Integrasi Pemasaran Era Internet Kebendaan (IoT) – Strategi pemasaran akan sentiasa berevolusi seiring kemajuan teknologi dan gaya hidup. Kemajuan teknologi yang kita kecapi hari ini turut memberi impak terhadap peralihan budaya pasaran yang terus berkembang ke arah digitalisasi. Begitu juga krisis pandemik yang turut mengubah cara hidup masyarakat di seluruh dunia.
Maka, antara cabaran mendepani peralihan budaya pasaran hasil pengembangan digital serta impak krisis pandemik ini adalah memastikan agar kepentingan pelanggan serta hubungan pasaran dapat terus terjalin. Atas faktor tersebut jugalah setiap perniagaan perlu merangka dan melaksana strategi yang terus releven dalam penguasaan ekonomi digital dan pengaruh emosi pasaran.
Kesan ini mempengaruhi sektor perniagaan dalam mengadaptasi transformasi digital untuk terus berdaya maju. Mengenalpasti fokus dan kelebihan setiap entiti perniagaan dalam memperkukuh integrasi digital berdasarkan kemampuan dan potensi menjadi landasan penting untuk terus berkembang.
Integrasi Pemasaran Digital Era IoT
Trend pasaran kini telah berubah, namun masih ada sebahagian kita yang terus melakukan strategi dan tindakan yang sama seperti sebelum kewujudan krisis pandemik dengan harapan menjana impak yang lebih baik di ruangan digital ini.
Cara bekerja yang sama… tindakannya sama, promosi dan gerak kerja yang sama… malah sama sahaja seperti 5 atau 10 tahun lalu.
“Change The Strategy Do Not Change Your Goal.”
Berdasarkan perspektif peneraju dan pemasar digital dalam pelbagai sektor industri bersependapat dalam perubahan trend hari ini yang sebenarnya lebih terdorong kepada fokus pasaran (market fokus).
Jika dahulu, sebahagian besar masyarakat tidak memandang landasan digital sebagai elemen yang begitu penting. Ramai yang kurang mahu memahami perlaksanaannya untuk diintegrasi dalam keperluan pekerjaan, perniagaan mahu pun kehidupan seharian. Namun kini semakin ramai yang terpanggil untuk lebih memahami dan cakna terhadap kepentingan digital ini.
Sama ada terpaksa atau sukarela, setiap kita sedar akan kepentingannya dan mendalami mengikut keperluan yang selaras dengan penglibatan dan keperluan.
Asas Integrasi Memanusiawi Pendigitalan IoT
Secara asas terdapat tiga landasan digital yang masih terus relevan dalam perkembangan digitalisasi iaitu website, media sosial dan Marketplace. Ketiga-tiga platform ini memerlukan kaedah serta pendekatan strategi yang berbeza, namun terkait dalam menjana impak pasaran yang berkesan.
Laman sesawang (Website) – Website berperanan penting dalam membina kredibiliti perniagaan. Ia berfungsi mengetengahkan maklumat rujukan umum merangkumi profil, portfolio, produk atau servis, info semasa dan perhubungan. Malah ia boleh dilengkapi dengan halaman e-dagang untuk urusniaga secara online.
Kini, kewibawaan sesebuah laman web juga turut merangkumi ruangan aplikasi tertentu yang mampu berinteraksi secara terus dengan pelanggan dan prospek pasaran pada setiap masa. Inilah implikasi konsep memanusiawi pendigitalan (huminizing digital) yang kerap ditekankan dalam pengurusan industri kini serta selaras dengan tuntutan era Revolusi Perindustrian (I.R. 4.0).
Pasaran tidak lagi sekadar bergantung kepada perluasan networking, tetapi mengambil kira aspek keakraban hubungan industri, pelanggan dan prospek pasaran sedia ada dengan kemudahan aplikasi dan sistem robotik yang efesyen serta mesra pengguna. Ia menjadi asas kepada kredibiliti perniagaan masa kini.
Dapatkan info lanjut dalam membangunkan platform laman web dan edagang yang efektif di sini > Khidmat Hosting Kami
Platform Media Sosial – Pemasaran media sosial juga terus relevan sebagai medan komunikasi pantas dan corong jualan. Namun, perspektif pengguna media sosial masa kini juga telah berubah, lebih bijak dan berhati-hati mentafsir maklumat dan tawaran peluang, terutamanya dari pengguna media sosial peribadi sebagai corong jualan ‘zero-cost marketing’.
Inilah realiti hari ini yang turut dikongsikan ramai rakan industri dan institusi yang semakin sedar tentang kebanjiran ‘head hunting person’ dan ‘scammer’ di media sosial. Mereka mencari jaringan pelanggan bagi menjayakan sesuatu bisnes secara samar-samar dengan memaparkan gaya hidup dan pengetahuan bisnes di timeline peribadi bagi membina tarikan ‘cari duit’ dan ‘peluang bina kekayaan’.
Oleh itu, ramai dikalangan pengusaha kini berpendapat, penyampaian media sosial peribadi seperti Facebook personal boleh menjejaskan kredibiliti perniagaan, nilai penjenamaan mahu pun impak pelanggan dan pasaran berpotensi sekiranya ia tidak diimplementasi mengikut kesesuaian standard perniagaan.
Mengurus platform media sosial yang selaras niche perniagaan untuk prosek pelanggan dengan pemasaran yang bersifat manusiawi adalah langkah jangja panjang yang lebih strategik, kos efektif dan berimpak tinggi.
Online Marketplace – Peningkatan trend pengguna terhadap pembelian online turut menjadikan Marketplace antara landasan mampan menjana pelanggan dan memperkukuh prospek pasaran.
Marketplace juga merupakan laman e-dagang, namun mempunyai kredibiliti penjenamaan serta berautoriti tinggi kepada pengguna pasaran digital. Jenama seperti Shopee dan Lazada sememangnya sudah tidak asing lagi dikalangan pengguna di Malaysia. Ia menawarkan peniaga untuk memasarkan produk mereka melalui kemudahan kedai online, transaksi dan penghantaran yang kos efektif.
Atas faktor tersebut, ketiga-tiga landasan integrasi pemasaran ini perlu diberi perhatian oleh perniagaan masa kini berdasarkan prospektus perniagaan dan pasaran. Membina integrasi strategi pemasaran yang terancang dapat membantu meluaskan lagi potensi perniagaan dengan lebih mudah.
Justeru itu, perniagaan hari ini perlu sentiasa cakna dengan perubahan pasaran dan emosi pengguna serta bijak memanfaatkan kelebihan digital di atas strategi dan landasan yang betul untuk terus kekal di hati pelanggan dan pasaran.
Baca lagi: Memanusiawi Digital Dalam Pemasaran

A non stereotypical digitalpreneur in e-commerce and media relations industry, a content writer, a video creator and a motovlogger. > PROFILE
Peka dengan bisnis ikut mood situasi semasa pasaran insyaAllah salam Ramdan Prof
[…] Baca juga: Integrasi Pemasaran Era Internet Kebendaan IoT […]