5 sebab kenapa review pelanggan penting

Assalamualaikum. Hai.. bisnes anda dah ada review pelanggan tak?

Review pelanggan atau ulasan atas talian daripada pelanggan bisnes anda atau pengguna, telah menjadi satu dimensi persaingan yang baru dalam pemasaran digital hari ini. Ia telah menggantikan budaya tradisional ‘word of mouth’ dengan maklum balas pengguna secara online dan ianya mampu mempengaruhi prospek dan bakal pelanggan baru terhadap kredibiliti produk, servis atau pun bisnes.

Tertarik untuk saya berkongsi sedikit pengalaman sepanjang penglibatan bersama rakan industri digital. Antara perkara yang semakin menjadi perhatian pengusaha dan pemain industri kini adalah kredibiliti suara pelanggan atau suara pengguna.

Kesedaran tentang betapa pentingnya suara pengguna kini semakin meningkat drastik!

Ini disebabkan, ia dilihat telah menjadi salah satu elemen pemasaran penting yang mampu memberi pengaruh besar dalam melonjakkan kredibiliti dan potensi sesebuah perniagaan secara sangat praktikal, telus dan kos efektif. Namun.. ia juga mampu merencatkan rencana dan kredibiliti sesebuah perniagaan.

5 Sebab Review Pelanggan Penting

5 Sebab Review Pelanggan Penting

Pasti ada sebahagian anda yang sudah menjadikan testimoni pelanggan sebagai salah satu kekuatan pemasaran.. alhamdulillah teruskan. Kini semakin ramai para pengusaha dan organisasi perniagaan semakin bertambah giat mengumpulkan ulasan pelanggan. Semua mahukan respon tentang tahap kebagusan produk atau servis yang disediakan, mendapatkan respon telus pengalaman pelanggan, malah sentiasa membalas maklum balas pelanggan sebagai penghargaan kepada mereka.

Justeru, kenapa review pelanggan ini sangat penting?

1. Kredibiliti Perniagaan Dan Reputasi Sosial

Ini perkara paling asas perlu tahu. Sememangnya ramai dikalangan pelanggan, malah masyarakat hari ini pun lebih tertarik dan berminat untuk mengetahui apa yang orang lain katakan terlebih dahulu tentang sesuatu perkara itu, sebelum mereka membuat keputusan untuk membeli, berlanggan atau pun menjadi peserta. Ini sudah menjadi trending gaya hidup hari ini.

Tak kiralah sebagus mana copywriting atau storytelling yang anda buat di mana-mana platform digital atau sales funnel perniagaan, melantik duta, selebriti atau influencer, atau sekreatif mana pun iklan yang diciptakan dan sebagainya… pada akhirnya, review pelanggan tetap memberi implikasi besar melalui ulasan telus berdasarkan pengalaman sebagai pengguna yang sebenar.

Semakin ramai prospek dan bakal pelanggan kini akan melakukan semakan dengan hanya beberapa klik dan ia mampu mengubah persepsi mereka ke arah yang lebih positif atau sebaliknya. Secara tidak langsung, ia menjadi salah satu elemen pengkalan data pelanggan yang sangat penting dalam hubungan langsung kepada pasaran.

2. Menarik Perhatian Pasaran

Perkara kedua.. apabila sesebuah perniagaan telah mendapat ulasan online daripada pelanggan, ia pasti akan berjangkit.. ia akan menggalakkan lagi pelanggan-pelanggan baharu untuk turut sama menyertakan maklum balas mereka dan ini akan terus berlaku dari masa ke semasa. Perkara ini pernah saya kongsikan pada satu artikel terdahulu bertajuk Review Pengguna Dan Impak Pasaran Digital, dimana ia turut menjadi cabaran dan kebimbangan kepada pengusaha masa kini.

Sama ada ulasan di Google Reviews, Platform e-dagang di Marketplace, laman web atau media sosial, beberapa ulasan positif mampu memberi insentif dalam menarik minat dan keyakinan kepada bakal pelanggan baharu dan prospek yang lain. Kompilasi ulasan ini menjadi penguat yang menarik pasaran sebagai rekomendasi tulen.

3. Pelanggan Menjadi Agen Pemasaran Tidak Langsung

Review pelanggan melalui ulasan yang positif mempunyai nilai reputasi yang amat tinggi. Seperti penjelasan 1 dan 2, ia mampu menawarkan faedah yang tidak dapat dilakukan oleh kempen pemasaran biasa. Pelanggan kini gemar memberi ulasan atas pengalaman mereka secara sukarela atas dasar tanggungjawab.

Ringkasnya, ia adalah rekomendasi dari pengguna sebenar di pasaran berdasarkan pengalaman pelanggan sebagai pihak bebas, iaitu pelanggan dan pengguna yang tidak dibayar untuk menyuarakan pendapat mereka. Ulasan ini sudah semakin menjadi trend ‘suara pengguna’ dan akan terus berperanan dalam memberikan imej positif yang berterusan. Ulasan yang positif.. pelanggan yang happy, mampu mendorong meningkatkan kepercayaan pasaran untuk jangka pendek dan panjang.

4. Menjana Pelanggan Setia

Berdasarkan perkembangan trend gaya hidup digital masa kini juga, kebanyakkan pengguna akan sanggup meluangkan masa, malah rajin untuk meninggalkan ulasan dalam talian tentang pengalaman mereka terhadap produk atau servis yang mereka langgan tanpa perlu dipaksa.

Ini juga antara pengaruh yang terhasil daripada trend memanusiawi digital dikalangan masyarakat sebagai pelanggan dan pengguna. Galakan positif melalui review pelanggan yang berpuas hati ini sebenarnya juga amat membantu sesebuah perniagaan dalam membina kekuatan hubungan pelanggan dan menyokong kekuatan zero cost marketing.

Ia membolehkan pelanggan dan pengguna merasai yang mereka mempunyai suara penting dalam menyokong sesebuah perniagaan melalui maklumbalas yang membina. Ini juga membuktikan yang mereka dapat membantu sesebuah perniagaan dalam menambahbaik potensi pasaran. Kebebasan bersuara cara ini juga telah terbukti di pasaran, mampu mengubah pelanggan yang berpuas hati kepada pelanggan atau pengguna setia (loyal customer / consumer).

5. Memperkukuh Ranking Carian Tempatan

Berdasarkan pengalaman ramai dikalangan peneraju industri, review pelanggan juga menjadi elemen penting dalam memperkukuh ranking ‘local search’ di enjin carian. Ia membantu sesebuah perniagaan itu untuk mendapat kedudukan yang baik di enjin carian mahu pun algoritma di media sosial, walaupun tidak membelanjakan bajet pemasaran atau iklan online yang besar.

Bagi perniagaan fizikal yang sudah mempunyai kekuatan pelanggan setia sedia ada, review pelanggan ini sebenarnya mempunyai kelebihan yang sangat besar jika ianya dapat diintegrasikan kewujudannya di platform digital (digital presence). Menurut Search Engine Journal – SEJ, “sesebuah perniagaan dengan ulasan yang aktif pada sesuatu kata kunci dan/atau nama bandar, didapati mempunyai kedudukan lebih tinggi untuk carian tempatan di Google Business Profile.

Memperkasa Khidmat Pelanggan

Apa pun, ulasan pelanggan secara online ini akan terus menjadi sebahagian elemen penting dalam pasaran digital. Semakin lama anda tidak ambil kisah untuk mengambil kira perkara ini dan tidak menggalakkan pelanggan anda untuk terlibat membantu, semakin anda akan rugi dalam meneroka potensi pasaran dengan lebih baik.

Tambahan lagi, apabila pesaing anda menggalakkan ulasan kepada pelanggan setia mereka, disamping sentiasa menambahbaik engagement serta mutu khidmat pelanggan secara fizikal dan online… ia mampu menggugat penglibatan anda di pasaran yang sama.

Sentiasa menambahbaik khidmat pelanggan menjadi asas penting dalam menggalakkan ulasan positif. Selain itu, menganalisa ulasan yang ditinggalkan oleh pelanggan juga amat membantu syarikat dalam memahami tahap kepuasan pelanggan secara keseluruhan, kerana ia adalah maklum balas tentang perkara yang benar-benar pelanggan mahukan dalam niche pasaran anda.

Baca lagi > Integrasi Pemasaran Digital Era IoT

Subscribe Newsletter untuk artikel terkini.

2 Thoughts to “5 Sebab Kenapa Review Pelanggan Sangat Penting”

  1. Marzuki Rmn

    So far memang jaga review customer ni. Mmg penting, especially klu di google review tu utk customer baru.. sambil cari sambil tngok review. Tkasih atas perkongsian tuan

  2. Yusuf Chan

    Bisnes skrg terbuka pada apa jua pndangan pelanggan. tu yg kami risau.. so servis kena slalu tambahbaik, customer kena jaga biar ckp yg baik2. Thanks tuan

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.