Mersing Harbour Centre
 

Mersing Harbour Centre merupakan antara projek berimpak tinggi yang dilaksanakan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) sebagai komitmen mengukuhkan kedudukan Mersing menjadi destinasi pelancongan utama di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Ia menjadi sebahagian infrastruktur penting pengukuhan transformasi negara dalam membantu meningkatkan taraf hidup sosioekonomi masyarakat dan tarikan pelancongan.

 
ECERDC, Mersing Harbour Centre,
 

Pelancaran Mersing Harbour Centre Oleh DYMM Sultan Johor

 
Pada 10 September 2017, saya sekali lagi berpeluang menyaksikan realiti pembangunan dan infrastruktur pemerkasaan transformasi negara apabila diberi kepercayaan menyertai media trip ke pelancaran Mersing Harbour Centre. Ia dilancarkan oleh DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj sempena Kembara Mahkota Johor 2017.
 
Bagi anda yang pernah berkunjung pasti mengetahui, Mersing merupakan destinasi pelancongan yang menarik dan berpotensi. Justeru, pelancaran Mersing Harbour Centre yang turut terkandung dalam aturcara Kembara Mahkota Johor 2017 ini secara tidak langsung menterjemahkan peranan serta kepentingannya dalam pemerkasaan pembangunan sosioekonomi negeri Johor dan juga negara.
 
Selain menandatangani plak pelancaran Mersing Harbour Centre, DYMM Sultan Johor turut memperkenan menadatangani beberapa pengiktirafan dan penyampaian Sijil Penghargaan Pelajar Akademik empower ECER, Anugerah Khas Peserta empower ECER Mersing dan Anugerah Peserta entrepreneur ECER Mersing serta membuat lawatan persekitaran.
DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj
 
Mersing Harbour Centre merupakan kompleks perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan pelancongan bersepadu yang menyediakan lebih daripada 50 unit kedai makanan dan minuman, ‘push cart’ dan kiosk. Ia memberi keutamaan kepada usahawan-usahawan berkelayakan daripada golongan berpendapatan 40 peratus terendah (B40), termasuk 9 peserta dewasa Latihan Kemahiran dan Keusahawanan empower Ecer dibawah inisiatif Pembangunan Modal Insan ECERDC.
 
Ia juga dilengkapi dengan kemudahan penting seperti tempat letak kereta, kaunter informasi, dewan pameran, surau, taman permainan kanak-kanak dan lain-lain fasiliti, sekaligus berperanan sebagai sebuah lokasi sehenti bagi pelancong dan penduduk tempatan. Pembinaan Mersing Harbour Centre ini telah dimulakan pada Januari 2016 dan beroperasi sepenuhnya bermula September 2017.
ECERDC, Mersing Harbour Centre,
ECERDC, Mersing Harbour Centre,

ECERDC Memperkasa Usahawan ECER

 
Pada majlis tersebut, seramai 29 pelajar dari Program Latihan Akademik empower ECER, 5 peserta Program Latihan Kemahiran dan Keusahawanan empower ECER dan 1 peserta entrepreneur ECER di Mersing telah menerima anugerah pencapaian sebagai pengiktirafan kejayaan mereka dalam bidang akademik atau keusahawanan.
 
Saya juga berpeluang mengenali encik Krishnan A/L Ramasami, antara usahawan yang menerima Anugerah Khas Peserta empower ECER dalam kategori usahawan jati diri. Beliau yang sebelum ini pernah gagal dalam perniagaan telah menyertai kursus ‘business enhancement’ dibawah program empower ECER susulan galakan dari isteri dan berjaya memajukan perniagaan marukunya.
 
Turut berpeluang menemubual puan Rahimah yang mengusahakan produk cili giling dibawah jenama sendiri iaitu My Payung dan berkunjung ke outlet jenama Moras Factory Outlet. Kesemua jenama dan produk tempatan ini sememangnya mempunyai potensi setaraf jenama antarabangsa. Terpanggil berkongsi kisah keusahawanan mereka ini dalam artikel-artikel mendatang, in shaa Allah.
Usahawan ECER, Mersing Harbour Centre, ECERDC,
Usahawan ECER, Mersing Harbour Centre, ECERDC,
Vanessa Mering, RTM, ECERDC, Moras,

Mersing Sebagai Destinasi Pelancongan Utama ECER

 
Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, YBhg Datuk Seri Jebasingam Issace John menyatakan bahawa sehingga kini, lebih 750 peserta dewasa dan 2,400 pelajar di Mersing telah mendapat manfaat daripada program-program Pembangunan Modal Insan ECER termasuk entrepreneur ECER dan empower ECER yang mana 97% daripada pesertanya adalah dari komuniti B40.
 
Beliau menyatakan lagi, pelaburan awam di Wilayah ini juga telah membantu mewujudkan 714 perusahaan mikro, kecil dan sederhana serta mewujudkan lebih 1,085 peluang pekerjaan di Mersing. Ini merupakan sebahagian daripada matlamat ECERDC dalam memastikan agar rakyat turut menerima manfaat daripada pertumbuhan sektor pelancongan di Mersing.
ECERDC, Mersing, ECER,
 
Mersing Harbour Centre merupakan antara langkah strategik ECER menyokong pembangunan sosioekonomi dan pelancongan. Mersing turut dimartabatkan sebagai gerbang perlancongan ke Taman Laut Sultan Iskandar dan gugusan kepulauan berteraskan konsep ‘Hutan Hujan ke Terumbu Karang’ (Rainforest to Reef). Menggabungkan Taman Negara Endau-Rompin ke pantai, pulau dan terumbu karang di persisiran pantai Mersing yang berkelas dunia.
 

14 Thoughts to “Mersing Harbour Centre: Pusat Tarikan Pelancongan Dan Keusahawanan ECER”

  1. Bagus lah utk usahawan2 baru nak bertapak yee

  2. el

    daya tarikan baru di Johor
    cantiklah header ostad tu..

  3. wah.. Mersing Harbour Centre .. satu lagi pusat lokasi sehenti untuk para pelancong dari dlam dan luar..

  4. Menjadi salah satu kawasan tumpuan masyarakat setempat dan dari luar…alhamdulillah.

  5. Wahh ada tarikan terbaru dekat Johor!

  6. makin maju la mersing pasni

  7. Semoga istiqamah dan bukan hangat hangat tahi ayam. Buat sekejap sekejap tak nampak hasil

  8. lps ni bertambah terkenallah mersing selain ada pulau tioman

  9. Ramai nya orang yang datang

    Sesak

  10. Kawasan Mersing memang cantik dengan pantainya. Bagus juga ada Mersing Harbour ni

  11. salah satu tarikan baru.. mesti akan menjadi tumpuan para pelancong nanti..

  12. Wahh…. Terbaik lah Mersing. Last pergi tahun 2010 kalau tak silap. Dan LeYa proud to be Malaysian yang kaya dengan adat resam, usaha murni memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.

  13. Johor merupakan negeri selatan semenanjung. Potensinya sangat luas untuk dijadikan beberapa kawasan sebagai sektor pelancongan termasuk Mersing. Mersing Harbour Centre adalah contoh terbaik untuk membangunkan ekonomi penduduk tempatan.

  14. Kirim dalam kat Pak Malau 🙂

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.