Alhamdulillah, satu lagi sesi perkongsian akademik-industri berkaitan pemasaran digital telah pun berlangsung baru-baru ini. Kali ini merupakan program Webinar Perniagaan: Pemasaran Digital 101 anjuran Exco Keusahawanan dan Inovasi, Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (PMFSSK) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Program telah berlangsung pada malam Rabu, 29 Jun 2022 dan disiarkan secara live di Fb PMFSSK UKM.
Program ini mengupas asas pemasaran digital yang menjadi kepentingan pelbagai sektor industri dan perniagaan masa kini. Bermula dengan definasi pemasaran digital serta hubungkait teknologi dan pasaran, sehinggalah platform pemasaran digital serta elemen pemasaran kandungan yang menjadi sandaran bagi setiap perlaksanaan.
Ini juga menjelaskan fungsi dan peranan setiap platform dalam usaha mencapai prospek pasaran yang betul berdasarkan kelebihan serta potensi setiap platform yang dinyatakan.

Webinar Perniagaan Pemasaran Digital 101
Pemasaran digital akan sentiasa berkembang mengikut peredaran teknologi dan trend pasaran. Namun terdapat prinsis asas yang sentiasa menjadi dasar panduan dalam memastikan strategi dan perlaksanaan sentiasa releven.
Pengalaman kerjaya serta kerjasama rakan industri dan associates juga menjadi sandaran realiti dalam menjelaskan keberadaan landskap pemasaran digital yang boleh dipraktikkan. Idea, Perlaksanaan dan Impak sentiasa menjadi rangka penting dalam setiap usaha. Namun, definasi, prinsip serta pengenalan industri inilah menjadi asas penting untuk diteroka lebih jauh dan dijelaskankan dalam sesi yang sekitar 2 jam ini.
Keseluruhan sesi program boleh di tonton melalui pautan ini: https://fb.watch/dYNOVyweyf/
Justeru, penghargaan terima kasih kepada Exco Keusahawanan dan Inovasi, PMFSSK UKM atas peluang yang diberikan, juga kepada Saudari Siti Nur Saadah selaku Pengarah Projek Webinar Perniagaan Pemasaran Digital 101, saudari Aida Irdina selaku Moderator, saudara Mohammad Aliff selaku Pengacara Program, warga pendidik UKM, mahasiswa dan mahasiswi serta semua para hadirin webinar yang menjadikan program ini lebih mantap.
Semoga ia dapat memberi nilai tambah dalam pemerkasaan modal insan berkaitan pemasaran digital kepada mahasiswa dan mahasiswi para pemimpin masa hadapan, insyaaAllah.
Salam sukses buat semua!
Baca lagi: Industrial Sharing Session: Kemahiran Digital Pemacu Pemasaran Era IoT

A non stereotypical digitalpreneur in e-commerce and media relations industry, a content writer, a video creator and a motovlogger. > PROFILE
Alhamdulillah perkongsian ilmu bermanfaat kepada khalayak