Clean Air Sunway, Khir Khalid
 

Udara segar adalah anugerah yang membantu meningkatkan kualiti hidup. Atas keperihatinan tentang pentingnya udara bersih, Sunway REIT telah melancarkan kempen ‘Clean Air – A Smoke Free Environment Project’ di pusat membeli belah terkemuka Sunway Pyramid. Ia merupakan satu inisiatif dalam menerapkan gaya hidup sihat disamping memperkasa pembangunan komuniti yang positif melalui mesej seni mural.

 
Baru-baru ini saya telah terlibat menjayakan kempen ‘Clean Air – A Smoke Free Environment Project’ yang dilancarkan diadakan pada hari Selasa, 9 Mei 2017. Satu pengalaman unik dalam kempen memperkasa aspirasi sosio komuniti bersama Sunway REIT dan rakan industri yang turut berperanan menjayakan aspirasi murni ini.
 
Mesej seni mural ini dihasilkan oleh 3 artis seni tempatan iaitu Kenji Chai, Caryn Koh dan Louise Low. Ia menyampaikan mesej kesenian melalui graffiti, iaitu seni mural kreatif dengan matlamat menyokong usaha dan inisiatif tentang kemudaratan merokok kepada orang ramai. Setiap artis ini mengetengahkan ekspresi seni masing-masing tentang harapan untuk udara bersih dan bebas asap rokok di 3 bahagian dinding luar Sunway Pyramid. 
 
Sunway Pyramid, Dato' Jeffrey Ng, Caryn Koh, Bloom,Sunway REIT,

Kempen Clean Air – Smoke Free Environment Project

 
Kami turut melawat hasil seni mural yang memperkenalkan. Ekspresi seni mural seorang doktor menjadi artis seni, Caryn Koh Seni bertajuk ‘Bloom’. Ia terletak di bahagian dinding luar bersebelahan outlet Sephora, yang memaparkan lukisan kanak-kanak sekolah tersenyum dikelilingi bunga matahari kekuningan dan bernafas ceria dalam udara segar tanpa pencemaran asap rokok.
 
 
Caryn Koh, Clean Air - Smoke Free Environment Project, Sunway REIT,
 
Mural kedua terletak di bahagian luar berdekatan Sunway Pyramid West Link Bridge adalah hasil tangan artis graffiti terkenal, Kenji Chai. Karya seni berjudul ‘Resurection’ memaparkan symbol transformasi burung merpati, bermaksud ‘pilihan’ dalam kehidupan kita semua. Kitalah yang membentuk kelestarian ekosistem atau memusnahkan. Ia juga mewakili suara hati komuniti yang mahukan udara bersih bebas asap rokok.
 
Kenji Chai, Clean Air - Smoke Free Environment Project, Sunway REIT,
 
Seterusnya membawa kami menyelami karya Louise Low yang diberi nama ‘Rose Petals’, di bahagian belakang dinding luar An Viet di Lower Ground 2. Hasil karya interaktif ini bertujuan menarik orang ramai menghargai keindahan semulajadi melalui seni cerminan berbentuk bunga ros ‘3D ruby-red petals’ yang menyebarkan aura mewangi di persekitaran yang bebas dari udara tercemar.
 
Louise Low, Clean Air - Smoke Free Environment Project, Sunway REIT,

Bandar Sunway ‘Smoke-Free City’ Pertama Di Malaysia

 
Sempena pelancaran kempen, Dato’ Jeffrey Ng, Ketua Pegawai Eksekutif Sunway REIT turut berkongsi hasrat menjadikan Bandar Sunway sebagai ‘smoke-free city’ pertama di Malaysia menjelang 2018.  Terdapat juga peluang bergambar di ‘photobooth’ disamping menyokong mesej positif seni mural terhadap aspirasi udara bersih melalui perkongsian media sosial dengan hastag #cleanairproject dan #sunwayforgood.
 
Ini merupakan usaha menyuntik kesedaran terhadap kepentingan persekitaran udara yang bersih disamping menarik masyarakat manfaatkan gaya hidup positif. Elemen kesenian sememangnya platform terbaik menyampaikan mesej peringatan untuk jangka masa panjang.
 
Info lanjut ‘pledge’ dan penyertaan boleh layari www.sunwaycleanairproject.com.
 

Subscribe Newsletter untuk artikel terkini.

4 Thoughts to “Kempen Clean Air Seni Mural Sunway REIT”

  1. Udara bersih segar utk pernafasan dihasilkanalam sekitar yg xtercemar…cantik lukisan mural tu

  2. cantiknya gambar lukisan mural ni

  3. satu usaha yg baik dan wajar diikuti

  4. Selebriti Media Sosial Asia Berentap Di Sunway City - Khir Khalid

    […] penyiar web rasmi Malaysia, IDN Times, ET Today, Line.tv, LUVE, platform rasmi media sosial Sunway City dan […]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.