Tips Membina Kredibiliti Laman Web Dengan Google – Pada awal penglibatan menulis blog, saya tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang kepentingan membina kredibiliti Google. Apa yang saya buat hanyalah sekadar menulis.
Sehinggalah satu masa, saya mendapat saranan tentang pentingnya artikel yang ditulis dapat mencapai kepada prospek pembaca yang betul. Dari situlah, saya cuba memahami asas yang diperlukan untuk kebaikan jangka panjang kerjaya dan keusahawanan.
Saya mula praktikkan apa yang saya faham agar artikel-artikel perspektif dan jurnal yang ditulis terutamanya dapat mencapai prospek dan pelanggan. Dari situlah ia membuka beberapa peluang perniagaan dan terus menambahbaikan laman web hingga hari ini.

Asas Kredibiliti Google
Pada salah satu artikel terdahulu saya ada menulis tentang Asas Penting Website Untuk Kerjaya Dan Perniagaan. Ia juga antara elemen yang boleh anda jadikan panduan dalam mengintegrasi laman web untuk kerjaya atau perniagaan yang diusahakan.
Maka, saya ingin melanjutkan perkongsian tersebut dengan menyentuh beberapa aspek asas dalam membina ‘authority’ atau kredibiliti Google. Tujuannya agar laman web dapat tersenarai dalam nilai carian yang selaras dengan prospek perniagaan anda.
Sebagai contoh, jika anda terlibat sebagai kontraktor, setidaknya perniagaan anda dapat dijumpai melalui laman web atau artikel pada carian berkaitan. Begitu juga sekiranya anda pengusaha restoran, jurutera, perunding hartanah atau apa jua bidang kerjaya dan perniagaan.
Contoh lain, buat carian google untuk ‘Perunding Pemasaran’ atau ‘Perunding Pemasaran Di Malaysia’. Laman web ini antara yang tersenarai. Itulah yang dimaksudkan membina kredibiliti laman web dengan Google. Ia membantu menjana prospek dalam bidang yang saya ceburi.

Tips Asas Membina Kredibiliti Laman Web
Justeru, jika anda berhasrat memanfaatkan laman web sebagai salah satu tool untuk kebaikan perniagaan dan kerjaya, ada 3 asas yang ingin saya kongsikan sebagai rujukan bersama.
1. Membina ‘Backlink’ yang berkualiti.
Backlink adalah link yang menghubungkan satu artikel dengan artikel lain di laman web yang sama; atau kepada/daripada artikel di laman web yang lain. Ia masih dianggap antara komponen asas yang penting dalam membina kredibiliti laman web.
Namun anda perlu pastikan setiap artikel ‘backlink’ tersebut mempunyai informasi terkait. Berdasarkan Yoast SEO turut menyatakan keperluan kedua-dua backlink ini.
Selain itu, penglibatan ‘guess blog post’, iaitu menjadi penulis kepada portal dan laman web lain yang berkredibiliti tinggi dalam niche yang sama juga faktor yang membantu. Ia memberikan backlink laman web anda dengan pendedahan kerjaya kepada prospek pasaran yang betul.
Kesempatan ini, jika anda terlibat dalam kerjaya pemasaran, majalah online Marketing In Asia menyediakan platform pendedahan profil kerjaya kepada rangkaian profesional di Malaysia dan Asia dengan backlink berkredibiliti ke laman web atau media sosial anda.
Anda boleh mengetengahkan perspektif pemasaran sebagai contributor Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris selain di laman web sendiri. Info lanjut di ruangan Write For Us.
2. Pastikan Artikel Yang Segar Dan Selaras Niche
Google sentiasa mahukan artikel segar dengan niche yang konsisten dalam menyenaraikan kredibiliti laman web kepada carian pasaran yang betul. Google mengenalpasti bahawa artikel yang ditulis adalah daripada pihak yang terlibat dalam sesuatu bidang tersebut.
Ada beberapa cara bagi memastikan perkara ini dapat dilakukan, antaranya:
- Tentukan jarak masa yang sesuai dan konsisten dalam menerbitkan artikel baru.
- Menerbitkan semula artikel lama dengan tarikh penerbitan yang baru. Selain itu, buat sedikit perubahan dalam ayat artikel yang selaras dengan situasi semasa.
- Terbitkan artikel yang ‘evergreen’ agar menjadi rujukan jangka panjang dan memudahkan untuk diulang terbit mengikut kesesuaian trending pasaran.
- Artikel-artikel tulang belakang (utama) laman web mestilah selaras niche perniagaan atau kerjaya. (Jika ada artikel lain, jumlah artikel utama mesti lebih konsisten melebihi jumlah artikel yang tidak berkenaan).
Kaedah penerbitan semula artikel juga dapat membantu menghindarkan ‘broken links’ iaitu link-link ‘mati’ atau link yang terarah pada artikel terdahulu yang sudah tiada atau tidak diperlukan.
Sekiranya anda baru membangunkan laman web, ia adalah langkah terbaik memulakan pengisian artikel-artikel yang selaras niche kerjaya dan perniagaan, dan membina backlink yang teratur.
3. Mendaftar Google My Business
Mendaftar perniagaan anda dengan Google My Business juga dapat membatu membina kredibiliti laman web pada carian tempatan dengan lebih baik (local search).
Ia membolehkan pelanggan ‘review’ perniagaan anda. Secara tidak langsung menyenaraikan laman web anda melalui platform perniagaan Google. Kajian Local SEO Guide juga mendapati review pelanggan turut memainkan peranan besar dalam kredibiliti carian tempatan.
Anda boleh mendaftar secara percuma. Ia juga memudahkan pelanggan mendapatkan maklumat perniagaan. Selain itu, ia juga membantu sekiranya perniagaan anda berhasrat membina kempen pemasaran enjin carian (Search Engine Marketing – SEM).
Untuk kebaikan perniagaan, anda boleh dapatkan info lanjut di Google My Business.

Membina Kredibiliti Laman Web Dengan Google
Simple?… nampak mudah tetapi jangan berharap segalanya boleh terhasil semalaman.
Ketiga-tiga tips membina kredibiliti laman web diatas juga merupakan elemen asas optimasi enjin carian (SEO). Tujuan utama bukan sekadar mendapatkan trafik pembaca, tetapi apa yang lebih penting adalah membina prospek dan menjana pelanggan perniagaan.
Mengenalpasti tujuan membangunkan laman web juga membantu dalam menentukan kandungan artikel yang bertepatan disamping membina kluster atau golongan pembaca yang berkredibiliti selaras dengan tujuan keseluruhan yang disasarkan.
Baca lagi: Kepentingan Blog Untuk Laman Web Perniagaan

A non stereotypical digitalpreneur in e-commerce and media relations industry, a content writer, a video creator and a motovlogger. > PROFILE
Good insights.. dpt info baru ttg Google My Business. Thanks share Khir.
Thanks juga tuan, moga ada manfaat utk perniagaan tuan, in shaa Allah.
Thanks for the info…
Antara cabarannya adalah menulis topik yang konsistent..
Betul tu.. nak konsisten menulis satu hal, nak konsisten topik agar tetap atas niche satu hal juga.. dua2 cabaran, tp reward dia klu dah mengena dgn prospek pernigaan pun boleh tahan juga.
Perkongsian bermanfaat moga sukses selalu apa saja rencananya
In shaa Allah, terima kasih kak PI.. mudah2an, sama2lah kita.. aamiin.
Istiqhomah,fokus..inshaAllah apa yang mahu dan cuba disampaikan mengena sasaran.Bukan hal mudah nak menarik perhatian pembaca dan tersenarai di enjin carian Google.
Terima kasih Tn perkongsian.
Betul tu PC, perlukan kesabaran dan istiqamah juga dlm menulis kandungan yg selaras dan menjana pelanggan, in shaa Allah.
Tak pernah kering ilmu bila melayari laman blog ni. Perkongsian yang menarik dan bermanfaat untuk LeYa amalkan. Tahniah dan semoga Abg Khir terus sukses memberi segala ilmu yg ada.
Terima kasih Leya.. in shaa Allah, moga ada manfaat dan kebaikan. Mudah2an sama2 kita semua terus sukses dan diberkati.. aamiin 🙂
terima kasih atas perkongsian. semuanya boleh dibuat asalkan kita konsisten. inshaAllah aamiin ^_^
Terima kasih Umi.. in shaa Allah moga sentiasa dipermudahkan utk kita semua konsisten dan beroleh kejayaan berterusan.. aamiin.
[…] memberi manfaat dan membuatkan mereka percaya kepada anda. Selain itu, ia juga membantu membina ‘authority pasaran’ sebagai pihak yang layak dalam industri yang diceburi secara […]
perkataan backlink tu memula sy nmpk black pink hahahahahhaha adoiii
[…] mempunyai asas yang hampir sama. Terima kasih atas pengalaman tersebut. Ia turut menjadi batu asas membina kredibiliti laman web dengan google untuk kebaikan […]
[…] urusan kerja, komunikasi rakan industri dan pelanggan. Bertanya khabar, mendapatkan pandangan pemerkasaan kandungan juga berkongsi input pengetahuan digital dengan lebih mendalam. Terima kasih […]
Terima kasih Tuan Khir,
Baru tahu ada website seperti Marketing in Asia menerima artikel dalam Bahasa Melayu. Boleh juga hantar untuk jadi guest blogging dan tarik trafik.
Konten yang berkualiti dan evergreen akan buatkan website auto pilot menerima traffic yang berpanjangan.
kita punya niche blog bercampur aduk..haha..kadang2 rasa nak narrowkan pun ada supaya senang nak tarik pembaca, tapi tetap jugak tak boleh..maka tak apa lah, lifestyle saja lah..hahaha
terima kasih info
sgt2 membantu
walaupun x berbisnes boleh ke daftar Google Business tu?
[…] Baca lagi: Tips Membina Kredibiliti Laman Web Dengan Google […]
[…] Baca lagi: Tips Bina Kredibiliti Laman Web Dengan Google […]
[…] Baca lagi: Tips Bina Kredibiliti Laman Web Dengan Google […]
[…] Baca lagi > Tips Bina Kredibiliti Laman Web Di Google […]
[…] Bagi mendepani persaingan era digital kini, faktor kepuasan pelanggan tidak hanya sekadar dilihat berdasarkan penggunaan produk semata-mata, tetapi turut merangkumi pengalaman digitalisasi mereka terhadap jenama dan syarikat melalui integrasi perhubungan di platform digital. Secara dasar, terdapat 3 elemen yang membantu pengalaman pengguna dalam memperkukuh dominasi pasaran dan authoriti digital perniagaan. […]