Kebanyakkan kita pasti menyedari kepentingan mengurus kredibiliti digital sebagai landasan pengukuhan kerjaya dan bisnes. Tanpa memanfaatkan potensi yang ada, kita mungkin tercicir dalam perubahan industri yang terus berkembang pantas.
Begitu juga cabaran menjaga potensi pasaran (most profitable market) dalam situasi normal baharu yang kita hadapi sekarang. ‘Digital establishment’ perlu diurus dengan baik agar ianya sentiasa selaras dengan matlamat dan tuntutan semasa pasaran.
Saya juga tidak terkecuali. Selain perlu mengadaptasi perubahan strategi mengurus kredibiliti digital pelanggan, ia turut mempengaruhi dalam menambahbaik kredibiliti diri agar terus relevan kepada prospek industri dan profesionalisme.

Mengurus Kredibiliti Keperibadian
Baru-baru ini saya ada menulis di Marketing In Asia bertajuk Peralihan Trend Pasaran Normal Baharu Dan Pasca Krisis Covid-19. Ia merupakan rumusan realiti ‘market shift’ daripada perspektif peneraju industri yang sedang berlaku pada masa kini.
Antara saranan selain meningkatkan bakat digital di pasaran global, ini juga masa untuk lebih fokus kepada pelanggan dan rakan industri sedia ada. ‘Digital appearance’ yang lebih personal juga memainkan peranan dalam pengukuhan hubungan.
Bagi tujuan tersebut, saya memilih Instagram sebagai platform percubaan. Secara kebetulan, saya mula kembali meminati basikal dan Instagram menjadi landasan disebabkan ramai rakan sepengajian dan industri serta pelanggan akrab.
Secara praktikal ia memberi penjelasan apabila memasukkan elemen ‘hobi’ dalam konteks penjenamaan dan kredibiliti diri. Saya senaraikan ‘findings’ tersebut kepada 3 respon utama sebagai rujukan bersama.
Respon positif – selain rakan lama, saya lebih mengenali minat yang sama dikalangan rakan industri melalui status berbasikal, malah bermotor. Bila ‘online meetup’, perbualan juga membawa ke arah minat dan menyokong ‘chemistry’ dalam hubungan kerja.
Respon membina – rakan yang memberi respon membina walaupun tidak berkongsi minat yang sama. Kebanyakannya saling mengenali, pernah berjumpa atau suka membina perhubungan. Mereka golongan yang faham tentang engagement digital.
Respon negatif – segelintir mereka yang tak pernah berjumpa, tak mengenali dan follow secara random. Ada yang saya ‘follow back’ atas faktor mutual friend sahaja. Mereka bukan dari kalangan pembaca blog, pelanggan ataupun prospek industri.
Relakslah… share basikal je pun, bukan kereta power atau Ferrari. Ia juga bagi memulakan inisiatif mengumpulkan basikal vintage berjenama dari beberapa negara. Peminat basikal vintage, bolehlah follow @VintageSikal di Instagram.
Sekadar minat MTB vintage tapi tidak gemar aktiviti ride berkumpulan. Instagram menjadi ruangan ekspresi sebagai nilai tambah kredibiliti digital.
Instagram mempunyai kelebihan kreativiti pengeditan yang sesuai bagi sesetengah pelanggan yang melibatkan gambar. Ia juga mencipta ‘personal communication’ melalui penerampilan gambar dengan baik untuk hubungan rakan industri.

Manfaatkan Potensi Media Sosial Dengan Relevan
Kesimpulan tersebut turut memberi pengajaran agar lebih mengenali siapa hubungan kita. Namun ia juga faktor terbaik dalam membina ‘circle of trust’ melalui hubungan sedia ada yang lebih personal.
Benarlah perspektif pakar digital bahawa setiap saluran media sosial mempunyai potensi berbeza. Kenalpasti kelebihan setiap saluran dan paling penting adalah tahu siapa ‘circle’ sebenar dalam konteks kerjaya dan keusahawanan digital.
Perlu buat, baru kita pasti kesesuaian aspirasi. Tidak perlulah sehingga 100 ‘trial n error’ seperti Brian Dean, namun jika landasan digital menjadi elemen penting kerjaya, penambahbaikan perlu sentiasa dipraktik demi mendepani pasca normal baharu.

A non stereotypical digitalpreneur in e-commerce and media relations industry, a content writer, a video creator and a motovlogger. > PROFILE
Kalau manfaatkan medsos apa saja sebaiknya akan berbaloi hasilnya insyaaAlah
socmed ni boleh jadi zero cost marketing bagi para peniaga. mereka boleh memanfaatkannya semaksimum mungkin sbb benda ni free kan? tapi sblm tu kenalah ada extra ilmu utk kuasai media social ni