Assalamualaikum. Sepanjang terlibat dalam dunia online membina kerjaya dan kehidupan, memang banyak trial n error serta cabarannya. Ada masa kita perlu menilai semula langkah dan perkara yang telah dilakukan bagi memastikan tujuan asal menceburi bidang ini sentiasa dilandasan yang betul atau tidak.
Dunia online bersifat terbuka. Sesiapa pun bebas mencuba nasib, sama ada menjadikan ia ruang perkongsian, membina perhubungan, berkawan, sokongan kerjaya, berniaga mahupun menjana pendapatan secara part time atau full time. Tidak terkecuali mereka yang nak bina populariti, glamor.. and so on. Tak salah.. asalkan bukan nak jadi scammer dan seangkatannya.
Sesiapa pun boleh memanfaatkan landasan digital atas aspirasi masing-masing.
Begitulah, baru-baru ini saya berpeluang berdiskusi dengan beberapa pemain digital berpengalaman yang sekian lama berkecimpung dalam industri ini. Antara topik menarik adalah fenomena ‘promosi’ buat duit online, kelas bisnes online, digital dan seumpamanya. Budaya ini pernah subur tidak lama dulu. Ada yang claim buat banyak duit secara online, digital master dan pelbagai lagi gelaran sifu online. Namun kini masyarakat semakin bijak menilai.

Hindari Fake Reality Dunia Online
Ada yang genuine dan ada yang tidak. Melalui beberapa pengujahan diskusi, saya akui memang kita boleh nampak ada dikalangan individu yang mahu meraih pengaruh di media sosial atas tujuan itu. Realitinya, lebur duit dari sumber offline untuk online, tapi claim buat duit online. ROI pun amat kecil berbanding jumlah yang telah dilaburkan, malah ada yang kena topup dari sumber offline untuk mantain status bisnes digital yang tak berapa nak digital tu haha.
Lebih parah, ada yang offer kelas percuma, tapi lepas tu mengungkit dah bagi ilmu free. Kononnya hampa orang tidak hargai ilmu yang telah diberikan. Nak bagi tapi mengungkit.. jauh berbeza dengan mereka yang berjaya.. nak bagi free dia bagi.. bagi ikhlas.. full stop.
Itulah natijahnya.. belum mampu tapi nak acah bagi free. Bila agenda tak berhasil, anggap orang yang tak hargai dan ambil kesempatan sedut ilmu. Tak fikir pun mungkin cara penyampaian sendiri membosankan dan audiens tak convinced. Mungkin juga, tiada bukti apa yang disampaikan itu ‘proven’ pada diri si penyampai itu sendiri.
Pedih jika dengar statement macam ni.. tapi ada benarnya.
Kini lagi mudah.. ramai yang dah tahu buat semakan SSM atau Scrut keberadaan sesebuah syarikat itu. Malu jika mengaku digital master, pakar seo, sifu bisnes, mentor dan seumpamanya tapi bisnes sendiri pun tak boleh generate ribuan atau jutaan dari apa yang kita ajar.. lagilah bila audited statement SSM pun tak submit. Post kencang di media sosial tapi akaun syarikat tak terurus.. cukai pun tahap belum layak bayar.. adehh.
Pilih Platform Yang Betul Untuk Industri Yang Diceburi
Melalui pengamatan saya dalam penglibatan industri digital terutamanya sekitar 2016 hingga kini, memang ada kebenarannya. Jelas perbezaan usaha antara mereka yang benar-benar terlibat dalam industri digital, juga bisnes online, trading berbanding yang bisnes acah bagus di media sosial. Panjang kalau nak dihuraikan lagi.. apa pun, gunalah kebijaksanaan kita untuk berfikir dan menilai sendiri keberadaan ruangan digital yang ada kini.
Ini juga menjadi antara faktor berdasarkan proof rakan-rakan industri dan associates digital yang jauh lebih dominan disebalik menjayakan pelbagai ‘scene’ industri digital ini untuk saya tidak memilih fb profile sebagai platform sesuai dengan prospek lapangan kerjaya.
Apa pun, sekali lagi.. dunia online bersifat terbuka dan penuh dengan digital noise. Pilihlah platform yang betul dan sesuai dengan industri yang diceburi untuk manfaat kerjaya atau perniagaan kita.
Baca lagi – suggestion ini mungkin membantu memilih platform yang betul
> Membina Potensi Pasaran Melalui Media Sosial

A non stereotypical digitalpreneur in e-commerce and media relations industry, a content writer, a video creator and a motovlogger. > PROFILE