Review Pengguna Dan Impak Pasaran Digital – Pemasaran digital bukan lagi perkara yang asing hari ini. Rata-rata setiap peniaga dan pengusaha kini setidaknya pasti sudah ada landasan pilihan yang dirasakan sesuai dan berpotensi untuk menyokong aktiviti perniagaan agar ianya dapat mencapai kepada pengetahuan prospek dan pasaran. Selebihnya adalah idea dan kreativiti agar maklumat yang cuba disampaikan dapat memberi impak positif yang diharapkan.
Sama ada peniaga mikro, kecil dan sederhana sehinggalah perniagaan multinasional, pemasaran digital menjadi faktor untuk berkembang maju. Tidak kiralah apa jua kaedah, strategi dan cara yang dilaksanakan, cabaran asas adalah untuk membina establishment dan menjana pelanggan.
Kini sememangnya terdapat pelbagai platform yang tersedia dalam merealisasikan perkara tersebut. Website, e-commerce, social media malah marketplace seperti Shopee, Lazada, Carousel dan seumpamanya… you named it. Semua bergantung kepada kesesuaian prospek perniagaan.
Namun ia bukan sekadar setakat itu. Membina establishment pasaran dan menjana pelanggan adalah satu cabaran, tetapi cabaran yang lebih besar adalah mengekalkan reputasi pelanggan dan establishment pasaran dalam proses untuk berkembang dalam persaingan pasaran digital. Seiring kemajuan teknologi dan trend semasa, pelanggan juga semakin bijak, celik digital, malah lebih cakna terhadap perkembangan sesebuah industri dalam keberadaan digital hari ini.
Maka atas faktor tersebutlah saya terpanggil berkongsi perspektif pada artikel kali ini.
Review Pengguna Dan Impak Persaingan Digital
Baru-baru ini saya telah ke Pulau Pinang. Cuma kedatangan saya pada kali ini agak berbeza kerana inilah kali pertama saya sampai Penang dengan jentera beroda dua… memanfaatkan ruang kelapangan masa dengan izinNya, kembara dari Selangor ke Jitra, melawat sahabat di Sungai Petani dan seterusnya melencong ke Pulau Mutiara sebelum pulang ke Selangor.
Sempat berehat di Teluk Bahang sambil menikmati suasana pantai Laut Selat Melaka. Saya suka suasana Penang. Masa bekerja dulu pun beberapa kali ke sini, tapi kali ini sekadar meronda disamping mengabadikan jurnal motovlog di channel picisan The 2Wheeler.
Secara tidak langsung ia satu peluang yang dapat saya manfaatkan dalam mempraktik dan melatih secebis ilmu video editing yang dipelajari bersama aspirasi kembara bermotor agar minat, inspirasi dan perkembangan teknikal dapat dipraktikkan seiring, insyaaAllah.
Aspirasi pengeditan video ini ada saya kongsikan pada artikel sebelum ini bertajuk: Memanusiawi Digital: Gerak Kerja Industri Dan Aspirasi Peribadi.

Maka berbalik kepada topik, begitu jugalah cabaran pemasaran digital hari ini. Perkembangan trend yang berkembang pantas juga harus sentiasa diberi perhatian dalam perlaksanaan industri agar idea dan kreativiti sentiasa releven dan diterima oleh kluster yang disasarkan.
Jika diteliti dari aspek pemasaran digital, elemen-elemen kandungan seperti content writing, copywriting, story marketing merangkumi penulisan, video dan infografik kini bukan sekadar promosi dan iklan tetapi penceritaan yang mampu ‘trigger’ selera pasaran dan emosi pelanggan serta kesetiaan pengguna. Saya jelaskan lagi…
Di sini saya berkesempatan melihat sendiri cabaran pengusaha chalet seperti yang diperkatakan ramai rakan industri.. cerita bisnes, aplikasi digital dan review pengguna. Selain impak krisis pandemik yang dihadapi oleh ramai pengusaha sejak ia melanda, kini umpama harapan baru. Digital marketplace telah memberi sinar untuk mendekati pool of prospects bagi menjana pelanggan baru, membina data base dan pelanggan setia.
Aplikasi tempahan seperti Booking.com, Agoda dan seangkatannya menjadi landasan pengusaha untuk bernafas dan bersaing. Namun persaingan sebenar bukanlah di halaman digital marketplace tersebut, bukan juga di media sosial dengan copywriting atau video-video yang superb untuk menarik hati pelanggan. Ia penting tetapi yang lagi penting adalah apabila setibanya pelanggan secara fizikal untuk menginap. Ulasan yang akan mereka berikan sesudah itu adalah faktor pengukur realiti perniagaan.
Itulah antara faktor utama yang sentiasa menjadi kerisauan pengusaha… review pengguna!

Maka bagi sebahagian besar perniagaan kini, terbuktilah bahawa pemasaran digital itu membantu, tetapi elemen pemasaran fizikal seperti kualiti perkhidmatan, persekitaran premis, komunikasi perniagaan dan pelanggan, tahap kepuasan pelanggan dan pasca jualan juga satu perkara yang sangat penting. Ia bakal menjadi aset atau liabiliti jangka panjang reputasi digital perniagaan.
Ini kerana pelanggan tidak dibayar malah merekalah yang membayar. Pelanggan memilih atas ketertarikan mereka berdasarkan pelbagai faktor seperti harga, promosi, iklan dan gambaran yang bertepatan jangkaan. Bila sudah memilih, selebihnya adalah pengalaman yang mereka lalui.
Begitu jugalah ia terpakai bagi sebilangan besar perniagaan dan industri. Sama ada berniaga online kecil-kecilan, sederhana atau besar… pemasaran fizikal masih perlu diambil peduli kerana ia melibatkan emosi sebenar pelanggan dan pengguna yang boleh memberi kesan kepada prospek perniagaan di masa hadapan.
Jika khidmat bagus, produk bagus, makan sedap, layanan selesa… ini bakal memberi hasil yang lebih utuh di platform seperti Google Profile, Aplikasi Marketplace atau di platform digital pelanggan sendiri seperti website mahu pun media sosial. Begitu juga sebaliknya, ia bakal menjadi liabiliti jangka panjang sesebuah perniagaan dalam norma digital kini.
Umpama kata pengusaha, pelanggan kini celik digital. Apabila mereka booking atau membeli online, mereka juga bersedia berkongsi pengalaman dan penilaian untuk dikongsikan kepada bakal pelanggan lain. Jika sekadar strategi pemasaran digital yang first class, tetapi khidmat fizikal tidak.. maka bersiaplah jika ia bakal dicatatkan untuk rujukan ramai.
Review Pengguna seperti star dan ratings menjadi rujukan lebih 50 peratus bakal pelanggan hari ini. Ia memberi pengaruh dan impak yang amat besar dalam rujukan pasaran sebelum prospek membeli. Word of mouth counts…
Featured Image: Photo by Pixabay.
Baca lagi: 3 Asas Mengurus Integrasi Pemasaran Digital

A non stereotypical digitalpreneur in e-commerce and media relations industry, a content writer, a video creator and a motovlogger. > PROFILE
Wah berjalanjalan santai pun masih berkira-kira tentang pemasaran secara maya yg memanfaatkan pengguna dan pemberi khidmat pelancongan
[…] dan rujukan jual beli antara bakal pelanggan, para reviewer dan Online Seller. Begitu juga Review Pengguna dalam beberapa platform rujukan digital yang terkait dengan good will organisasi, Marketplace dan […]