Periklanan Billboard Dalam Cabaran Era Digital

Sepanjang terlibat dalam periklanan billboard pada awal milenium dahulu, saya sering perhatikan impak persekitaran ‘indoor dan outdoor’ kebanyakkan billboard yang didirikan. Bagi saya ia medium iklan yang bukan sahaja ‘eye catching’ tetapi menonjolkan ciri-ciri ‘besar dan berani’.

Membina dan menyelenggara sebuah billboard bukan satu urusan mudah, begitu juga untuk beriklan kerana ia memerlukan keputusan pelanggan yang melibatkan slot masa, kreativiti grafik dan target viewer yang tepat dengan kos sewaan yang agak besar.

Bila berkembangnya teknologi digital, periklanan outdoor secara tidak langsung turut merasai kesan negatif terutamanya dengan keupayaan periklanan media sosial yang jauh lebih kos efektif. Maka ia turut dikategori sebagai platform periklanan tradisional yang bakal terkubur.

Adakah periklanan billboard bakal terkubur atau terus berkembang? Saya terpanggil berkongsi perspektif ringkas sekadar rujukan bersama.

Periklanan Billboard dalam cabaran era digital

Periklanan Billboard Dalam Era Digital

Ramai yang mengatakan periklanan billboard bakal terkubur kerana teknologi digital.

Ia mahal berbanding beriklan di media sosial dan platform digital yang lebih kos efektif dengan capaian yang lebih luas. Banyak kelebihan periklanan digital kini berbanding saluran tradisional termasuk billboard. Ia sememangnya betul dari beberapa sudut fakta.

Namun dari realiti yang lain, ada dikalangan para pengusaha, organisasi dan sektor komersil yang menerima periklanan billboard sebagai platform yang tetap releven. Ia dibuktikan melalui impak positif yang membantu mereka membina prospek dan pelanggan berterusan.

Walaupun mahal berbanding medium periklanan digital, ia menjadi antara platform tradisional yang mempunyai kelebihan dalam memperkukuh reputasi pasaran dan prospektus perniagaan serta turut sama menyokong pengukuhan saluran digital mereka seperti web dan sales funnel.

Memang tidak dinafikan kebenaran pengembangan digital mempunyai banyak kelebihan. Tetapi paduan outbound dan inbound juga membantu membina prospek yang lebih kukuh.

Billboard Dan Pengembangan Digital

Saya juga terkesan bila ada agen billboard menyatakan; disebalik cabaran digital, periklanan tradisional tidak terkubur sepenuhnya jika mereka yang terlibat turut sentiasa bertindakbalas mengadaptasi peluang yang selaras keperluan tranformasi digital.

Antara yang diketengahkan lagi, jika dahulu kebanyakkan pelanggan billboard terdiri darpada organisasi korporat dan komersil gergasi. Tetapi dalam era digital kini, semakin ramai pengusaha memilih langkah berani menjadikan billboard sebagai salah satu strategi beriklan.

Tambahan lagi, kita boleh lihat banyak perniagaan pengusaha sederhana yang kini berlumba mendominasi paparan billboard di lokasi tertentu sepanjang jalan. Impak positif juga membuatkan ada yang terus mengekalkan iklan sehingga lebih 5 tahun di spot yang sama.

Justeru, sekiranya produk atau khidmat anda mempunyai prospek pelanggan bernilai pada lokasi atau laluan tertentu yang disasarkan, ia boleh menjadi satu pelaburan berbaloi.

Segalanya bergantung kepada analisa terhadap keperluan perniagaan, potensi pasaran dan juga kekuatan bajet periklanan. Artikel saya di Marketing in Asia berkaitan Analisa SWOT juga mungkin boleh anda jadikan rujukan memperkasa analisa yang strategik;

Baca: Memanfaatkan Analisis SWOT dalam memperkasa strategi pemasaran.

Periklanan billboard dalam cabaran era digital

Kesimpulan

Bagi saya, periklanan billboard mempunyai ciri-ciri ‘awareness dan reminder’ dalam membina kepercayaan pasaran secara ‘separa mainstream’ dan realistik. Ia juga menjadi pemangkin prospek mendekati jenama dan membina hubungan perniagaan.

Walaupun masih mahal berbanding kos periklanan digital, ia tetap menjadi antara pilihan outbound marketing yang kos efektif bagi sesetengah perniagaan, juga antara medium untuk sebaran pelbagai maklumat atas tujuan komersil dan komuniti.

Billboard tidak akan terkubur jika ia terus memberikan impak positif, malah akan terus subur mengisi keperluan industri selaras transformasi digital yang semakin berkembang pesat.

Baca lagi: Tokoh Pengiklanan Terawal Malaysia Dan Antarabangsa

Subscribe Newsletter untuk info artikel terkini.

3 Thoughts to “Periklanan Billboard Dalam Cabaran Era Digital”

  1. Marzuki Rmn

    Salam tuan.. billboard masih releven bergantung rate, lokasi dan kesesuaian bisnes. Kami masih guna di sebahagian tempat spt persimpangan jalan dgn viewer lebih 70k sehari, mmg ada impak terus yg baik. Thanks sharing.

  2. Salam.. realiti yg menarik.. disebalik digitalisasi yg makin berkembang, malah juga dikatakan ‘noise’ bagi billboard, ia memang nampak makin galak sekarang.

  3. Biliboard iklan tampak yg mudah disedari n masih releven

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.