Tanda Putera Tanda Silaturrahim, Keluarga Daeng Pabitah,
Tanda Putera, Tanda Silaturrahim – Ahad 22 September 2013 merupakan hujung minggu yang menggembirakan. Saya berpeluang berkumpul santai mengeratkan silaturrahim susurgalur keluarga Daeng Pabitah, disamping berhibur menonton tayangan khas filem Tanda Putera bersama-sama.
 

Penghargaan buat Dato’ Zuraidah Atan, ahli keluarga yang berbesar hati menaja dan yang bertungkus lumus menjayakan perjumpaan Tayangan Khas Tanda Putera Keluarga Daeng Pabitah ini. Ia satu kenangan manis yang berharga dan penuh dengan ukhwah kemesraan.

 
Tayangan Khas Tanda Putera, Daeng Pabitah, Jalaludin Jaafar, Khir Khalid
Kenangan bersama pak cik saudara yang banyak berjasa untuk penyatuan susurgalur keluarga

Tayangan Khas Filem Tanda Putera

Filem ini memaparkan kisah suka duka perjalanan kehidupan Allahyarham Tun Abdul Razak dan peristiwa yang berlaku sewaktu beliau menyandang jawatan Perdana Menteri Malaysia kedua. Ia menjadi ‘Tanda silaturrahim’ kami kerana ada diabadikan kisah Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman yang juga merupakan salah seorang ahli keluarga kami.

 
Sentimen filem Tanda Putera ini mengingatkan saya tentang filem kontroversi “Braveheart”. Ia hangat diperkatakan ketika saya masih menuntut di United Kingdom. Walaupun filem Braveheart dinobatkan sebagai antara filem terbaik di persada antarabangsa, ianya menjadi isu besar di setiap muka akhbar dan pelusuk bumi United Kingdom.
 

Filem itu cukup tidak disenangi oleh masyarakat berbangsa Inggeris, Scottish dan Irish kerana dianggap berunsur perkauman, dendam dan boleh menggugat keharmonian perpaduan di U.K. Akhirnya mereka sepakat menjadikannya arkib yang diabadikan dilayar perak sebagai nilai sejarah untuk rujukan dan iktibar.

 
Tayangan Khas, Tanda Putera, Daeng Pabitah,
Suasana dan ragam ahli keluarga sebelum tayangan dimulakan
 

Tayangan Khas Keluarga Daeng Pabitah

Bagi filem Tanda Putera ini, saya tidak layak untuk menukilkan sebarang komen dari aspek sejarah, politik, bangsa mahu pun perfileman kerana bukannya ahli dan arif dalam kesemua aspek tersebut. Secara peribadi saya berpendapat, filem ini cuba menyampaikan gambaran peristiwa berdasarkan catatan sejarah ke layar perak. Selebihnya terpulang kepada pentafsiran masing-masing.

 
Apa yang paling penting buat saya dan keluarga ialah, Tayangan Khas Tanda Putera ini menjadi tanda mengukuh silaturrahim kekeluargaan kami. Semoga hubungan kekeluargaan bertambah erat diantara generasi kini dan akan datang serta beroleh keberkatan silaturrahim yang berterusan… in shaa Allah.
 
Tanda Putera, Daeng Pabitah,
Gambar kenangan santai sekeluarga
 
 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Tun Dr Ismail dan menempatkan beliau dikalangan orang-orang yang beriman.. Al Fatihah.. aamiin.
 

One Thought to “Tayangan Khas Tanda Putera Keluarga Daeng Pabitah”

  1. Assalam.. saya telah menukar kembali kepada kotak komen yang asal. Maaf diatas komen-komen yg telah hilang. Segala kesulitan amatlah saya kesali.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.