Strategi pemasaran sentiasa berkembang seiring perubahan teknologi dan trend gaya hidup. Dengan kemajuan teknologi yang kita kecapi hari ini, Malaysia juga turut menerima impak peralihan budaya pasaran digital yang terus berkembang.
Krisis pandemik yang dihadapi seluruh dunia juga meninggalkan kesan terhadap perubahan cara hidup yang memaksa kita semua mengadaptasi teknologi digital secara drastik. Perubahan ini turut memberi kesan yang besar terhadap sektor perniagaan dalam mengintegrasi transformasi digital sebagai elemen dasar untuk terus berdaya maju.
Atas faktor tersebut, saya turut berpeluang terlibat dalam beberapa siri perbincangan rakan industri dah usahawan terhadap aspek pemasaran digital ini. Maka, saya terpanggil mengupas asas integrasi digital yang boleh dimanfaatkan untuk terus berkembang dalam arus digitalisasi ini.
Asas Integrasi Pemasaran Digital
Pemasaran digital juga merupakan perkembangan strategi yang dicetuskan daripada kemajuan teknologi serta perubahan trend pasaran. Lebih tepat lagi berkembang mengikut perubahan pengguna atau orang ramai yang terhasil daripada teknologi dan pengaruh trend semasa.
Kemunculan era Revolusi Perindustrian ke-4 turut menjadi faktor dasar yang menjadikan pemasaran digital sebagai salah satu landasan penting yang perlu diadaptasi dan diurus sebaiknya oleh setiap perniagaan. Malah, ia turut menjadi wadah bagi individu dalam menyokong profesionalisme.
Oleh itu, 3 elemen ini menjadi dasar pemasaran digital yang perlu diketahui dan boleh dipraktikkan mengikut kesesuaian aspirasi yang diusahakan.
1. Kenali Potensi Platform Digital
Secara umum, terdapat 3 landasan digital yang kekal releven dalam perkembangan digitalisasi iaitu laman sesawang atau website, media sosial dan Marketplace. Ketiga-tiga platform ini memerlukan pengurusan strategi yang berbeza, namun terkait dalam menjana impak pasaran.
Website kebiasaannya menjadi platform rasmi organisasi atau individu sebagai representatif digital. Ia mengetengahkan maklumat perniagaan seperti profil, portfolio, blog, info produk atau servis serta info perhubungan kepada umum. Ia juga boleh dilengkapi halaman e-commerce bagi memudahkan urusniaga secara online. Website mempunyai kelebihan dalam meneroka potensi pasaran digital secara organik mahupun berbayar melalui enjin carian dan media sosial.
Media Sosial juga terus releven sebagai corong jualan dalam memperkukuh engagement dan establishment pasaran. Penggunaan media sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube terus menjadi pilihan popular di Malaysia dalam menyokong pelbagai aspirasi perniagaan. Setiap perniagaaan juga perlu memastikan pilihan integrasi media sosial yang bersesuaian dalam membina hubungan pelanggan, pemasaran dan jualan.
Selain itu, dengan peningkatan pengguna terhadap platform pembelian ‘online shopping’, Marketplace turut menjadi platform pilihan dalam memperkukuh potensi pasaran. Ia merupakan laman e-commerce berauthoriti tinggi yang menawarkan peniaga memasarkan produk melalui kemudahan premis online, transaksi dan penghantaran yang kos efektif.
2. Mengurus Pemasaran Kandungan
Pemasaran kandungan atau Content Marketing merupakan asas penting pemasaran digital. Ia menjadi input bagi kesemua landasan digital dalam menyampaikan informasi untuk membina establishment, engagement dan pengaruh pasaran serta menyokong dalam menjana pelanggan setia.
Ia menjadi elemen dalam memanfaatkan potensi website dan media sosial dengan pengisian yang mampu menarik audiens bagi merealisasi pelbagai hasrat perniagaan dan kerjaya. Berbeza dengan kaedah iklan konvensional, Pemasaran Kandungan lebih tertumpu untuk menghasilkan informasi yang bermanfaat kepada prospek dan pelanggan yang boleh dijadikan sebagai rujukan serta panduan.
Kaedah membangunkan Pemasaran Kandungan adalah melalui penulisan, infografik, audio dan video yang dikongsikan secara berkala melalui artikel blog atau status media sosial. Sebagai contoh, jika syarikat anda memasarkan produk kecantikan, anda boleh mencipta artikel, infografik atau video berkaitan tips penjagaan muka melalui pemakanan sihat dan seumpamanya, sebagai panduan kepada orang ramai disamping membina kredibiliti pasaran.
Berdasarkan kajian oleh Content Marketing Institute, kaedah Pemasaran Kandungan terbukti menjana permintaan pelanggan yang lebih tinggi dan turut meningkatkan kepercayaan pasaran. Ia juga menjadi faktor menjana pelanggan setia untuk pengukuhan jangka panjang perniagaan.
Faktor ini juga telah menarik sebahagian besar organisasi dari pelbagai sektor industri dan komersil untuk melantik khidmat pengurusan kandungan sebagai salah satu pelaburan mengurus aset digital perniagaan.
3. Kandungan Ciptaan Pengguna (UGC)
Kandungan Ciptaan Pengguna atau User-Generated Content (UGC) turut menjadi elemen penting dalam integrasi Pemasaran Kandungan kepada setiap perniagaan. Kaedah ini mengetengahkan faktor kepuasan pengguna melalui testimoni tulen yang dikongsikan oleh pelanggan itu sendiri dalam menyokong potensi produk atau servis di pasaran.
Maka, info yang diketengahkan secara sukarela di platform digital oleh para pelanggan yang berpuashati mengunakan produk atau servis anda amat membantu sebagai elemen ‘word of mouth’ dalam memperkukuh kepercayaan pasaran.
Disamping itu, perniagaan juga boleh mendapatkan khidmat review dan advertorial melalui kolaborasi Pemasaran Berpengaruh (Influencer Marketing) atau menjalin kerjasama strategik bersama Key Opinion Leader sebagai salah satu inisiatif meluaskan lagi prospek pasaran.
Justeru itu, memilih platform dan memanfaatkannya berdasarkan kesesuaian aspirasi perniagaan menjadi asas mengurus integrasi digital dalam menerobos potensi pasaran digital.
Baca lagi: Asas Penting Website Untuk Kerjaya Dan Perniagaan
Subscribe Newsletter untuk menerima artikel terkini:

Berkongsi perspektif industri digital disamping editorial dan dakwah. > PROFILE
Perlu manfaatkan apa saja ilmu bersangkutan digital demi kelancaran bisnis online mesti rajin n kreatif caranya
Hello, Well Information about campaign and your article was very unique and important for us.
This is one of the most important pieces of information for me. And I’m happy to say that reading your essay is a pleasure.
[…] Baca lagi: 3 Asas Mengurus Integrasi Pemasaran Digital […]
Hello, Well Information about campaign and your article was very unique and important for us.
[…] Baca lagi: 3 Asas Mengurus Integrasi Pemasaran Digital […]
[…] Baca lagi: 3 Asas Mengurus Integrasi Pemasaran Digital […]