Mengurus Kredibiliti Digital Pasca Normal Baharu

Instagram – Kebanyakkan kita pasti menyedari kepentingan mengurus kretiviti digital sebagai landasan pengukuhan kerjaya dan bisnes. Tanpa memanfaatkan potensi yang ada, kita mungkin tercicir dalam perubahan industri yang terus berkembang pantas.

Begitu juga cabaran menjaga potensi pasaran (most profitable market) dalam situasi normal baharu yang kita hadapi sekarang. ‘Digital establishment’ perlu diurus dengan baik agar ianya sentiasa selaras dengan matlamat dan tuntutan semasa pasaran.

Saya juga tidak terkecuali. Selain perlu mengadaptasi perubahan strategi mengurus kredibiliti digital pelanggan, ia turut mempengaruhi dalam menambahbaik kredibiliti diri agar terus relevan kepada prospek industri dan pasaran.

Mengurus Kredibiliti Digital Pasca Normal Baharu
Kredit: Three Steps To Building Your ‘Digital’ Credibility

Kredibiliti Instagram

Baru-baru ini saya ada menulis di Marketing In Asia bertajuk Peralihan Trend Pasaran Normal Baharu Dan Pasca Krisis Covid-19. Ia merupakan rumusan realiti ‘market shift’ daripada perspektif peneraju industri yang sedang berlaku pada masa kini.

Antara saranan selain meningkatkan bakat digital di pasaran global, ini juga masa untuk lebih fokus kepada pelanggan dan rakan industri sedia ada. ‘Digital appearance’ yang lebih kepada kreativiti personal juga memainkan peranan dalam pengukuhan hubungan.

Bagi tujuan tersebut, saya memilih Instagram sebagai platform percubaan. Secara kebetulan, saya suka basikal dan bermotor dimasa lapang, dan Instagram menjadi landasan percubaan disebabkan ada sebahagian rakan sepengajian, kenalan industri serta pelanggan yang bersama-sama di situ.

Secara praktikal ia memberi penjelasan apabila memasukkan elemen ‘hobi’ dalam konteks respon audiens terhadap perkongsian tersebut. Saya senaraikan ‘findings’ kepada 3 respon utama sebagai rujukan.

Respon positif – selain rakan lama, saya lebih mengenali minat yang sama dikalangan rakan industri melalui status berbasikal dan bermotor. Bila ‘online meetup’, perbualan juga membawa ke arah minat dan menyokong ‘chemistry’ dalam hubungan kerja.

Respon membina – rakan yang memberi respon membina walaupun tidak berkongsi minat yang sama. Kebanyakannya saling mengenali, pernah berjumpa atau suka membina perhubungan. Mereka golongan yang faham tentang engagement digital.

Respon negatif – segelintir mereka yang tak pernah berjumpa, tak mengenali dan follow secara random. Ada yang saya ‘follow back’ atas faktor mutual friend sahaja. Mereka bukan dari kalangan pembaca blog, pelanggan ataupun prospek industri.

Relakslah… share basikal je pun, bukan kereta power atau Ferrari. Ia juga sekadar minat mengumpulkan basikal vintage tapi tidak gemar aktiviti ride berkumpulan. Instagram menjadi ruangan ekspresi sebagai nilai tambah kredibiliti digital.

Instagram mempunyai kelebihan kreativiti pengeditan yang simple, mudah dan sesuai bagi sesetengah pengguna bagi tujuan yang melibatkan gambar. Ia juga mencipta ‘personal communication’ melalui penerampilan gambar dengan baik untuk hubungan rakan industri mahu pun pelanggan.

Kreativiti Instagram

Manfaatkan Potensi Media Sosial Dengan Relevan

Kesimpulan tersebut turut memberi pengajaran agar lebih mengenali siapa kita berhubung. Namun ia juga faktor terbaik dalam membina ‘circle of trust’ melalui hubungan sedia ada yang lebih personal.

Benarlah kata pakar digital bahawa setiap saluran media sosial mempunyai potensi dan pendekatan kreativiti yang berbeza. Kenalpasti kelebihan setiap saluran dan paling penting adalah tahu siapa ‘circle’ sebenar dalam konteks kerjaya dan keusahawanan digital.

Perlu cuba buat, baru kita pasti kesesuaiannya dengan aspirasi yang mahu direalisasikan. Tidak perlulah sehingga 100 ‘trial n error’ seperti Brian Dean, namun jika instagram menjadi elemen pilihan untuk menyokong kerjaya atau perniagaan, penambahbaikan perlu sentiasa dipraktikkan demi mendapatkan respon yang betul untuk apa yang disasarkan.

Baca lagi: 5 Blog Pemasaran Digital Yang Informatif

Subscribe Newsletter untuk info artikel terkini.

3 Thoughts to “Kreativiti Digital Melalui Potensi Instagram”

  1. Kalau manfaatkan medsos apa saja sebaiknya akan berbaloi hasilnya insyaaAlah

  2. socmed ni boleh jadi zero cost marketing bagi para peniaga. mereka boleh memanfaatkannya semaksimum mungkin sbb benda ni free kan? tapi sblm tu kenalah ada extra ilmu utk kuasai media social ni

  3. […] ini. Platform seperti Shopee, Lazada dan pelbagai lagi, sehinggalah Facebook Marketplace dan Instagram Shop turut menjadi input perbincangan dalam usaha meluaskan capaian pasaran yang […]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.