Pemasaran Media Sosial Facebook Marketplace – Siapa yang tak kenal Facebook? Sejak diperkenalkan pada 2004, ia telah membuka transformasi baharu dalam jalinan perhubungan sosial secara online dan terus berkembang dengan pengguna aktif mencecah 2.80 billion sehingga Disember 2020.
Potensi Facebook juga terus menarik perhatian usahawan dan organisasi perniagaan, terutama yang menjurus kepada pasaran pengguna (B2C) sebagai salah satu platform pemasaran dan corong jualan yang berpotensi. Terdapat pelbagai kaedah pemasaran yang boleh dipraktikkan di Facebook dalam memperkukuh prospek pasaran online.
Selaras perkembangan trend pasaran, Facebook turut memperkenalkan kemudahan Facebook Marketplace sebagai laman berjual beli pada 2016 sebagai salah satu lagi pilihan selain Facebook Page dan Facebook Shop. Sehingga kini, Facebook Marketplace terus mendapat sambutan dikalangan peniaga dan pengguna Facebook.

Facebook Marketplace
Merupakan sebuah platform yang terintegrasi bersama di akaun Facebook peribadi, Facebook Marketplace menawarkan kepada pengguna untuk menjual atau membeli produk-produk baru serta terpakai. Ia dipaparkan seperti katalog berserta imej dan maklumat tentang sesebuah produk yang dipamerkan. Jikka ada yang tertarik, prospek atau bakal pembeli hanya perlu menekan tombol ‘Contact Seller’ untuk berkomunikasi secara terus di Messenger.
Platform Facebook Marketplace boleh dilihat pada bahagian kiri akaun Facebook peribadi melalui paparan komputer dan dalam bentuk ikon premis perniagaan pada bahagian bawah timeline melalui paparan smartfon dan tab. Ia turut menyediakan ruang carian bagi memudahkan pengguna mendapatkan kategori produk yang ingin dicari atau dijual.
Facebook Marketplace antara platform yang sesuai untuk individu yang ingin berjinak dalam berjual beli, termasuk usahawan pemula, peniaga mikro dan sederhana serta mereka yang terlibat sebagai ejen jualan. Ia membantu memperkenalkan produk yang disenaraikan kepada lokaliti prospek dan pengguna Facebook yang releven dalam pasaran setempat.
Melalui kemudahan perhubungan yang diintegrasikan bersama Facebook Messenger juga dapat membuka ruang kepada peniaga dan pembeli untuk berbincang lebih lanjut berdasarkan persetujuan bersama. Setiap pelanggan yang menghubungi juga secara tidak langsung menjadi pengkalan data pelanggan kepada penjual.
Selain itu, Facebook Marketplace juga dapat membantu memudahkan semakan latar belakang pembeli dan peniaga melalui profil Facebook masing-masing. Kemudahan ini turut membantu dalam meningkatkan keyakinan prospek terhadap penjual dan sebaliknya. Ia dapat mengurangkan kebarangkalian berlaku penyamaran atau scammer dari penjual mahupun pembeli.

Pemasaran Media Sosial Facebook
Justeru itu, bagi individu dan usahawan yang berhasrat memanfaatkan potensi Facebook Marketplace dalam memasarkan produk, anda perlu memastikan profil pengenalan diri yang jelas termasuk menyertakan gambar-gambar berserta maklumat produk yang dapat menarik perhatian serta keyakinan prospek untuk berlanggan.
Kemudahan Facebook Marketplace juga membantu dalam menyokong kredibiliti secara lebih personal antara hubungan pelanggan dan perniagaan.
Membina engagement atau jalinan perhubungan yang baik bersama prospek dan pelanggan amat penting. Facebook Marketplace mempunyai ciri-ciri yang dapat membantu memudahkan lagi engagement digital bersama prospek pelanggan melalui potensi di Facebook.
Baca lagi > Membina Potensi Pasaran Melalui Media Sosial
Subscribe Newsletter untuk artikel terkini.

Berkongsi perspektif industri digital disamping editorial dan dakwah. > PROFILE
Banyak kemudahan untuk pemasaran. Cuma perlu rajin pelajari dan mengemudi teknologi dengan baik.
Dah lama juga medsos fb ni wujud ya..elok dimanfaatkan sebaiknya memajukan bisnis online n sebagainya
[…] hujan. Ia turut menjadi isu besar dikalangan rakan industri. Pastikan kesahihan Seller terutama di Social Media Marketplace, URL website dan e-commerce yang betul. Adalah lebih baik memilih untuk berurusan di platform […]
[…] melalui integrasi Marketplace ini. Platform seperti Shopee, Lazada dan pelbagai lagi, sehinggalah Facebook Marketplace dan Instagram Shop turut menjadi input perbincangan dalam usaha meluaskan capaian pasaran yang […]