Assalamualaikum. Pejam celik, kita sudah memasuki hari kelima tahun 2023 pada masa artikel ini ditulis. Masa bergerak pantas, begitu jugalah jika diimbas kembali perubahan yang berlaku sejak mula menulis blog pada 2011 dan content writing sehinggalah diberi kepercayaan terlibat dalam pelbagai kerjasama pembangunan kandungan, pemasaran digital dan e-dagang.
Hampir 13 tahun berlalu dengan pelbagai pengajaran dan pengalaman yang boleh dijadikan sandaran. Peluang belajar dari keterlibatan industri bersama pemain-pemain digital yang jauh lebih berpengalaman juga turut memberi suntikan dan perspektif baharu dalam fokus landasan digital peribadi dan penglibatan industri.
Kini tidak kesemua amalan digital terus releven seperti sebelumnya. Maka atas aspirasi peribadi, saya mengambil keputusan untuk turut menyuburkan minat peribadi pada platform digital sendiri.

Selepas PKP, saya mula menyisipkan lebih banyak perkongsian peribadi di Instagram dan seterusnya di Facebook berbanding tahun-tahun sebelumnya. Antara yang kerap dikongsikan adalah jurnal perjalanan couple ride yang pada mulanya sekadar suka-suka, namun ia membawa kepada permulaan channel motovlog di YouTube penghujung 2021.
Ia juga tercetus hasil daripada pendedahan dan dorongan dari keterlibatan industri digital yang memberi berpeluang saya belajar dan mula menghargai aktiviti yang diminati sejak dahulu untuk dijadikan sesuatu yang lebih bermakna dalam ruang lingkup digital. Ia juga pernah saya ketengahkan dalam beberapa artikel sebelum ini.
Pendedahan dari pelbagai jurnal motovlog di YouTube pula menyemarakkan lagi keinginan dalam mengabadikan pengalaman sendiri. Banyak perkongsian yang menarik hati dan memberi inspirasi antaranya dari mereka yang jauh berpengalaman seperti channel Anita Yusof. Kembara dengan motosikal yang sama spek seperti motorsikal marhaen kami menambahkan lagi semangat untuk memulakan sebuah channel walaupun hanya sekadar breakfast ride.
Antara lain turut mengikuti jurnal Malaya Tourer, Armi Motovlog, Ceciliasophy sehinggalah motovlogger luar negara seperti Itchi Boots, Mario Iroth, On Her Bike dan ramai lagi dengan pelbagai aspirasi dikongsikan. Maka lahirlah channel The 2Wheeler pada penghujung 2021.

Apa pun, perjalanan kami masih baru… masih kerdil, bersandarkan kemampuan bersama minat dalam dunia permotoran, kembara dan videografi. Tahun 2023 ini juga merupakan tahun untuk saya menambahbaik lagi perkongsian yang bermanfaat kepada yang meminati, insyaaAllah.
Justeru, subscribe channel The 2Wheeler untuk mengikuti jurnal on the road terkini ke pelbagai lokasi menarik. Semoga tahun 2023 ini membuka lebih banyak pintu kebaikan, rezeki dan keberkatan berpanjangan buat kita.. aamiin.
Salam 2023!
Baca lagi: WordPress WordCamp Kuala Lumpur

A non stereotypical digitalpreneur in e-commerce and media relations industry, a content writer, a video creator and a motovlogger. > PROFILE
Alhamdulillah beraktiviti dgn hobi bermanfaat n menggembirakan…dah habis ronda semenanjung ke sabah sarawak n luar negara pula.
Alhamdulillah kak PI. Setidaknya dpt juga saya praktikkan pengetahuan video editing yang dipelajari pada minat peribadi sepenuhnya. Terima kasih atas sokongan dan doa, insyaaAllah.. aamiin 🙂
[…] hanya beberapa tahun lagi nak memasuki siri ke 5, keberadaan channel ini lebih kepada mengabadikan jurnal peribadi sebagai kenangan atas minat yang mempunyai nilai ‘personal value’ disamping memanfaatkan […]
[…] Baca juga: Punca Saya Terjebak Dengan Motovlog (The 2Wheeler) […]