Assalamualaikum. Pemasaran Marketplace semakin berkembang pesat!
Krisis pandemik telah membuktikan kelebihan pemasaran marketplace sebagai antara pilihan yang strategik kepada perniagaan dalam meneroka potensi pasaran digital.
Marketplace juga memakin menjadi ruangan pilihan orang ramai berkunjung untuk membeli belah secara online dan semakin dipercayai atas faktor penawaran harga yang lebih baik, pilihan produk yang lebih banyak dan pengurusan sistem eDagang yang efisyen dari aspek transaksi dan logistik.
Atas sambutan yang menggalakkan dari pelanggan, semakin banyak ruangan marketplace menjadi medan pasaran yang terus berkembang pesat. Kini, marketplace bukan sahaja dikembangkan lagi oleh syarikat-syarikat e-dagang, tetapi turut disertai oleh syarikat-syarikat media sosial.
Dari platform edagang seperti Amazon, Alibaba, Shopee, Lazada dan pelbagai lagi, sehinggalah platform media sosial seperti Facebook, Instagram Shop dan TikTok Shop. Semua mahukan platform marketplace mereka sendiri.
Kelebihan Pemasaran Marketplace
Pada salah satu artikel di Utusan Malaysia, saya pernah berkongsi perspektif tentang Kelebihan Marketplace Untuk Sektor PKS di Malaysia. Maka saya terpanggil berkongsi perspektif tersebut dengan lebih lanjut tentang kelebihan pemasaran Marketplace dalam menjana pelanggan dan meluaskan potensi pasaran digital.
Potensi Komuniti Pelanggan – Platform Marketplace dikunjungi jutaan pelanggan setiap hari dengan nilai pembelian yang terus meningkat. Berdasarkan statistik Statista.com, Shopee menduduki tangga teratas sebagai peneraju Marketplace di Malaysia dan Asia Tenggara dengan mencatatkan lebih 47 juta pengunjung pada suku akhir tahun 2020.
Begitu juga Marketplace lain yang turut mengalami peningkatan pengunjung yang kebanyakkannya mempunyai niat dan motivasi untuk membeli. Komuniti pelanggan seperti ini dapat memudahkan lagi usaha pemasaran kepada peniaga melalui reputasi Marketplace itu sendiri bagi menarik lebih ramai pelanggan.
Autoriti Enjin Carian – Platform Marketplace mempunyai nilai autoriti tinggi di mata enjin carian. Ini bermaksud, setiap carian orang ramai di Google akan turut memaparkan sebahagian senarai cadangan produk-produk berkaitan kata kunci yang ada di Marketplace. Ini juga membantu membina brand exposure dan peluang pasaran baru secara organik.
Setiap platform Marketplace juga mempunyai kemudahan statistik data insight bagi membolehkan peniaga mengenalpasti trend pengunjung dan memperolehi maklumat pembelian, malah berkomunikasi secara langsung dengan setiap pelanggan. Ia turut menjadi sumber dalam mengumpulkan data pelanggan untuk analisa pasaran.
Authoriti Marketplace juga dapat menyokong integrasi website dan media sosial perniagaaan dalam meningkatkan lagi kebolehpercayaan pasaran digital.
Transaksi Dan Logistik – Sehingga hari ini, platform Marketplace menawarkan landasan premis dalam talian atau ‘kedai online’ yang boleh didaftarkan tanpa kos sewaan tapak. Pengelola Marketplace hanya mengenakan peratusan komisyen terhadap produk yang telah dijual dengan kadar yang berpatutan.
Faktor keselamatan maklumat dan transaksi pembelian juga turut menjadi faktor pilihan. Kemudahan yang disediakan Marketplace membantu penjimatan kos pengurusan transaksi dan logistik yang lebih terjamin. Oleh itu, setiap perniagaan boleh menumpukan fokus dalam menyediakan produk yang lebih berkualiti dan membina perhubungan pelanggan yang lebih efektif.
Sistem rangkaian penghantaran produk dengan kos yang lebih rendah juga turut menjadi faktor menarik ramai pengusaha memilih platform Marketplace. Proses penghantaran boleh dipantau oleh kedua-dua pihak (seller & buyer) bagi memastikan status penghantaran kepada pelanggan dengan efektif.
Landasan Sokongan E-dagang
Pemasaran Marketplace menjadi alternatif kepada e-dagang di laman web perniagaan. Ini kerana, tidak semua peniaga mempunyai halaman e-dagang di laman web rasmi mereka. Ia juga melibatkan kos untuk membangunkan laman e-dagang di laman web sendiri. Melalui kelebihan sistem Marketplace yang disediakan oleh organisasi e-dagang seperti di atas menjadikan ia sebagai platform pilihan strategik.
Pelbagai promosi dan kempen pemasaran melalui platform digital, emel dan media sosial juga boleh dilakukan dengan mudah bagi setiap perniagaan. Menyertakan pautan (link) produk atau kedai online di Marketplace pada setiap kandungan artikel, copywriting dan storytelling kepada audien juga terbukti membantu menjana pelanggan tanpa melibatkan pengurusan yang kompleks.
Pemasaran Marketplace adalah landasan yang kos efektif dalam meluaskan lagi potensi pasaran dalam mendepani arus digitalisasi kini dan masa hadapan.
Baca lagi: Kenali Potensi E-Dagang, Online Shop Dan Marketplace
Subscribe Newsletter untuk menerima artikel terkini:

Berkongsi perspektif industri digital disamping editorial dan dakwah. > PROFILE
Perlu manfaatkan cara baru pengurusan bisnis demimengekalkan n terus berdayamaju
Alhamdulillah, betul seperti yg dikatakan. Sbg PKS dan gunakan Shopee sbg landasan kedai online kami. Lebih jimat berbanding edagang di website kami atas faktor pengurusan logistik dan transaksi. Dpt lebih masa fokus pada promosi dan pemasaran. Terima kasih, harap dpt jumpa tuan satu hari nanti.
[…] Baca lagi: Pemasaran Marketplace Meluaskan Potensi Pasaran […]