Pengembangan OBS Studio

Assalamualaikum. OBS Studio merupakan antara platform penstriman digital yang semakin berkembang dalam membantu urusan perniagaan mahu pun pendidikan.

Perkara ini telah merujuk kepada perkongsian ramai termasuk dari kalangan rakan-rakan industri yang terlibat dalam pengurusan media untuk pelbagai acara langsung di platform digital (live events). Ia juga menjadi salah satu perkara yang mendorong saya menulis dalam salah satu artikel di akhbar Utusan Malaysia dan portal Utusan Digital.

Ia mengupas potensi dan kredibiliti penstriman OBS ini sebagai salah satu landasan digital yang semakin dipercayai dikalangan penggiat profesional dan pemain industri.

Dari aspek perniagaan, penstriman secara langsung ini juga menjadi landasan berpotensi dalam melaksanakan strategi untuk mengukuhkan prospek pasaran. Ia salah satu saluran pemasaran dalam membina perhubungan melalui interaksi dan kreativiti yang selaras dengan aspek memanusiawi digital.

Penstriman OBS Studio

Open Broadcaster Software atau OBS Studio pada awalnya menjadi platform popular dikalangan para Gamers dan generasi muda untuk berinteraksi secara real-time. Malah sehingga kini, ia masih lagi dianggap sebagai platform pengembangan e-sports dikalangan pemain sukan maya.

Namun atas potensi pengguna yang semakin meningkat serta kelebihan sistem pengaturan yang ditawarkan telah menarik perhatian industri untuk dimanfaatkan dalam menyokong pengukuhan pasaran melalui penyampaian maklumat dengan pendekatan yang bersifat peribadi melalui interaksi langsung bersama audiens.

OBS merupakan aplikasi live streaming dengan sumber terbuka (open source) yang disediakan secara percuma di ruangan digital untuk tujuan penstreaman langsung dan juga rakaman video. Melalui sumber terbuka juga membawa maksud bahawa sebarang penambahbaikan platform dapat dilakukan dari masa ke semasa mengikut kesesuaian serta keperluan terkini.

Selain itu, OBS Studio juga menyediakan beberapa versi sistem pengoperasian (operating system) merangkumi Windows, MacOS dan Linux dengan kelebihan ciri-ciri software yang ringan. Malah ia boleh dipelajari untuk dikendali tanpa memerlukan kepakaran teknikal yang tinggi mahu pun perkakasan komputer berspesifikasi canggih.

Baca juga: Integrasi Pemasaran Era Internet Kebendaan IoT

OBS Studio

Ciri-Ciri Pengaturan Operasi

Pengaturan OBS Studio juga dapat memudahkan pengguna dalam pengeditan audio, gambar serta paparan infografik melalui penstriman langsung. Ia memudahkan penyampaian berinformatif disamping membina hubungan komunikasi 2 hala yang lebih berkesan melalui integrasi media sosial seperti YouTube dan Facebook Live.

Faktor tersebut turut menjadi salah satu kelebihan dalam kreativiti penyampaian berimpak tinggi bagi menjayakan pelbagai acara dalam talian seperti dialog, sesi temubual serta kempen-kempen pemasaran dan promosi.

Selain itu, setiap penstriman secara langsung juga boleh dirakam dan diulangsiar sebagai kandungan video ke pelbagai platform digital yang lain.

OBS Studio akan terus berkembang sebagai salah satu platform membina aset kandungan digital yang unik dan kos efektif. Kemudahan ini juga antara transformasi teknologi dan evolusi digital yang akan mempengaruhi trend gaya hidup dan pasaran.

Anda boleh muat turun percuma aplikasi OBS Studio di obsproject.com.

Input OBS Studio juga boleh anda rujuk di Utusan Digital.

Baca lagi: Industrial Sharing Session: Kemahiran Digital Pemacu Era IoT

Subscribe Newsletter untuk artikel terkini

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.