂
Ramainya. Teruja pula tengok. Rasanya tahun ni paling meriah kot.
Betul tu cikgu Helmi… mmg meriah & menjadi satu kenangan buat saya serta seluruh keluarga.. 🙂 🙂
meriahnya…
Alhamdulillah… cukup meriah Hanisah.. 🙂 🙂
terkejut. sangat ramai. hari tu saya balik kg pun baru jumpa sedara mara yg tak pernah jumpa sebelum ni. tak kenal pun ada. macam mana la anak cucu saya nanti. hehe
Hehee… Betul tu Lily… satu hari nak berbual pun tak cukup masa rasanya kan… mudah2an terus berkekalan utk generasi2 yg seterusnya… aamiin.. 🙂
Seronoknya ada family day cenggini….best sgt2
Alhamdulillah… mmg seronok SA.. lagi pun bukan selalu dpt mcm ni… 🙂 🙂
Tahniah! Majlis berjalan dengan lancar dan berjaya! Satu program yang bukan mudah utk dilaksanakan dan perlu dikekalkan. Semoga ianya mencapai matlamat yg diharapkan… Seronok sekali melihat keluarga besar Khir (Jamak) dapat merealisasikan program ini.
Alhamdulillah… mmg syukur sgt2. Ia menjadi kenangan & juga semangat bukan shj kpd saya, malah anak2 utk terus mengeratkan silaturrahim berterusan. Mudah2an dipermudahkan kpd kami utk berjumpa serta berkumpul lagi spt ini nanti.. in shaa Allah. T kasih BM.. 🙂 🙂
Ramainyee..ternganga jap tengok! Ana yg adik beradik 25 org seciput tu pun dah rasa full rumah. Ni kan kalau berkumpul sepupu sepapat. Pergh..pergh..
Hehee… alhamdulillah mmg syukur sgt2 dpt berkumpum mcm ni pada aidilfitri tahun ni.. seronok sgt.
Ana… 25 org adik beradik tu mmg ramai tu.. klu berkumpul semua pastilah meriah juga… 🙂 🙂
meriah sangat ni! aishehhh…baju merah nyaaa..hihihi…long last ukhuwah hopefully 🙂
Aamiin… alhamdulillah Sally… Baju merah buat majlis bertambah meriah hehee.. 🙂 🙂
Best dapat berkumpul semua macam ni 😀
Mmg best.. seronok… alhamdulillah Nadya.. 🙂 🙂
family day keluarga belah bonda buat juga pada 2 julai di mahkota cheras . tapi tak lah seramai ini . setakat baru sampai generasi ke 4 jer . tu pun x semua yg dtg termasuk saya . kebanyakannya cuma hantar wakil utk sebuah keluarga … mahathir lokman tu wife mat salleh ya . ingatkan masih single … meriah , sungguh meriah .
Alhamdulillah… mmg cukup meriah. Ini pun ada juga yg jauh tak dpt hadir sbb dah dipenghujung cuti Aidilfitri. Mahadir Lokman tu masih single Vee.. 🙂
bestnya…..
Alhamdulillah… 🙂 🙂
Saya suka hari keluarga anda..terbaik.
Terima kasih sahabat… seronok… 🙂 🙂
pergh.. meriah giler..
Alhamdulillah.. tambahan dlm bulan Syawal, mmg sgt2 meriah… syukurlah… 🙂
Assalam saudara khir khalid, Jm baru nk berkenalan dgn blogger femes ni sekali d sajikan dgn entri yg paling sesuai rupanya keturunan bugis dan ahli keluarga Jamak rupanya. Waduh2 mmg kagum sbab dpt kumpul semua generasi ke 2 sampai ke 6 tu bukan senang nk cari asal usulnya. Pastu terdpt pulak org terkenal kat situ mahadhir lokman. Opsss baru pertama kali singgah sini dah panjang tinggal komen ntah org sudi ke tidak dtg ziarah sini 🙂
Waalaikummussalam… alhamdulillah… sekadar berkongsi utk diabadikan sbg kenangan juga. Syukurlah semuanya berjln lancar… T kasih sudi singgah sini JM. Ia amat saya hargai & tak de masalah nak komen panjang2 pun hehee… Salam perkenalan & ukhwah ye… 🙂 🙂
wah…meriah sungguh tu Khir…tahniah khir n AJK sebab berjaya menganjurkan majlis ni…bukan senang nk kumpul ramai2 tu kan…
pagi2 pekena old town white coffee ok gak 🙂
Alhamdulillah… mmg bukan senang nk kumpulkan ramai2 ni. Thanks kpd my uncle yg bersusah payah sejak dulu lagi utk penyatuan keluarga, juga kpd ajk serta srmua ahli keluarga yg sudi mengorbankan masa utk hadir menjadikan majlis ini sungguh meriah penuh kenangan manis… Thanks sis Noe… 🙂
Meriah… meriah….. bestnya bila ramai2 macam ni 🙂
Mmg seronok bila dpt berkumpul ramai2 mcm ni… meriah. Alhamdulillah Deno.. t kasih.. 🙂
how nice.. semoga hubungan kekeluargaan ini bertambah erat dengan berkat Ilahi.. 🙂
Aamiin… alhamdulillah… T kasih diatas doa juga Ain… 🙂 🙂
Meriahnya…..
Alhamdulillah… mmg meriah Fidah… 🙂
Singgah lagi tengok gambar2 ceria hehehhee ……..Wahhh ada Mahatdzir Lokman jugak kat situ hehehhee .meriah meriah ..Kalau la Lya pon leh jumpa smeua camni mmg best ……Bukan senang nak kumpul ramai2 camni kan Khir..
Alhamdulillah Lya… mmg bukan satu kerja yg mudah nak dpt kumpul ramai2 mcm ni. Syukurlah sgt2… 🙂 🙂
Happeningnya ni Khir.. seronok berjumpa dengan family besar.. banyak cerita nak catch-up.. pasti banyak kerja yang perlu dilakukan untuk buat event seperti ini.. Syabas atas kejayaan! 🙂
Alhamdulillah.. syukur sgt2 segalanya berjalan dgn lancar & meriah. T kasih Nurul… 🙂 🙂
Ramainyaaaaa….tak pernah tahu pun ada keluarga Jamak…banyak pula cabangnya..
Baguskan…always keep in touch with each other.. hehe
Alhamdulillah.. mudah2an terus akrab hingga generasi2 yg seterusnya… aamiin. T kasih Nadirah… 🙂 🙂
meriah ye
Alhamdulillah sahabat… 🙂
blogwalking
T kasih sudi singgah blogwalking sini sahabat.. 🙂 🙂
Assalammualikum…khir,
tahniah khir perjumpaan nie nampak meriah kan..
mselim3
pls: good luck perjumpaan keluarga yang bermakna… buat keluarga jamak.
fuhhh…. bukan senang organizer nak uruskan program macam ni.. komitmen kena tinggi untuk pastikan semua orang bagi maklum balas… tahniah buat semua ahli keluar Jamak kerana berikan kerjasama… insya-allah boleh buat lagi… tahniah….! 🙂
Meriah..boleh buat karnival da ni..
bestnya ada perjumpaan macam ni. saya x pernah lagi merasa. x tahulah pernah ada ke x.
wah2, puan mem bukan main lagi. ^^,
wah besarnya ahli keluarga
saya juga ada perjumpaan keluarga
belum sempat up dalam entry lagi =)
meriahnyer 😉
Wah.. Meriahnya…
best la korang…. aku hidup x seindah ini 🙁 sedih
Alhamdulillah…
LeYa juga pun keluarga Hjh Lijah seramai ini. Dan taksilap sudah ke Generasi 7. nak kene cek balik susurgalur. boleh buat jurnal mcm abam khir ni
Terbaik tahun 2018 tidak ada buat lagi perjumpaan