Membina Potensi Pasaran Melalui Kredibiliti Media Sosial

Setiap perniagaan perlu membina potensi pasaran bagi memperkukuh prospek pelanggan. Begitu juga sekiranya kita mahu menjadikan saluran media sosial sebagai platform memperkukuh personaliti dan kredibiliti kerjaya atau keusahawanan.

Mengetahui ‘circle’ rakan dan pengikut di media sosial memainkan peranan penting dalam menjayakan aspirasi tersebut. Begitu juga dengan memahami kelebihan setiap jaringan media sosial dalam hubungan pemasaran digital.

Sepanjang penglibatan indusri digital juga memperlihatkan perubahan trend yang agak pantas. Kini apa yang kita dilakukan 2 tahun dahulu tidak semestinya releven lagi. Algoritma digital telah banyak berubah.

Membina Potensi Pasaran Melalui Kredibiliti Media Sosial

Membina Potensi Pasaran Media Sosial

Baru-baru ini saya berpeluang berkongsi pandangan bersama beberapa ahli perniagaan yang memanfaatkan platform media sosial sebagai ‘sales funnel’ organisasi dan perniagaan mereka.

Rata-ratanya, kebanyakkan mereka berpendapat tujuan utama media sosial dibangunkan sebagai ruang komunikasi sosial dan pengkalan data kepada pembuatnya bagi tujuan komersil.

Mereka bijak membezakan media sosial peribadi dan perniagaan. Sama ada penghubung silaturrahim keluarga, saudara dan kenalan, rakan lama dan baharu, atau sebagai ‘sales funnel’ perniagaan.

Mengendali platform yang releven bukan sahaja membantu menyokong usaha yang dilakukan, tetapi memperkukuh kredibiliti peribadi dan perniagaan dalam industri.

Membina potensi pasaran pada 5 platform ini antara pilihan terbaik.

LinkedIn – Bagi sebahagian besar ahli perniagaan, para usahawan dan profesional, platform LinkedIn menjadi landasan membina rangkaian perhubungan profesional tempatan dan antarabangsa yang tepat.

Pada platform inilah anda boleh mengenali ramai peneraju industri, pakar serta ahli yang bertauliah dalam pelbagai bidang profesionalisme. Pakar digital juga berkumpul di sini. Ia platform media sosial profesional diiktiraf seluruh dunia.

Saya juga masih terus menambahbaik penglibatan di LinkedIn. Sertai saya di LinkedIn melalui pautan ini: Khir Khalid

Facebook – Platform yang sudah tidak asing lagi. Bagi individu, ‘Fb personal’ sudah cukup baik untuk memulakan inisiatif kepada rakan. Cuma ia lebih berkesan untuk pasaran B2C berbanding B2B, selain sebagai ruangan sosial dan berkongsi pandangan.

Bagi inisiatif perniagaan dan komitmen yang lebih bersasar, kelebihan ‘Fb page’ boleh dimanfaatkan sebagai landasan rasmi. Cuma pastikan anda dapat mengatur bajet periklanan agar usaha yang dilakukan mendapat liputan prospek pasaran. Jika tidak, lebih memadai mengunakan ruangan Fb peribadi sahaja.

YouTube – platform yang mendapat liputan meluas pada masa kini. Ia tidak terhad kepada perniagaan dalam membina kandungan, tetapi turut menyaksikan kemunculan pembangun produksi dan Vlogger.

Selain boleh menjadi platform pendapatan sampingan melalui iklan Google Adsense sepertimana laman web dan blog, fokus utama adalah membina kandungan untuk memperkukuh kepercayaan industri bagi meraih kontrak-kontrak atau pelanggan perniagaan yang mampan.

Twitter – Menurut pakar industri, Twitter berkesan bagi mereka yang mempunyai sebahagian ‘establishment’ dalam masyarakat. Status ringkas di Twitter boleh membantu meningkatkan ‘awareness’ dan ‘reminder’ terhadap inisiatif yang dilakukan.

Selain itu, kuasa viral Twitter dan Facebook boleh meningkatkan sesuatu isu dengan engagement mudah kepada masyarakat. Walaupun begitu, secara realiti ramai ahli pemasaran berpendapat, ia memerlukan lebih dari kuasa viral untuk ‘conversions’ dalam menjana penjualan.

Pastikan engagement yang mampu membina conversions dari sekadar menang sorak untuk kebaikan kerjaya dan keusahawanan.

Instagram – Ia antara platform yang mempunyai nilai pengeditan imej dan video yang baik dan separa formal. Secara tidak langsung menjadi portfolio, berkongsi pengalaman, aktiviti dan timeline B2C yang santai.

Sebelum ini, saya ada mengetengahkan rujukan realiti terbaru yang boleh anda baca bertajuk Mengurus Kredibiliti Digital Melalui Potensi Instagram.

Membina Potensi Pasaran Melalui Kredibiliti Media Sosial

Mengurus Media Sosial Selaras Prospek Pasaran

Cabaran mendepani norma baharu telah mendorong para usahawan dan organisasi menilai kembali keberkesanan strategi media sosial dalam pengukuhan pasaran. Kini masa untuk kita perlu lebih mengenali hubungan selaras inisiatif yang diusahakan.

Jika tujuan anda bermedia sosial untuk tujuan populariti semata-mata, artikel ini barangkali tidak terpakai. Apa yang difokuskan di sini adalah membina keyakinan industri yang berterusan bagi memperkukuh profesionalisme yang diceburi.

Adalah lebih baik membina ‘friends & follower’ sedikit tetapi berimpak tinggi untuk fokus jangka panjang. Namun, jika sudah ramai dengan engagement dan conversions yang baik, ia adalah aset yang patut dijaga sebaiknya.

Baca lagi: Tips Membina Kredibiliti Laman Web Dengan Google

4 Thoughts to “Membina Potensi Pasaran Melalui Media Sosial”

  1. Manfaatkan semua platform medsos untuk menjayakan apa saja bisnis yg diceburi amat releven dgn era digital terkini
    paridahishak recently posted…SALAM MAAL HIJRAHMy Profile

  2. Menguasi setiap media sosial dengan baik sangat perlu zaman sekarang kan Tn.Dengan syarat sentiasa menjaga batas bukan untuk melakukan satu hal yang tidak baik atau kurang sopan.Untuk dijadikan perantara perhubungan dalam pelbagai urusan itu sangat wajar.

  3. ms pkp aritu sy perhatikan mereka yg berniaga atas talian tak kiralah kat platform socmed mana pun, mampu menjana pendapatan lumayan… ada seorg usahawan tu, jual syampu je mampu buat jualan smpi RM70k sepanjang pkp…

  4. […] Baca lagi: Membina Potensi Pasaran Media Sosial […]

Leave a Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.