Berdasarkan perspektif peneraju dan pemain industri berkaitan trend pasaran dan pemerkasaan digital banyak menekankan, tahun 2021 adalah tahun transformasi pasaran. Ia pengaruh hasil pengembangan digital dan ditambah lagi dengan krisis pandemik yang melanda seluruh dunia.
Antara lain bermaksud, tahun 2021 ini merupakan gerbang permulaan pengembangan digital dalam skala yang lebih besar, pantas dan meluas berbanding tahun-tahun sebelumnya. Pelbagai sektor industri akan menerima kesan perubahan pasaran dan industri.
Malah, ia juga turut memberi impak kepada kita semua dalam kehidupan dan kepentingan gaya hidup, kerjaya, bisnes serta cara kita bermasyarakat.
Trend Pasaran Dan Industri 2021
Melalui perkongsian input di beberapa platform termasuk pada artikel ini, saya terpanggil berkongsi perkembangan asas yang patut kita ikuti sebagai persediaan trend pasaran dan memanfaatkan potensi pengembangan digital tahun 2021 ini.
Secara asas terdapat 4 pengaruh utama yang akan terus berkembang pesat dan memberi impak kepada pasaran;
1. Pemerkasaan Artificial Intelligence (A.I.)
Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence) dalam teknologi dunia telah berjaya memasuki fasa paling terbaru tahun ini. Ia telah pun dimulakan oleh Hanson Robotics, sebuah syarikat pembuatan dan pengeluar teknologi A.I. dengan kejayaan penciptaan robot A.I. bernama Sophia pada 2015.
Bagi yang belum tahu, anda boleh rujuk di sini > Sophia Hanson Robotics.
Sophia merupakan robot A.I pertama dinobat ‘innovation champion’ oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), malah menjadi robot pertama yang dianugerahkan taraf kerakyatan oleh kerajaan Arab Saudi. Dari aspek produktiviti, kemajuan A.I. seperti Sophia bakal mengambilalih sebahagian besar peluang pekerjaan secara lebih meluas dan pantas.
Sehingga 2020, pengembangan A.I. telah melepasi peringkat penciptaan sistem robotik yang fleksible untuk pelbagai kepentingan dan menjadi pemangkin utama Revolusi Industri 4.0 dalam pemerkasaan maklumat, pengurusan data, pembuatan dan pengeluaran di seluruh dunia.
2. Pengembangan Algoritma Enjin Carian
Teknologi maklumat juga turut berkembang hasil pemerkasaan A.I. dan dimanfaatkan oleh pembangun enjin carian dalam memperkukuh jaringan sistem digital merangkumi pengurusan kandungan dan pencarian data sehinggalah pengembangan aplikasi dan peranti.
Perubahan algoritma enjin carian seperti Google antara yang memberi kesan terhadap perniagaan dan tingkahlaku pengguna. Antara ditekankan adalah penambahbaikan ciri-ciri optimasi enjin carian (SEO), user-generated content dan user-experience serta pengubahan polisi sistem AMP dalam mengurus pencarian maklumat yang lebih sistematik. Kemudahan Voice Search dan Local SEO juga turut mempengaruhi algoritma pasaran sedunia.
Pembangun plugin juga menumpukan tuntutan A.I. yang semakin bijak mengurus pencarian maklumat berdasarkan ‘authority’ pengkhususan niche dan kepakaran sesebuah laman web.
3. Penyusunan Platform Dan Sales Funnel
Tahun 2021 juga merupakan turning point bagi pembangun saluran digital dunia. Peranan laman web dan e-dagang serta saluran media sosial mempunyai penyusunan konteks yang berbeza.
Penambahan pengguna CMS WP yang meningkat daripada 28% kepada 34% juga akan terus berkembang menjadi platform pilihan kebanyakkan perniagaan atas kredibiliti ‘open source project’ yang sentiasa selaras dengan pengembangan semasa dunia digital.
Platform media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram mahukan penumpuan konteks dan kandungan pengguna bersifat komuniti, manakala LinkedIn untuk pemerkasaan profesionalisme kerjaya. Penambahbaikan ‘standard community’ oleh pemilik platform digital dan media sosial turut menjelaskan kepentingan tersebut.
Kos khidmat data pelanggan yang perlu dibayar oleh pelanggan perniagaan bagi tujuan pengiklanan bersasar seperti Fb Ads dan Search Engine Marketing (SEM) akan sentiasa dinilai bagi memberikan kadar yang kompetitif. Facebook turut menyokong pembangunan perniagaan online melalui insentif geran dan latihan sebagai inisiatif mendepani krisis ekonomi disebabkan pandemik.
4. Pemerkasaan Online Marketplace
Tahun 2021 ini juga merupakan gerbang pemerkasaan pasaran digital yang dicetuskan oleh pembangun marketplace berpengaruh di seluruh dunia. Organisasi penyedia marketplace juga semakin agresif dalam memperkenalkan pelbagai insentif kepada umum bagi menggalakkan perniagaan digital secara besar-besaran.
Kini terdapat pelbagai kemudahan yang semakin kos efektif kepada para peniaga dan usahawan digital untuk meluaskan lagi capaian produk kepada pelanggan dan prospek pasaran. Konsep membuka kedai online melalui platform marketplace semakin dipercayai dan diperlukan oleh pasaran pengguna seluruh dunia.
5. Pemantapan Prasarana Revolusi Industri 4.0
Komitmen negara memperuntukkan berjuta ringgit dalam memperkasa prasarana Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) juga adalah impak rantaian kemajuan digital di seluruh dunia. Sektor eDagang akan menjadi pendorong utama ekonomi digital negara pada 2021.
Malaysia juga akan terus memperkasa prasarana IR 4.0 dan pelbagai inisiatif baru kepada usahawan tempatan serta menarik lebih banyak pelaburan strategik peneraju industri global.
Secara tidak langsung, pengetahuan dan kemahiran digital menjadi syarat penting yang diperlukan dalam pasaran pekerjaan dan pengusaha untuk meningkatkan produktiviti yang kos efektif dan lebih berdaya saing.
Kesimpulan
Apa yang dikongsikan adalah faktor utama yang menjadi sebahagian pengisian penting trend pasaran dan pembangunan digital 2021. Sama-samalah kita manfaatkan pengembangan trend ini untuk pengukuhan kerjaya, perniagaan atau apa jua aspirasi yang diusahakan.
Tahun 2021 menjadi gerbang untuk kita manfaatkan platform digital ini dalam menambahbaik pengisian yang mampu memberi impak kepada pelanggan dan prospek pasaran. Setiap platform dan saluran ada potensi untuk kita manfaatkan sebaiknya.
Baca lagi: Kelebihan Search Engine Marketing Untuk Pemasaran.
Subscribe Newsletter untuk artikel terkini.
Berkongsi perspektif industri digital disamping editorial dan dakwah. > PROFILE
semakin sukar untuk blogger rojak cari makan jika Google utama niche dan kepakaran
Betul tuan.. blogger mmg lagi dulu pun perlu ada niche utk dpt rate atau lead yg baik dlm advertorial dan review sbb mereka kenal golongan pembaca mereka. Klu rojak, baik ikut format media online atau blog berita pun rate bagus juga. Klu tak dpt rate biasa atau undangan saja2 jelah.
Lebih dalam dan luas penguasaan seseorang itu terhadap teknologi atau mengikuti perkembangan digital..lebih luas dan banyak peluang yang bakal diperolehi.
Betul tu PC.. semakin berkembang teknologi, semakin juga berkembang peluang utk dimanfaatkan sebaiknya.
teknoloji yang dikuasai menjadi kelebihan dalam pengembangan bisnis apa saja
Betul kak PI.. malah bukan sahaja bisnes, tetapi utk kerjaya dan juga kehidupan sekarang ini.
[…] adalah diharapkan agar Belanjawan 2020 dapat terus memperkukuh kemahiran modal insan usahawan dalam dominasi pasaran digital bagi menjana permintaan pelanggan dan meluaskan prospek pasaran tempatan dan […]
[…] Baca lagi: Trend Pasaran Dan Pemerkasaan Digital 2021 […]
[…] Baca lagi artikel berkaitan: Trend Pasaran Dan Pemerkasaan Digital […]