Pengembangan digital dan perubahan trend 2020

Berdasarkan perkongsian seminar dan forum berkaitan pembangunan digital banyak menekankan, tahun 2020 adalah tahun transformasi pasaran. Ia disebabkan rantaian perubahan trend dan algoritma hasil pengembangan digital seluruh dunia.

Antara lain bermaksud, 2020 adalah tahun permulaan pengembangan digital dalam skala yang lebih besar, pantas dan meluas berbanding tahun-tahun sebelumnya. Pelbagai sektor industri akan menerima kesan cabaran pasaran dan persaingan industri.

Malah bukan itu sahaja, ia juga turut memberi impak kepada kita semua dalam kehidupan dan kepentingan gaya hidup, kerjaya, bisnes serta cara bermasyarakat.

Pengembangan digital dan perubahan trend 2020

Pengembangan Trend Digital 2020

Saya terpanggil berkongsi perkembangan asas yang patut kita ikuti sebagai pengetahuan juga persediaan dalam memanfaatkan potensi pengembangan digital dan perubahan trend 2020.

Secara asas ada 4 faktor pengaruh utama yang akan terus berkembang pesat;

1. Pemerkasaan Artificial Intelligence (A.I.)

Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence) dalam teknologi dunia telah berjaya memasuki fasa baru. Perkara ini telah pun disuarakan oleh Hanson Robotics, sebuah syarikat pembuatan dan pengeluar teknologi A.I. dengan kejayaan penciptaan robot Sophia pada 2015.

Bagi yang belum tahu, kalian boleh baca di sini > Sophia Hanson Robotics.

Sophia telah menjadi robot A.I pertama dinobat ‘innovation champion’ oleh UN, malah juga menjadi robot pertama dianugerahkan kerakyatan oleh kerajaan Arab Saudi.

Sehingga 2019, pengembangan A.I. telah melepasi peringkat penciptaan sistem robotik yang fleksible untuk digunapakai dalam pelbagai kepentingan. A.I. menjadi pemangkin utama Revolusi Industri 4.0 serta persaingan industri dalam pemerkasaan maklumat, pengurusan data, pembuatan dan pengeluaran di seluruh dunia.

2. Pengembangan Algoritma Enjin Carian

Teknologi maklumat juga berkembang hasil pemerkasaan A.I.. Ia dimanfaatkan oleh pembangun enjin carian, dan turut mempengaruhi jaringan sistem digital merangkumi pembangunan kandungan, pengurusan data sehinggalah aplikasi dan peranti.

Perubahan algoritma Google antara yang memberi kesan besar bermula 2020. Antara ditekankan adalah ciri-ciri SEO yang mengutamakan kandungan bersumberkan platform niche khusus, juga User Experience yang terkait kepakaran atau kemahiran tertentu.

Pembangun plugin juga menumpukan tuntutan A.I. antaranya dengan pengembangan sistem AMP dan pelbagai lagi. A.I. semakin bijak mendominasi tugasan pencarian maklumat dengan lebih sistematik, merangkumi Voice Search dan local SEO dalam trend algoritma sedunia.

3. Penyusunan Platform Dan Sales Funnel

Tahun 2020 juga merupakan turning point bagi pembangun saluran digital dunia. Peranan portal, laman web serta saluran media sosial mempunyai penyusunan konteks yang berbeza-beza.

Ia boleh dilihat dengan penambahan pengguna CMS WP yang meningkat daripada 28% kepada 34% pada tahun 2019. Ia juga membawa kepada peningkatan penggunaan Search Engine Marketing sebagai saluran pemasaran strategik.

Platform media sosial seperti Facebook pula mahukan penumpuan membina konteks dan konten pengguna bersifat kekeluargaan dan rakan terdekat. Twitter dan Instagram bersifat komuniti tertumpu, manakala LinkedIn bersifat pembangunan profesyen.

Setiap laman media sosial ada penumpuan dan penambahbaikan ‘standard community’. Perkongsian bersifat menyeluruh, targeted atau tujuan bisnes perlu dibayar untuk database, servis dan platform yang disediakan.

4. Pemantapan Prasarana Revolusi Industri 4.0

Komitmen negara memperuntukkan berjuta ringgit dalam memperkasa prasarana Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) juga adalah impak rantaian kemajuan digital di seluruh dunia.

Berdasarkan kenyataan KMM, sumbangan sektor eDagang kepada ekonomi Malaysia dijangka meningkat pada 2019 daripada RM115.5 billion atau 8% tahun sebelumnya. MDEC turut menyatakan, eDagang akan menjadi pendorong utama ekonomi digital negara menjelang 2020.

Malaysia juga akan terus memperkasa prasarana IR 4.0 dan pelbagai inisiatif baru kepada usahawan tempatan serta menarik lebih banyak pelaburan strategik peneraju industri global.

Secara tidak langsung, pengetahuan dan kemahiran digital menjadi syarat penting modal insan yang diperlukan dalam pasaran pekerjaan, juga bagi setiap pengusaha untuk meningkatkan produktiviti yang kos efektif dengan daya saing yang lebih mampan.

Pengembangan digital dan perubahan trend 2020

Kesimpulan

Apa yang dikongsikan adalah faktor utama yang menjadi sebahagian pengisian penting oleh peneraju dan pakar industri. Sama-samalah kita manfaatkan pengembangan digital dan perubahan trend ini untuk kerjaya, bisnes atau apa jua aspirasi yang dibangunkan.

Tahun 2020 juga menjadi gerbang untuk saya turut manfaatkan setiap platform di ruangan digital ini dalam menambahbaik pengisian kerjaya dan rujukan yang mampu memberi nilai tambah kepada sasaran pembaca.

Setiap platform dan saluran ada potensi untuk kita manfaatkan sebaiknya.

Baca lagi: Kelebihan Search Engine Marketing Untuk Pemasaran.

8 Thoughts to “Pengembangan Digital Dan Perubahan Trend 2020”

  1. semakin sukar untuk blogger rojak cari makan jika Google utama niche dan kepakaran
    mrhanafi recently posted…Cinta ikat mati depan tok kadiMy Profile

    1. Betul tuan.. blogger mmg lagi dulu pun perlu ada niche utk dpt rate atau lead yg baik dlm advertorial dan review sbb mereka kenal golongan pembaca mereka. Klu rojak, baik ikut format media online atau blog berita pun rate bagus juga. Klu tak dpt rate biasa atau undangan saja2 jelah.

  2. Lebih dalam dan luas penguasaan seseorang itu terhadap teknologi atau mengikuti perkembangan digital..lebih luas dan banyak peluang yang bakal diperolehi.

    1. Betul tu PC.. semakin berkembang teknologi, semakin juga berkembang peluang utk dimanfaatkan sebaiknya.

  3. teknoloji yang dikuasai menjadi kelebihan dalam pengembangan bisnis apa saja

    1. Betul kak PI.. malah bukan sahaja bisnes, tetapi utk kerjaya dan juga kehidupan sekarang ini.

  4. […] Baca lagi: Pengembangan Digital Dan Perubahan Trend 2020 […]

  5. […] adalah diharapkan agar Belanjawan 2020 dapat terus memperkukuh kemahiran modal insan usahawan dalam dominasi pasaran digital bagi menjana permintaan pelanggan dan meluaskan prospek pasaran tempatan dan […]

Leave a Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.