Content Marketing vs Story Marketing, Kesatuan Mahasiswa UUM,

Content Marketing vs Story Marketing – Kemajuan teknologi digital telah banyak merubah cara kerja dan mempengaruhi gaya hidup masyarakat kini. Dunia online bukan lagi sekadar landasan maklumat dan hiburan, tetapi menjadi elemen penting dalam pembangunan ekonomi, pendidikan dan sosial.

Atas faktor tersebut, saya telah diundang untuk berkongsi perspektif dalam sesi workshop Content Marketing vs Story Marketing anjuran Kesatuan Mahasiswa UUM yang telah berlangsung pada 28 Mac 2021, jam 9 malam. Sesi workshop disiarkan di Fb page Kesatuan Mahasiswa UUM melalui integrasi Google Meet.

Bengkel ini menjelaskan kepentingan elemen Pemasaran Kandungan (Content Marketing) dan Pemasaran Cerita (Story Marketing) sebagai persediaan kepada mahasiswa dalam memperkukuh aspirasi kerjaya dan keusahawanan mendepani realiti pasaran pekerjaan dan perniagaan.

Content Marketing vs Story Marketing, Kesatuan Mahasiswa UUM.

Content Marketing vs Story Marketing

Pada salah satu artikel terdahulu, saya pernah berkongsi perspektif bertajuk Kenapa Content Marketing Penting Untuk Laman Web. Ia menjadi salah satu elemen yang turut membantu saya dalam mengukuh penglibatan kerjaya. Malah, ia juga telah membantu ramai pemain industri dalam merealisasikan pelbagai hasrat profesionalisme dalam konteks kemajuan era digital masa kini.

Oleh itu, perkongsian dalam workshop ini menjadi ruang untuk menjelaskan secara menyeluruh peranan Content Marketing dan Story Marketing yang boleh dimanfaatkan di kesemua platform digital dan saluran media sosial. Ia merangkumi aspek penulisan, penerampilan imej dan pemilihan platform media sosial yang bersesuaian dengan hasrat yang ingin direalisasikan.

Content Marketing dan Story Marketing adalah elemen yang boleh dimulakan sebagai alat ‘zero cost marketing’ sehinggalah melibatkan bajet pemasaran kepada usahawan dan organisasi perniagaan secara kos efektif dan berimpak tinggi.

Penerangan lanjut Fb Live di sini > Sesi Workshop UUM

Persediaan Modal Insan Mahasiswa

Kesempatan ini saya mengucapkan terima kasih kepada Kesatuan Mahasiswa UUM selaku penganjur program atas undangan untuk saya berkongsi perspektif dan realiti industri. Begitu juga kepada AJK kesatuan dan warga UUM yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Mudah-mudahan pengisian ini menjadi input yang dapat memberi nilai tambah yang bermanfaat kepada mahasiswa serta seluruh penonton dalam menerobos potensi era digital kini dan masa hadapan… aamiin.

Baca lagi: Membina Potensi Pasaran Melalui Media Sosial

Subscribe Newsletter untuk info artikel terkini.

5 Thoughts to “Content Marketing Vs Story Marketing Anjuran Kesatuan Mahasiswa UUM”

  1. Tahniah Prof program terbaik mengispirasi meneroka kejayaan dgn ilmu n adaptasi norma baru pengurusan bisnis apa saja era digital

  2. Marzuki Rahman

    Input yg sgt berisi bukan shj kpd mahasiswa tetapi juga amat sesuai utk panduan mereka yg berhasrat utk menggunakan ruangan digital dalam menyerlahkan kredibiliti kerjaya dan perniagaan. Teruskan perkongsian2 spt ini.. terima kasih.

  3. […] membangunkan Pemasaran Kandungan adalah melalui penulisan, infografik dan video yang dikongsikan secara berkala melalui artikel blog […]

  4. […] dengan aspirasi perniagaan. Membina kandungan yang selaras dengan sasaran pasaran melalui kaedah storytelling dan copywriting, juga memerlukan sentuhan yang konsisten. Kemahiran mengurus dan memasar kandungan melalui media […]

  5. […] Baca lagi: Workshop Content Marketing VS Story Marketing Anjuran Kesatuan Mahasiswa UUM […]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.