Semasa artikel ini ditulis, kita semua sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telahpun melebihi tempoh 2 minggu. Maka terpanggil mengisi masa terluang untuk berkongsi serba sedikit aspirasi bekerja dari rumah dalam tempoh PKP ini.
Sememangnya ancaman wabak Covid-19 ini bukan isu yang main-main dan boleh dipandang remeh. Keluar jika ia benar-benar perlu atau lebih baik kita duduk di rumah sahaja. Moga kita semua dilindungi dan wabak ini dapat diatasi segera.
Kesempatan ini kita doakan keselamatan buat semua yang perlu bertugas, juga kepada mereka yang dijangkiti agar diberi ketabahan dan kesembuhan segera… aamiin.

Bekerja Dari Rumah Dalam Tempoh PKP
Bekerja dari rumah bukanlah perkara baru, malah ia sudah menjadi perkara biasa dalam kemajuan dunia digital kini. Saya juga tidak terkecuali antara yang memilih untuk berkerja dari rumah selain fasiliti yang disediakan sebagai vendor institusi.
Kemajuan teknologi digital memudahkan kebanyakkan urusan dilakukan di mana sahaja. Urusan perniagaan, surat menyurat, perbincangan, tender malah amanah menulis boleh sahaja dilakukan dari rumah atau di kedai kopi.
Tetapi pada tempoh PKP ini memerlukan kita lakukan semua kerja dari rumah. Dari sudut positif, ia merapatkan lagi hubungan perniagaan melalui kredibiliti atas talian dalam suasana yang lebih ‘informal’… pada dasarnya, semua merasai kesukaran yang sama.
Malah komunikasi atas talian lebih sibuk dari kebiasaan. Komunikasi lebih peribadi bersama keluarga, saudara mara dan rakan-rakan dekat dan jauh, juga yang lama tak berhubung mendominasi Whatsapp dan Messenger berbanding di media sosial.
Tidak kurang juga dengan urusan kerja, komunikasi rakan industri dan pelanggan. Bertanya khabar, mendapatkan pandangan pemerkasaan kandungan juga berkongsi input pengetahuan digital dengan lebih mendalam. Terima kasih semua!

Inisiatif Secara Online Dalam Tempoh PKP
Terdapat pelbagai inisiatif yang boleh kita terokai secara atas talian sepanjang tempoh PKP ini. Sama ada oleh pihak-pihak bertanggungjawab sehinggalah acara dan program yang menyuntik pengetahuan dari seluruh dunia.
Antara yang menyuntik inspirasi adalah semangat dari sesetengah rakan. Mereka yang bekerja sendiri dan tetap fokus meneruskan usaha memanfaatkan potensi digital dalam menjaga pelanggan dan prospek pasaran dengan lebih giat dan terancang.
Bagi pengusaha program, juga yang terlibat dalam sektor pendidikan, sama fasilitator bebas hatta guru tuisyen, ada yang meneruskan pembelajaran melalui saluran digital. Tidak ketinggalan, kursus-kursus atas talian dengan sijil perakuan yang sah.
Bagi usahawan online, mungkin kursus-kursus seperti Google Course & Certification boleh kita manfaatkan. Pengetahuan dari sumber pentauliahan yang betul menjadi nilai tambah dalam menyokong aspirasi keusahawanan dengan lebih baik.
Selain itu, saya amat tertarik dengan inisiatif remote session oleh Seikh Hussein Yee di bawah. Mungkin ia juga boleh dijadikan ikutan bagi yang berkelayakan dalam apa jua bidang yang diceburi.

Kesimpulan
Sesungguhnya, ini adalah waktu kita perlu bermuhasabah dan lebih mendekatkan diri kepadaNya. Sama-sama kita terus berdoa demi kebaikan kita semua.
Manfaatkan masa ini untuk kita eratkan lagi hubungan kekeluargaan dengan aktiviti-aktiviti yang lebih bermakna. Mudah-mudahan kehidupan kita bertambah berkat dengan rahmat serta kasih sayangNya.
Selain itu, sentiasa ikuti maklumat perkembangan semasa agar kita tahu dan sentiasa bersedia atas apa yang berlaku. Isu-isu sampingan yang timbul, perkara baik kita jadikan ikutan dan yang buruk kita jadikan iktibar sempadan.
Justeru, apa aspirasi kalian dalam tempoh PKP ini? Mungkin ada yang boleh dikongsikan agar dapat menjadi contoh ikutan dan inspirasi kepada yang lain.
Sememangnya ini adalah waktu-waktu sukar buat kita semua.
Baca lagi: Kepentingan Pendidikan Digital Dalam Arus Revolusi Industri 4.0
[Sumber image: Whatsapp & Google]

A non stereotypical digitalpreneur in e-commerce and media relations industry, a content writer, a video creator and a motovlogger. > PROFILE
Kita sedar bekerja dari rumah hari ini bukanlah satu trend yang menjadi ikutan suatu masa dulu. Bekerja dari rumah bukan sahaja dapat memberikan tumpuan lebih bersama keluarga malah mampu meningkatkan persaingan dunia dalam dunia digital.
Betul tu.. dalam keadaan skrng ni akan semakin ramai yg mula memahami pelbagai elemen digital yg ada bagi memudahkan kerja dijlnkan. Tambahan lagi bila nak raya nanti, semakin bnyk potensi online akan dipraktikkan terutama bagi penjaja kecil dan peniaga bazar Ramadan secara online. Stay safe Leya!
Dalam tempoh PKP manfaatkan masa dgn kerja2 sepatutnya n kualitinya tentu lebih meningkat kerana tekanannya berkurang.
Mudah2an begitulah harapannya, cuma keadaan skrng lebih mencabar sbb perlu bijak bahagikan masa antara urusan keluarga spt anak2 dan kerja yg rata2nya semua memerlukan perhubungan online termasuk video meeting, surat menyurat dan sbgnya.. stay safe kak PI!
Dengan situasi yg berlaku ni, ramai yg akan melihat potensi bekerja dari rumah secara online lebih efisyen dari cara konvensional. Apa yg penting sistem pengurusan dijaga dgn baik dari aspek pendaftaran bisnes, perakaunan, percukaian dan SOP agar industri dpt terima sbg satu platform kerjaya.
Setuju tuan, itu yg saya pelajari dari beberapa usahawan yg bekerja sendiri. SOP mmg pentng sbb dari situlah nak bag pendapatan dari perniagaan dpt dimanfaatkan sebaiknya utk perniagaan dan juga kehidupan. Bagi yang sudah biasa mengurus kerjaya secara online pasti ada peluang yg ttp diteruskan tanpa bnyk kekangan, in shaa Allah. Stay safe tuan!
Terlalu banyak sebenarnya perkara yang boleh kita renungkan sepanjang PKP ni..bila diuji macam ni lah baru kita lebih hargai masa berharga bersama keluarga, dan lebih banyak masa untuk beribadat dengan proper..bandingkan diri kita yang stay at home ni dengan front liners yang berkorban masa mereka di luar sana..bersyukur apa adanya.
Betul tu.. saya setuju. Kita patut hargai masa ini dgn perkara2 bermanfaat bersama keluarga. Sebenarnya bukan mudah nak ada masa panjang seperti sekarang ini utk duduk di rumah bersama seisi keluarga.. bersyukurlah. Selain itu, sama2 kita doakan yg terbaik buat mereka yg berkorban masa bekerja dalam situasi berisiko spt ini.. jasa mereka mmg tidak ternilai. Moga Allah melindungi mereka dan kita semua… aamiin. Stay safe SS!
Seiringnya waktu setelah fasa pertama berlalu..kita sudah boleh mencari dan mengikut rentak.Perit sebenarnya tapi hikmah yang ada perlu juga kita highlight kan kerana tidak ada yang sia-sia daripadaNYA.
Betul tu.. situasi yg berlaku ni bukan perkara main2. Apa pun alasan, kita usahalah cara yg terbaik utk terus berusaha disamping menjaga keselamatan diri serta keluarga, in shaa Allah. Moga sama2 kita semua sentiasa dilindungi.. aamiin. Stay safe PC!
kat indonesiapun seperti ini harus stay at home guna memutus bahaya penularan wabah covid 19 ini
Sama2 kita doakan yg terbaik agar keadaan dpt segera pulih spt sediakala. Moga sahabat semua di Indonesia juga sentiasa dilindungi hendaknya.. aamiin. Stay safe Munir!
Dalam PKP ni ada juga nampak hasil viewer blog zumal bertambah. Tapi ilham menulis tak muncul-muncul
aspirasi bekerja dari rumah dalam tempoh pkp