Kepentingan blog untuk website perniagaan

Saya sering mendapat pertanyaan tentang kepentingan blog untuk pemasaran digital dan bagaimana ia dapat menyokong laman web perniagaan. Tambahan pula jika yang bertanya itu adalah para pengusaha yang tidak menjurus kepada perniagaan online.

Sememangnya ramai usahawan termasuk pengusaha kecil sederhana (IKS/PKS) sedia maklum tentang pentingnya laman web. Atas sebab itu, mereka tidak ketinggalan mengupah pembangun laman web bagi memenuhi tuntutan industri era digital kini.

Namun tidak semua laman web mempunyai blog. Ada laman web yang hanya ada Homepage dengan ruangan ‘About Us’, ‘Our Team’, ‘Portfolio’, dan ‘Contact Us” sahaja.

Malah disebalik ‘Homepage’ yang menarik dengan maklumat penting yang lengkap, ada yang tidak menganggap halaman blog sebagai elemen yang sama penting. Jika ada, artikel yang ada pun tidak ber’update’. Kenapa?… alasan pun logik.

Kepentingan blog untuk laman web perniagaan

Kepentingan Blog Untuk Pemasaran

Alasan pengusaha adalah disebabkan komitmen sedia ada, tiada masa atau idea menulis walaupun produk dan perkhidmatan ada potensi pasaran online yang baik.

Ia juga melibatkan kos jika menambah kakitangan semata-mata untuk menulis artikel blog yang sememangnya tidak berbaloi dan boleh jadi membebankan.

Jika anda antara pengusaha atau pengurus yang mempunyai alasan seperti di atas, ia logik, benar dan bernas. Namun atas kesedaran pentingnya ruangan blog di laman web, ramai menggunakan khidmat penulis kandungan untuk impak yang kos efektif.

Setiap laman web mempunyai Homepage (halaman utama) yang memaparkan informasi dan gambaran lengkap tentang perniagaan dan organisasi anda. Manakala fungsi blog pula menampilkan perkembangan semasa, aktiviti, projek atau pelbagai info terkini melalui artikel.

Kandungan blog yang strategik bertindak sebagai representatif digital dalam membina pengaruh melalui informasi yang ‘update’ kepada pelanggan dan prospek. Optimasi artikel juga meningkatkan ‘authority’ dan kredibiliti jangka panjang perniagaan.

Kepentingan Blog Untuk Laman Web Perniagaan

Potensi Ruangan Blog Di Laman Web

Ada laman web yang melabel bahagian blog dengan ‘artikel’, ‘news’ atau ‘news & events’, namun fungsi dan tujuannya tetap sama. Blog memiliki pelbagai kelebihan dalam menyokong potensi pemasaran keseluruhan laman web.

Tiga teras utama kelebihan ruangan blog merangkumi;

1. Kekuatan SEO dan SEM

Blog memiliki potensi optimasi enjin carian yang lebih baik berbanding halaman yang lain. Melalui SEO (search engine optimization) fokus kandungan adalah untuk membina capaian pasaran dalam skop industri yang tepat dan conversions pelanggan baru.

Ia juga dapat dijadikan tools pemasaran enjin carian (search engine marketing – SEM) dalam meningkatkan reputasi kepada prospek pasaran yang berpotensi dan berkredibiliti. Jika tidak mahu bermodal untuk SEM, artikel yang memenuhi kriteria SEO yang tepat sudahpun memadai.

2. Humanizing Digitalization

Agak sukar untuk saya terjemahkan elemen kedua ini secara terus. Ia bermaksud, melalui artikel blog dapat membantu impak hubungan insan melalui manfaat digital.

Mereka yang melayari laman web akan meneliti ruangan blog untuk mendapatkan realiti yang lebih mendalam tentang aktiviti perniagaan anda. Artikel blog mampu mengukuhkan lagi kepercayaan dan interaksi industri melalui pembacaan individu sasaran seperti wakil perolehan dalam pasaran B2B mahupun pelanggan B2C.

3. Menyokong Self-Funded Proposal

Self-funded proposal adalah antara strategi pemasaran. Ia antara kaedah mengetengahkan maklumat atau menjual produk sampingan dengan tujuan melariskan produk utama.

Sebagai contoh, seorang perunding hartanah membina strategi memasarkan rumah dengan menulis ebook atau khidmat rujukan tentang tips berkaitan hartanah dan seumpamanya bagi meningkatkan kredibiliti kerjaya dalam portfolio industri hartanah.

Artikel blog juga boleh dijadikan sebagai elemen self-funded proposal yang membantu banyak perniagaan menjana kontrak, tender dan jualan melalui kredibiliti digital.

Terdapat penjelasan lanjut yang terkait kepentingan halaman blog pada artikel saya di sini > Kepentingan Laman Web Untuk Bisnes Dan Pemasaran.

Kepentingan blog untuk website perniagaan

Strategi Pemasaran Dengan Kandungan Blog

Artikel blog mempunyai potensi jangka panjang yang baik untuk laman web. Hampir 70% klien dan kontrak yang saya perolehi sepanjang terlibat dalam ruangan digital ini juga adalah melalui capaian kandungan artikel blog kepada prospek terkait.

Ia turut membuka ruang untuk saya terlibat bersama jaringan pengendali digital berpengalaman dan diiktiraf yang bertanggungjawab di belakang tabir mengurus strategi pemasaran kandungan blog untuk portal dan laman web pelbagai sektor perniagaan, institusi dan industri.

Jika perniagaan anda perlu mengurus artikel blog untuk pemasaran, saya menyediakan khidmat yang boleh anda rujuk di ruangan > Khidmat Pemasaran.

Baca lagi: Asas Penting Website Untuk Kerjaya Dan Perniagaan.

8 Thoughts to “Kepentingan Blog Untuk Pemasaran Digital”

  1. Artikel blog web pperniagaan ini boleh diibaratkan sebagai resume.Resume alam maya yang kadang kesannya bukan hari ini tetapi beberapa tahun ke hadapan..kalau hari ini kita sdiakan satu artikel yang baik untuk mempromosi tidak mustahil ianya menjadi input luar jangka pada perniagaan..apatah lagi sekarang masing-masing sangat akrab dengan teknologi.

  2. sekarang perusahaan sudah tahu betul fungsi blog dan sosialmedia sehingga rata semua punya web atau sosialmedia

  3. Fungsi blog sebagai sosial media elok dimanfaatkan sebaiknya pengusaha perniagaan

  4. Marzuki Rmn

    Ada laman web yg hanya utk memperkenalkan bisnes dan dipaparkan di business card dan letterhead shj. Tapi mmg sebaiknya disertakan blog sekali bila baca ni.

  5. jika blog digunakan sepenuhnya pasti boleh membantu

  6. […] Baca lagi: Kepentingan Blog Untuk Laman Web Perniagaan […]

  7. […] sebagai representatif digital. Ia mengetengahkan maklumat perniagaan merangkumi profil, portfolio, blog, info produk atau servis serta info perhubungan kepada umum dengan penerampilan yang profesional. […]

  8. Terima kasih atas ilmu. Baru faham kepentingan blog di laman web 🙂

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.