Landskap Pasaran Digital Krisis Pandemik Dan Lockdown – Krisis pandemik yang berlanjutan ini sememangnya menjadi cabaran besar buat kita semua. Usaha perlu diteruskan bagi mengekang wabak ini, begitu juga dalam memastikan keperluan kehidupan terbela. Untuk itu, terima kasih kita ucapkan kepada semua Frontliners yang sentiasa bekerja keras menangani cabaran ini setiap hari.
Dari aspek ekonomi, krisis ini turut memberi kesan kepada kelestarian negara. Walaupun pelbagai inisiatif telah diketengahkan bagi merangsang pengukuhan ekonomi, ia tetap menjadi cabaran terutamanya kepada setiap ahli perniagaan, usahawan dan juga para pemasar dalam memastikan keupayaan organisasi dan perniagaan dapat terus bertahan serta releven di pasaran.
Kesempatan menulis kali ini, saya terpanggil untuk berkongsi realiti berdasarkan pengalaman dalam cabaran kami mengurus pemasaran di beberapa platform digital pelanggan industri sejak bermula krisis sehinggalah kita melalui fasa lockdown dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) ini.
Landskap Pasaran Digital Krisis Pandemik
Berdasarkan pengalaman melalui 2 krisis ekonomi serantau sekitar tahun 1997 dan 2010, saya akui bahawa cabaran krisis pandemik ini memang berbeza. Wabak Covid-19 menjadi pencetus yang membawa kepada peralihan budaya tingkahlaku pengguna dan keupayaan pasaran yang drastik sehingga kini.
Realiti peralihan pasaran ini juga pernah saya kongsikan ada salah satu artikel di Marketing In Asia selepas kita melalui fasa pertama PKP. Artikel tersebut boleh anda rujuk di sini > Peralihan Trend Pasaran Norma Baharu Dan Pasca Covid 19.
Namun keadaan krisis yang berterusan ini telah membawa landskap cabaran pasaran yang agak berbeza berbanding sebelum ini. Berikut antara sebabnya;
1. Persaingan digital atau online semakin meningkat, namun kuasa membeli dan keupayaan pasaran mula menurun. Peralihan transformasi pemasaran digital yang drastik disamping peningkatan bisnes gulung tikar dan pemberhentian kerja menyumbang kepada faktor ini. Semakin ramai meneruskan inisiatif melalui potensi online sebagai landasan sumber pendapatan.
2. Ramai yang semakin memahami pengendalian online dan potensi work from home. Sama ada memilih atau terpaksa, semakin ramai mencari peluang bisnes online. Peniaga mikro atau berniaga sampingan masih ada peluang menjana jualan melalui lokalit setempat dengan mudah, terutama bisnes makanan. Melalui gambar dan copywriting yang menarik, landasan Whatsapp Group kejiranan boleh dijadikan tools dalam menjana pre-order setiap hari.
3. Rate paid ads untuk Google, SEM dan Media Sosial nampak lebih berbaloi buat pelanggan industri dengan analytics dan engagement memberangsangkan. Namun impak kuasa membeli yang lemah turut menjadi cabaran membina pelanggan terutamanya sasaran Cold Market.
4. Ramai pelanggan yang masih memilih untuk berlanggan secara budgeted dan lebih berhati-hati untuk value for money lebih dari kebiasaan.
5. Tetap ada pelanggan industri dan usahawan yang yakin untuk menceburi pasaran baharu terutamanya pasaran pengguna yang berpotensi tinggi dalam krisis pandemik ini. Ia menjadi cabaran kepada organisasi terlibat dalam memastikan hasrat yang disasarkan dapat dicapai.
6. Respon organik sama ada melalui email lists, di media sosial mahupun SEO enjin carian masih mendapat engagement yang bagus. Namun kebanyakkan prospek memilih untuk berhati-hati dan melanggan bila benar-benar perlu.
7. Pembelian semula atau repeat purchase pelanggan dan pelanggan setia (loyal customer) membantu kebanyakkan organisasi perniagaan untuk terus releven di pasaran. Oleh itu, pastikan kita menjaga loyal customer dengan sebaiknya kerana ia adalah aset perniagaan yang paling bernilai.
8. Tidak semua jenis bisnes mampu untuk survive dengan pemasaran online sahaja. Ada perniagaan yang tetap memerlukan integrasi inbound & outbound untuk kelestarian ‘marketing & sales’ terutamanya sektor perkhidmatan, konglomerat dan komersil.
9. Pemasaran kandungan atau Content Marketing merupakan elemen penting. Namun platform digital hanyalah landasan dalam membina capaian dan engagement. Membina emosi pelanggan dalam menjana leads & conversions adalah dalam konteks komunikasi perhubungan perniagaan dan pelanggan.
10. Marketplace scam dan web pishing juga kini ibarat tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Ia turut menjadi isu besar dikalangan rakan industri. Pastikan kesahihan Seller terutama di Social Media Marketplace, URL website dan e-commerce yang betul. Adalah lebih baik memilih untuk berurusan di platform Marketplace yang berauthoriti dan dipercayai.
Mengurus Inisiatif Pemasaran
Perkara di atas adalah berdasarkan pengalaman kami dalam mengurus pemasaran pelanggan industri dan komersil sepanjang mendepani peralihan trend pasaran disebabkan krisis pandemik yang berterusan ini. Menjaga usahasama organisasi dan jabatan pemasaran yang efektif juga menjadi satu tanggungjawab kami dalam menjayakan inisiatif pemasaran sebaiknya.
Justeru itu, sama ada anda seorang ahli perniagaan, usahawan PKS atau peniaga mikro. Mengurus inisiatif pemasaran dalam krisis ekonomi sepanjang pandemik ini sememangnya memerlukan fokus dan kreativiti serta landasan yang betul bagi memastikan impak pemasaran yang berkesan dan kos efektif.
Selain itu, sama-sama kita terus berdoa semoga krisis ini dapat pulih segera. Stay safe, salam sejahtera dan sukses buat semua.

A non stereotypical digitalpreneur in e-commerce and media relations industry, a content writer, a video creator and a motovlogger. > PROFILE
Infor menarik…
Thanks sharing.. kami masih terus tambahbaik content mktg, especially utk platform social media dan web. Mmg mencabar juga bila persaingan online semakin meningkat.. harap loyal customer juga utk terus releven dlm pasaran.