Perlantikan Sebagai Editor Marketing In Asia Edisi Bahasa Melayu, Portfolio,

Alhamdulillah, antara aspirasi tahun 2020 adalah memperkasa kandungan digital berkaitan realiti pemasaran dalam bahasa Melayu untuk komuniti perniagaan. Perlantikan sebagai Editor majalah online Marketing In Asia edisi Bahasa Melayu merupakan salah satu amanah tahun ini.

Penglibatan menulis blog dan kandungan digital telah membuka pelbagai pendedahan realiti agar sentiasa menilai dan menambahbaik fokus dari masa ke semasa. Ia banyak membantu membina kredibiliti kerjaya kepada industri, membina subscriber dan prospek pasaran online.

Tahun ini membuka lagi peluang untuk terus memperkasa penglibatan melalui penulisan digital sebagai salah satu platform berkongsi perspektif, portfolio dan realiti industri era digital.

Perlantikan Editor MIA Edisi Bahasa Melayu

Marketing In Asia (MIA) merupakan majalah online berkaitan pemasaran yang mengetengahkan pelbagai perspektif melalui penglibatan kolumnis dan ‘contributor’ yang terlibat dalam kerjaya pemasaran, perhubungan awam dan seangkatannya dari seluruh Asia.

Pelancaran edisi Bahasa Melayu ini merupakan satu lagi inisiatif memperkasa kandungan digital dalam memanfaatkan potensi kepada sebahagian besar komuniti perniagaan di Malaysia, Brunei dan Singapura. Ia turut menjadi landasan rujukan bersama Bahasa Inggeris, Indonesia dan Tagalog untuk pelbagai sektor industri berkaitan pemasaran di Asia.

Artikel perlantikan: Marketing In Asia Appoints Khir Khalid As Editor For Bahasa Melayu.

Perlantikan sebagai editor Marketing In Asia edisi Bahasa Melayu

Kini kami juga membuka ruang kepada anda yang terlibat dalam kerjaya pemasaran, perhubungan awam dan seangkatannya untuk memperkasa prospektus, kredibiliti dan ‘career enhancement’ sebagai contributor Bahasa Melayu bersama kami di Marketinginasia.com.

Perlantikan Editor ini juga menjadi komitmen buat diri dalam menyokong potensi kerjaya kepada mereka yang terlibat melalui bakat penulisan sebagai portfolio yang menyumbang nilai tambah untuk rujukan pelbagai sektor industri.

Ia juga menjadi aspirasi menyatukan lebih ramai ‘practitioner & professional’ terkait pemasaran untuk pembangunan profesionalisme bersama yang lebih mampan.

Justeru sekiranya layak dan berminat, anda boleh hubungi saya melalui ruang ‘Hubungi’ web ini atau emel artikel ke khirkhalid@marketinginasia untuk info lanjut.

Rujukan Pemasaran Dalam Bahasa Melayu

Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa menyokong atas kepercayaan berterusan yang diberikan selama ini. Perlantikan ini juga menjadi ruang memperkasa rujukan kandungan digital berkaitan pemasaran disamping memartabatkan Bahasa Melayu.

In shaa Allah, banyak lagi input berkaitan pemasaran yang akan dilaksana melalui usahasama pelbagai pihak dalam memperkasa kerjaya, hubungan industri, juga sebagai memenuhi tuntutan fardu kifayah dalam pembangunan modal insan.

Kesempatan ini juga saya berharap masih belum terlambat untuk mengucapkan salam tahun baru buat subscriber dan pembaca seluruhnya. Moga tahun 2020 ini membawa keberkatan dan kejayaan berterusan buat kita semua… aamiin.

Baca lagi: Pengembangan Digital Dan Perubahan Trend 2020

12 Thoughts to “Perlantikan Editor Marketing In Asia Edisi Bahasa Melayu”

  1. Selain memperkasa Bahasa Melayu ianya juga memudahkan sesiapa sahaja untuk menguasai maklumat atau syarat-syarat yang perlu dimaklumi.Memaksimumkan kesilapan dan salahfaham serta melancarkan banyak sudut urusan dan pengurusan.
    Selamat tahun baru 2020 Tn.

    1. Selamat tahun baru PC. In shaa Allah, mudah2an ada manfaat utk rujukan pelbagai pihak dan membantu nilai tambah dlm pembangunan ekonomi ummah.. aamiin.

  2. Alhamdulillah sebagai pengantara maklumat penting tentang bisnis Asia tentunya bermanfaat kpd penggiatnya.

    1. In shaa Allah, moga memberi nilai tambah yg baik kpd seluruh pembaca.. aamiin.

  3. assalamualaikum
    pertama sekali nak minta maaf sebab lama tak jenguk sini… insya allah lepas ni saya akan kembali fokus pada blog sama seperti sebelum ni.
    seperkara lg, jangan LUPA TERJAH LINK ni ya!

    http://aniesandyou.blogspot.com/2020/01/terima-kasih-penghargaan-untuk-suku.html

    there’s something special for u!

    1. Waalaikumussalam.. terima kasih Anies. Wahh best ni ada special buat saya 🙂

  4. tahniah En Khir bertuah rasanya dapat kenal dengan orang – orang hebat satu negeri

    1. Terima kasih saudara Munir.. alhamdulillah, masih bnyk perlu dipelajari dan diperbaiki. Saya juga berbesar hati dpt kenal rakan2 serumpun dari seberang. Moga ukhwah sentiasa membawa kebaikan buat kita semua.. aamiin.

  5. tahniah saudara KK.. semakin lama semakin hebat meningkat naik..

    1. Terima kasih saudara Pha Is.. semua atas izinNya, alhamdulillah.

  6. Alhamdulillah. Tahniah atas perlantikan Editor Marketing in Asia edisi bahasa Melayu. Semoga lebih banyak manfaat diperolehi pembaca-pembaca yang bahasa rutin hariannya ialah Melayu.

    1. Alhamdulillah, terima kasih. Mudah2an dpt memberi manfaat utk pembangunan kerjaya dan ekonomi bersama semua, in shaa Allah.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.