Pengiktirafan industri dan budaya lokaliti pasaran

Assalamualaikum. Sebahagian besar perniagaan tempatan dan antarabangsa kini telah memulakan strategi gerak kerja yang lebih komprehensif dalam memperkukuhkan lagi kredibilititi organisasi, penjenamaan dan perniagaan. Ini termasuk dalam menjana pengiktirafan industri serta mengenalpasti sentimen lokaliti pasaran.

Kami juga tidak terkecuali dalam menerima amanah pengukuhan pemasaran pelanggan B2B dalam pelbagai kerjasama sektor industri. Maka saya terpanggil untuk berkongsi perspektif tentang salah satu pengalaman tersebut sebagai input bersama.

Ia bermula apabila salah seorang rakan industri bertanya dan menunjukkan satu sample produk yang tertulis beberapa info di bungkusannya. Atas dasar profesionalisme, saya tidak menyentuh tentang produk tersebut selain perkataan yang tertulis pada pembungkusannya yang menarik perhatian saya.

“What do you think about this?”.. tanya salah seorang rakan associates pemasaran kepada saya.

Pengiktirafan Industri Peringkat Global

Sambil membelek produk tersebut, mata saya terus tertumpu kepada perkataan SIAL Innovation yang dicetak pada bungkusan tersebut.

Ia turut mengingatkan saya pada salah satu perkongsian daripada Philips Kotler tentang budaya dan penerimaan lokaliti pasaran. Setiap lokaliti pasaran di seluruh dunia mempunyai aspek sentimen budaya, kepercayaan dan penerimaan, identiti serta common values masing-masing. Dalam pemasaran, ia juga salah satu elemen penting yang membantu dalam melonjakkan lagi potensi sesebuah produk, perniagaan serta penjenamaan, termasuklah sebaliknya.

Dari aspek pembungkusan (packaging) menjelaskan bahawa ia satu produk yang berpotensi luas dan telah pun memperolehi beberapa pengiktirafan dan pencalonan di persada antarabangsa. Cuma satu perkataan sahaja yang boleh menjadi cabaran di pasaran Malaysia.

SIAL Innovation.. perkataan ‘sial’ membawa maksud yang kurang sedap untuk dinyatakan. Anda sendiri sedia faham dan tahu.

Namun, dari aspek industri, SIAL Innovation diperakui membawa pengiktirafan industri yang besar di peringkat global. Bukan kaleng-kaleng pengiktirafan ini dalam industri makanan global. Cuma tidak semua orang yang tahu akan perkara tersebut.

Anda boleh dapatkan info lanjut di sini > SIAL Innovation.

Pengiktirafan Industri Dan Sentimen Lokaliti Pasaran

Sentimen Budaya Lokaliti Pasaran

Bagi saya, mengetengahkan pengiktirafan seperti ini kepada masyarakat atau prospek pasaran pengguna (end user) sebagai strategi membina tarikan dan kredibiliti produk turut memberi cabaran besar bagi ahli pemasaran di Malaysia.

Sekiranya ia dijadikan sebagai salah satu elemen dalam menyokong kredibiliti produk kepada prospek pelanggan industri, saya pasti ia berbeza. Rata-rata pelanggan industri pasti mengetahui nama pengiktirafan ini dan pencapaian produk yang diiktiraf mempunyai potensi, kualiti serta inovasi yang tidak disangkal lagi.

Ia satu pengiktirafan atau perakuan peringkat antarabangsa yang amat besar dalam industri pemakanan global yang mampu menyokong dalam meluaskan lagi potensi dan kredibiliti sesebuah produk ke pasaran yang lebih meluas.

Namun, sekiranya diketengahkan untuk menjana pelanggan ke pasaran pengguna di Malaysia (B2C). Para pemasar memerlukan pendekatan strategi yang lebih kreatif dan terancang dalam memperkenalkan pengiktirafan tersebut bersama produk dan penjenamaan yang dipasarkan.

Dari aspek membina tarikan pasaran, ‘product knowledge’, kempen dan promosi serta keperihatinan penerimaan prospek pelanggan B2C perlu naik seiring dalam pengukuhan lokaliti pasaran. Boleh jadi ia sesuatu perkataan yang mudah tersebar dalam membantu ‘awareness’ meluaskan lagi potensi pasaran atau sebaliknya.

Perkara ini juga menjadi sesuatu perspektif yang menarik dan mencabar bagi dalam konteks pengiktirafan industri, hubungan rakan niaga, peruncit atau stokis dan ejen sehinggalah kepada penerimaan lokaliti pasaran iaitu pelanggan itu sendiri.

Baca lagi > Memanusiawi Digital Dalam Pemasaran Era IoT

Subscribe Newsletter untuk artikel terkini.

4 Thoughts to “Pengiktirafan Industri Dan Sentimen Lokaliti Pasaran”

  1. Yusuf Chan

    Assalamualaikum. Menarik perkongsian ni dan memberi input baru kpd org2 spt kami yg terlibat dlm food n hospitality industry ni. Mmg betus spt yg tuan nyatakan, walaupun ia satu pengiktirafan global, adakalanya ia sedikit terhalang dengan sentimen budaya atau taboo bagi sesetengah msykt dan lokaliti pasaran. Jadi cabaran dlm memasarkan jika terkait dgn perihal tersebut. Perlu pendekatan yg lebih unik dan kreatif. Thanks sharing input ini!

    1. Walaikumussalam wbt. Terima kasih tuan kerana sudi membaca. InsyaaAllah, moga sama2 beroleh manfaat dan memberi nilai tambah dalam aspirasi yg diusahakan. Salam sukses selalu tuan.

  2. paridah ishak

    Jenama perniagaan pilihan masing2 bersesuaian dgn khidmat r produk tapi bagi kita yang Muslim lebih baik namanya lebih murni Islamik

    1. Setuju kak PI. Jenama juga antara faktor yg perlu dirancang sebaiknya. Salam sejahtera dan sukses selalu kak.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.