Keperibadian Rasullullah - Masjid An Nabawi, Madinah

Assalamualaikum. Ketinggian budi Rasulullah ﷺ dari perspektif Baginda sebagai seorang ahli perniagaan dan peneraju ekonomi memang tidak boleh disangkal.

Sekiranya kita mengkaji berdasarkan sejarah sebelum kemunculan Islam di Tanah Arab ada mencatatkan tentang nilai akhlak yang dipamerkan oleh Rasulullah ﷺ semenjak mengikut bapa saudaranya Abu Talib berdagang. Ini turut diperakui oleh ramai orang pada zamannya melalui pelbagai sumber rujukan yang sahih.

Artikel ini adalah salah satu artikel yang pernah diterbitkan pada 2014 dan telah dikemaskini semula agar ia dapat terus releven di carian internet buat pembaca.

Keperibadian Rasulullah ﷺ

Keperibadian Rasulullah ﷺ sebagai ahli perniagaan dan peneraju ekonomi sepatutnya menjadi contoh yang sewajarnya diketengahkan kepada masyarakat hari ini.

Ia patut diterapkan dalam budaya perniagaan, pengukuhan ekonomi dan tanggungjawab sosio komuniti serta keluarga sebagai ibadah. Prinsip asas perniagaan dari Rasulullah ﷺ yang bertunjangkan wahyu, merupakan dasar utama perlaksanaan muamalah dan ekonomi yang sejajar dengan tuntutan Islam.

Sesungguhnya Al Quran ada membicarakan tentang etika dan prinsip muamalat yang wajib diamalkan. Pengharaman riba’ dalam sistem kewangan termasuk jual beli yang mempunyai unsur keraguan atau “gharar” dan elemen perjudian yang sama sekali dilarang baginda.

Justeru, berlandaskan wahyu, telah diberi peringatan oleh Allah swt berkenaan riba’ serta aktiviti yang berkaitan dengan pengurusan kewangan dan jual beli ini.

Surah Al Baqarah, ayat 275-276 ada menyatakan yang bermaksud; 

“Orang-orang yang makan (mengambil) riba’ tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba’, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba’. Orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti dari (mengambil riba’), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan) dan urusannya terserah kepada Allah. Orang yang kembali (mengambil riba’), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka, mereka kekal didalamnya. Allah telah memusnahkan riba’ dan menyuburkan sedekah. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran, dan selalu berbuat dosa.”

Rasulullah saw

Prinsip Dan Etika Dalam Perniagaan

Pelbagai isu berkaitan ekonomi, kewangan dan perniagaan dikendalikan oleh Baginda dengan penuh berhemah. Baginda sentiasa menitikberatkan ketulusan. Ini dijelaskan menerusi hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar, sabdanya; “Apabila engkau jual beli hendaklah engkau berkata: tidak ada tipu daya”. (Muttafaqun ‘Alaihi [bersetuju atasnya] Riwayat Bukhari & Muslim).

Rasulullah ﷺ juga memiliki prinsip ahli perniagaan yang strategis. Baginda mampu mengalahkan persaingan dari peniaga Yahudi, Nasrani serta Arab jahiliah dengan hanya menjaga tertib perniagaan tanpa sebarang penindasan dalam urusniaga sejajar dengan wahyu yang digariskan dalam Islam. Atas prinsip inilah, ekonomi Islam berkembang dan membentuk ketamadunan dunia Islam.

Namun, biar pun Baginda merupakan seorang saudagar mahu pun ahli ekonomi yang hebat, Baginda tidak pernah menjadikannya sebagai alasan untuk bermegah-megah. Hasil dari perniagaan digunakan hanya untuk Islam dan tanggungjawab dalam perjuangan menegakkan Ad-Dinnul Lillah (agama Allah).

Usaha Dunia Untuk Akhirat

Berdasarkan keperibadian Baginda ini memberi pesanan kepada kita bahawa usaha diatas landasan dan prinsip Islam menjadi jalan yang memberati timbangan amal di akhirat kelak.

Apa yang penting sebagai seorang mukmin, usahakanlah sesuatu perkara dengan tekun dan ikhtiar semampunya berserta doa dan tawakal kepada Allah SWT. Berusaha selagi mampu, janganlah kita berminta-minta kerana kelak kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amanah hidup yang diberikan.

Sunnah itu ada dalam setiap pekerjaan. Kita berjuang di jalan Allah, untuk kehidupan yang diredai, membina keluarga beriman dan berusaha maju selaras perkembangan zaman agar Islam sentiasa terbela. Usaha di dunia sebagai persediaan akhirat. Zuhud bukan bererti membiar diri menjadi miskin, tetapi berusaha sedayanya namun tidak leka dan terpedaya untuk kesenangan dunia.

Bayangkan andai Rasulullah ﷺ ada bersama kita hari ini. Bagaimanakah jika baginda melihat amalan kita? Kita inginkan syurga dan syafaat baginda tetapi sejauh manakah kita berusaha untuk mengikuti sunnah baginda?

Buku 100 Amalan Nabi Dalam Sehari hasil karya Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman hadir membawa kita kembali kepada sunnah Rasulullah ﷺ sebagai panduan hidup. Dengan bahasa yang mudah difahami dan pendekatan yang praktikal, buku ini membawa kita menelusuri satu demi satu amalan harian Nabi ﷺ agar kita dapat mulakan hari dengan sunnah, dan mengakhirinya dengan keberkatan. 

Dapatkan di sini > 100 Amalan Nabi Dalam Sehari

Justeru, perniagaan itu adalah kerjaya yang terpuji dalam islam. Berusaha untuk menjadi peniaga yang beretika, jujur dan amanah serta sentiasa berusaha menghidupkan sunnah Baginda. Aktiviti perniagaan menjadi ibadah mengatasi tujuan keuntungan wang ringgit semata-mata adalah salah satu sifat keperibadian Rasulullah ﷺ.

Bagi mereka yang berniaga, sesungguhnya mempunyai peluang yang sangat besar untuk beroleh darjat yang tinggi di sisi Allah s.w.t. Ini adalah berdasarkan sabda Rasulullah ﷺ yang diriwayatkan oleh At Tirmizi yang bermaksud; “Para peniaga yang benar lagi beramanah digolongkan bersama para nabi, para siddiqin dan syuhada.”

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah ﷺ, kaum keluarga, sahabat-sahabat serta para pengikut sahabatnya dari masa ke semasa hinggalah hari kiamat.

Baca lagi > Pameran Artifak Asli Rasulullah SAW Dan Para Sahabat

43 Thoughts to “Keperibadian Rasulullah SAW Sebagai Peneraju Ekonomi”

  1. Mizz Aiza (Dunia Kecil)

    salam maulidur rasul 1435H khir.. selawat ke atas rasulullah saw.. sangat bermanfaat perkongsian ini.. jika kita menjadikan rasulullah saw sebagai role model pasti tiada unsur riba dan penipuan di dalam perniagaaan pada masa kini.. nak isi tabung, tapi semua tidur pula..

  2. BM

    Salam Maulidur Rasul. Tiada contoh yang lebih baik selain dari Rasulullah SAW. Beliaulah terbaik dalam apa jua bidang dan perlakuan. Selawat buat baginda…

  3. * OZIE MAHSA

    Susah nak cari peniaga yg jujur…. Kebanyakannya nak cari keuntungan lebih dan bukan berniaga kerana Allah. Sbb tu kadang barang tak setanding rupa dan rasa…heee…. Salam Maulidurrasul K.K…..

  4. ain diyana

    brp ramai je yg btul2 follow sunnah Rasulullah dalam berniaga.. mmg btul.. Rasulullah saw teladan yg baik.. Salam Maulidurasul.. 🙂

  5. memmet lenggeng

    Orang islam kena contohi Rasulullah dalam bidang perniagaan

  6. acik idah

    Berniaga jer pun dah dapat pahala… kerana berniaga tu adalah salah satu dari sunnah nabi…
    tapi berniaga tu biar lah dengan jujur agar dapat mengumpul pahala dengan lebih banyak selain dari mengumpul kekayaan duniawi… 😀

  7. Kucing Hitam

    salam maulidur rasul abg khir

  8. ikhwan yusuff

    perkongsian yang baik……terima kasih En.khir…

  9. Cheq Eem

    t.kasih khir perkongsian yang bermanfaat dan padat…. rasulullah memang contoh yang terbaik… insya-allah saya cuba mengamalkan apa yang dilakukan oleh baginda… dan berniaga itu memang seronok.. sebab lebih kerap mengucapkan syukur dan mendekati-Nya…

    salam maulidurrasul…. 🙂

  10. atien zuraidah

    betul tu khir..nice sharing,apa yg rasulullah lakukan adalah sunnah..9/10 punca rezeki datangnya dari perniagaan.Tapi janganlah mengambil keuntungan yg berlebihan kerana ia boleh menjadi riba'tak berkat tu.

  11. Yumida Huda

    salam maulidur rasul saudara khir
    kisah yg menarik dikongsi ketika ini..moga cara rasulullah berniaga kita jadikan sebagai pedoman

  12. Norhasniza Khalid

    Baginda Rasulullah s.a.w memang ternyata tiada tolok bandingannya…

  13. rasulullah usahawan terulung 🙂

  14. Thanks for sharing. Salam Maulidurrasul 1435H.

  15. Huny eda

    berniaga adalah sunnah rasullah..selain itu ia ibarat hasil titik peluh kita sendiri..salam maulidur rasul khir..semoga kita sentiasa mengikuti sunnah rasullah tanda kita menyayanginya..

  16. Mizz Aiza (Dunia Kecil)

    selawat ke atas baginda rasulullah saw.. menabung 4 kali taylor..

  17. Akeyla Azmi

    subhanallah <3
    selawat!!!!
    😀
    thanks cik khirrrr 😀

  18. bagus jugak perkongsian ini khir 🙂 supaya dapat buka mata orang dan mencontohi perilaku Rasulullah SAW

  19. Mohd Selim Zainal

    Assalammualaikum…khir,

    memang rasullulah ada ikutan kita dalam berniaga.. rasullulah saw adalah usahawan paling berjaya dizaman jahiliyah.. jujur dan amanah dalam berniaga suatu sikap yg harus kita contohi…

    mselim3

  20. salam maulidur rasul 🙂 alangkah baiknya kalau masih ada Rasulullah 🙁

  21. jika semua peniaga mencontohi sikap Rasulullah s.a.w dlm berniaga pasti tiada kes2 riba', penipuan, pecah amanah dan sebagainya..

  22. Selamat Menyambut Hari Keputeraan Baginda Rasulullah SAW, Khir

    diharapkan sunnah, ajaran, hadis baginda dapat digunakan untuk membangunkan tamadun Islam kita pada masa kini, insya Allah

  23. baginda mempunyai peribadi yang unggul dan boleh di jadikan tauladan yang sangat baik

  24. Raudzah Z

    Rasulullah S.A.W adalah contoh terbaik untuk kita semua. Salam Maulidul Rasul Khir!!!!

  25. Siara Elina

    salam maulidur rasul. saya suka perkongsian nie. sangat2 bermanfaat =)

  26. Nur Syuhada

    salam maulidur rasul juga…

  27. Salam Maulidur Rasul Khir…
    Selawat & salam atas Baginda…sesungguhnya Rasulullah adalah contoh terbaik, untuk seklian umat,…..sepanjang zaman. T.kasih atas perkongsian.

  28. Hebatnya Rasulullah..
    Salam Maulidur Rasul, bro Khir. Selawat dan salam buat Rasulullah S.A.W :]

  29. assalamualaikum dan salam maulidul rasul bro khir.. terima kasih ats pkongsian 🙂

  30. Anonymous

    salam maulidur rasul buat khir sekeluarga..

  31. Kucing Hitam

    salam maulidur rasul jgn lupa berselawat yer

  32. salam Maulidur Rasul 1435H khir.. selawat keatas junjungan Nabi Muhammad SAW.. 🙂

  33. perkongsian yang menarik Khir..insyallah kalau kita ikut sunnahnya insyallah kita akan berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi…

    Regards,
    -Strider-

  34. satu lagi ilmu yg sangat berguna untuk dneo 🙂 thanks uncle 🙂 salam maulidur rasul juga buat uncle kgir dan keluarga 🙂

  35. Nurul Hidayah

    Rasulullah sebaik-baiknya teladan

  36. Rasullah adlh model yg terbaik itk kita cnthi…

  37. 9 daripada 10 punca rezeki adalah datangnya daripada perniagaan.

  38. Wan

    Kalau tuan berjual beli,
    Biar teliti timbang taranya.
    Yang dicari itu rezeki,
    Yang dihindar itu dosa.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.