Strategi dan cabaran pemasaran sememangnya akan sentiasa berkembang seiring dengan kemajuan teknologi dan perubahan gaya hidup masyarakat. Kemajuan teknologi yang kita kecapi hari ini turut menjadi faktor yang memberi impak terhadap peralihan budaya pasaran yang akan terus berkembang ke arah evolusi digitalisasi di seluruh dunia.
Atas aspirasi tersebut, saya sekali lagi berpeluang berkongsi perspektif dan realiti industri dalam cabaran digitalisasi. Kali ini merupakan sesi akademik-industri bertajuk ‘Industrial Sharing Session: Kemahiran Digital Pemacu Pemasaran Era IoT’ anjuran Jawatankuasa Jaringan Industri, Pusat Pengajian Teknologi Multimedia Dan Komunikasi (SMMTC), Universiti Utara Malaysia (UUM).
Sesi telah berlangsung secara online pada 7 Disember 2021 bermula 9.30 pagi sehingga 11.30 pagi melalui platform Sisco Webex.
Kemahiran Digital Era IoT
Dunia internet telah melalui pelbagai evolusi sejak mula diperkenalkan secara meluas sekitar 90an. Sejak itu bermulalah era Teknologi Maklumat yang menjadi satu fenomena baharu dalam modernisasi. Implikasi tersebut turut memberi pengaruh kepada sektor perniagaan, pentadbiran sehinggalah kehidupan kita.
Melalui pembangunan teknologi internet juga turut menyaksikan pelbagai penciptaan baharu dalam ruangan digital sehinggalah tercetusnya peralihan era Revolusi Perindustrian ke-4 (IR 4.0) pada sekitar 2016, 2018 sehingga kini.
Kini kita masih lagi di peringkat permulaan era IR 4.0 yang juga merupakan era IoT. Krisis pandemik telah mempercepatkan lagi perubahan tersebut yang memberi kesan kepada landskap ekonomi, perniagaan, pasaran pekerjaan, sosial dan gaya hidup. Oleh itu, kesempatan masa pada sesi ini saya cuma untuk mengetengahkan penyampaian yang sebaiknya untuk manfaat mahasiswa dan mahasiswi.
Kemahiran digital dalam aspek pengurusan, komunikasi dan kreativiti menjadi salah satu elemen penting yang diperlukan sebagai persediaan ke pasaran pekerjaan, kerjaya atau keusahawanan. input pengisian selanjutnya saya kongsikan melalui Fb Page SMMTC UUM di bawah;
Penghargaan SMMTC UUM
Kesempatan ini saya mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Jaringan Industri SMMTC, UUM atas undangan ini.
Sememangnya mahasiswa dan mahasiswi masa kini mempunyai cabaran yang besar dan perlu sentiasa cakna dengan pendedahan industri sebagai persediaan untuk terus membangun maju dari aspek akademik dan potensi kerjaya.
Mudah-mudahan apa yang dikongsikan ini turut menyumbang kepada nilai tambah yang bermanfaat untuk pembangunan modal insan kepada bakal mahasiswa dan mahasiswi yang merupakan para pemimpin masa hadapan, insyaaAllah.
Baca lagi: FB Live: Mahasiswa Dan Sistem IR 4.0

A non stereotypical digitalpreneur in e-commerce and media relations industry, a content writer, a video creator and a motovlogger. > PROFILE
[…] Baca lagi: Industrial Sharing Session: Kemahiran Digital Pemacu Pemasaran Era IoT […]
[…] juga tercetus hasil daripada pendedahan dan dorongan dari keterlibatan industri digital yang memberi berpeluang saya belajar dan mula menghargai aktiviti yang diminati sejak dahulu untuk […]
[…] Baca lagi: Industrial Sharing Session: Kemahiran Digital Pemacu Era IoT […]