Mengurus Kreativiti Pemasaran Dengan Canva

Canva: Urus Kreativiti Pemasaran Anda – Beberapa minggu lepas, saya berpeluang berkongsi pandangan bersama seorang Designer yang terlibat dalam periklanan komersil sejak tahun 90an. Menurut beliau, pasaran sekarang memang berbeza berbanding beberapa tahun dahulu. Cuma syukurlah, kepakaran beliau dalam high-end design tetap diperlukan oleh industri.

Saranan beliau agar saya terus cakna dengan perubahan semasa. Malah, bukan sahaja sentiasa menambahbaik pengetahuan dalam aspek digital marketing dan content writing, tapi setidaknya mampu mengurus asas-asas design. Katanya lagi, “You boleh jimat kos dari peringkat proposal dan pembentangan sehingga akhir. Once close deal baru you hire specialist designer untuk fokus kerjasama sesebuah projek tu”.

Sekarang adalah era ‘customer oriented’… creativity counts.

Mengurus Kreativiti Pemasaran

Aplikasi Canva

Kemajuan evolusi digital semakin berkembang pesat dengan pelbagai transformasi yang mempengaruhi landskap gaya hidup, budaya kerja dan trend pasaran sedunia. Kini, asas pengetahuan digital bukan lagi perkara yang asing bagi kebanyakkan organisasi dan sektor perniagaan. Mahu atau tidak, amalan pendigitalan perlu diadaptasi bagi memenuhi kepentingan urusan.

Pendekatan secara holistik dalam memastikan keberkesanan strategi pemasaran digital juga kini tidak lagi hanya tertumpu kepada kemahiran pengendalian platform digital sahaja, tetapi turut merangkumi pembangunan kreativiti dalam memastikan setiap input kandungan dan komunikasi mampu memberi impak kepada pasaran.

Oleh itu, diantara kemudahan yang menjadi pilihan usahawan dan industri dalam membina keberkesanan pemasaran melalui kreativiti adalah dengan memanfaatkan aplikasi Canva yang sudah tersedia di ruangan digital ini.

Canva merupakan kemudahan aplikasi digital yang disediakan secara percuma dan berbayar bagi membantu memudahkan proses reka grafik untuk pelbagai keperluan perniagaan, penciptaan bahan pemasaran dan komunikasi rasmi. Ia bukan sahaja dimanfaatkan oleh sektor industri, tetapi turut menjadi landasan individu merangkumi para profesional, usahawan dan peniaga online sehinggalah pelajar dalam mencipta hasil kreativiti yang menarik.

Bagi tujuan pemasaran, Canva menyediakan pelbagai tema pilihan secara percuma atau berbayar untuk reka grafik dan visual pemasaran kandungan. Canva tidak memerlukan pengguna memiliki kepakaran yang tinggi dalam bidang reka bentuk dan grafik. Ini kerana terdapat kepelbagaian tema yang disediakan bersama ‘tools’ reka grafik yang mudah dipelajari untuk mencipta poster, risalah iklan, infografik, slaid pembentangan, kad perniagaan dan pelbagai lagi kemudahan merangkumi pengeditan video untuk kegunaan platform digital dan media sosial.

Mengurus Kreativiti Pemasaran

Menyokong Kredibiliti Perniagaan

Aplikasi Canva juga telah banyak membantu para usahawan pemula, mikro dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam memudahkan proses visualisasi idea untuk pembangunan pemasaran kandungan bagi menjayakan pelbagai promosi, iklan dan kempen-kempen pemasaran di media sosial. Penciptaan naskah iklan dengan mudah seperti poster, info grafik dan pengeditan video yang menyokong teknik Copywriting dan Storytelling, ia sememangnya mampu menarik perhatian audiens secara lebih efektif.

Selain itu, ia juga membantu memudahkan persediaan kepada usahawan dalam penyediaan kertas kerja bagi tujuan pembentangan dan perbincangan rasmi. Kemudahan teknologi cloud computing aplikasi Canva ini juga memudahkan segala proses pengeditan reka grafik dan penyimpanan data pada simpanan Cloud. Maka ia boleh dimuat turun pada pelbagai peranti pintar oleh pemilik akaun Canva pada bila-bila masa yang diperlukan.

Aplikasi Canva boleh didaftarkan dengan mudah dengan menggunakan akaun emel.

Bagi penggunaan peranti pintar, ia boleh dimuat turun secara percuma melalui aplikasi iOS atau Android. Tetapi bagi penggunaan desktop, anda tidak perlu memuat turut aplikasi tersebut di komputer untuk digunakan. Anda boleh kunjungi aplikasi tersebut di >SINI<.

Justeru itu, Canva menjadi salah satu kemudahan digital yang menjadi landasan pembangunan kreativiti pemasaran secara kos efektif. Ia juga merupakan antara elemen penting dalam merangsang tarikan pelanggan melalui visualisasi komunikasi kreatif dalam pengukuhan hubungan serta motivasi pasaran untuk terus berkembang maju dalam cabaran era lambakan maklumat kini.

Baca lagi: 3 Asas Mengurus Integrasi Pemasaran Digital

Subscribe Newsletter untuk menerima artikel terkini:

2 Thoughts to “Canva: Urus Kreativiti Pemasaran Anda”

  1. Penting tu tau gunakan canva untuk grafik pemasaran berkualiti kak pun xreti heh..heh..

  2. Zaharudin Ismail

    Terima kasih atas input tuan. Saya baru cuba Canva dan sbg peniaga online tanpa kemahiran editing, setidaknya membantu.. masih belajar utk tambahbaik lagi.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.