Menghayati khazanah peninggalan Baginda Rasulullah S.A.W dan para sahabat R.A merupakan satu pengalaman berharga buat diri ini apabila berpeluang berkunjung ke Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor.
Pameran ini dibuka untuk kunjungan ramai bermula pada 10 Julai hingga 23 Ogos 2017. Ia dibuka setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 10 malam. Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A di Masjid Negeri Selangor diadakan atas usahasama Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Agama Islam Negeri Selangor, Lembaga Muzium Negeri Selangor dan Dragon Heart Sdn. Bhd.
Alhamdulillah, diberi peluang dengan izinNya menyaksikan pelbagai artifak peninggalan Rasulullah S.A.W dan para sahabat R.A yang dipamerkan. Meneliti setiap artifak, menghayati khazanah peninggalan Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A bersama kehebatan ketamadunan sains penciptaan Jam Matahari, kehalusan seni tenunan Kiswah, ketelitian pembuatan Kunci Kaabah hinggalah penghasilan Al-Quran Emas yang dicipta dengan penghayatan dan kehalusan senicipta.
Justeru, saya abadikan beberapa gambar sekitar pameran kepada sahabat pembaca sekelian.
Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W Dan Para Sahabat R.A.
Jam Matahari Mesir Kuno
Pedang Rampasan Perang Saidina Hamzah R.A
Kunci Pintu Kaabah lama
Kain Kiswah dalam Kaabah
Kunci Pintu Kaabah baharu
Cebisan Batu Kaabah
Antara Cop Mohor Rasulullah S.A.W
Kunci Makam Ashabul Kahfi
Batu tertera ayat Quran dari Masjid Kubaa
Terdapat sebanyak 25 artifak asli termasuk rambut, janggut, darah bekam, serban, penutup makam, tapak kaki, tanah makam, cop mohor, tongkat, panah dan capal Rasulullah S.A.W.
Turut dipamerkan pedang-pedang rampasan perang Saidina Hamzah R.A, Khalid Ibni Al Walid dan Mu’adz bin Jabal. Selain itu, terdapat juga Kiswah Pintu dan dalam Kaabah, Kunci Kaabah, Al-Quran Emas Kerajaan Uthmani, Batu Tertera Ayat Al-Quran dari Masjid Kubaa serta pelbagai lagi.
Terkesan dalam jiwa ini bila melihat artifak-artifak peninggalan Baginda Rasulullah S.A.W yang masih terpelihara. Mengamati janggut, rambut dan Penutup Makam Baginda membuatkan diri terasa sayu, Serban dan Panah Baginda menarik perhatian membayangkan kehebatan keperibadian Baginda S.A.W.
Paling menarik perhatian bila melihat Darah Bekam Rasulullah S.A.W yang masih kelihatan segar walaupun melangkau usia 1400 tahun… subhanallah.
Serban Rasulullah S.A.W
Helaian Janggut Rasulullah S.A.W.
Helaian Rambut Rasulullah S.A.W.
Darah Bekam Rasulullah S.A.W.
Tanah Makam Rasulullah S.A.W.
Kunci Makam Rasulullah S.A.W.
Kain Penutup Makam Rasulullah S.A.W.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Baginda Rasulullah S.A.W, kaum keluarga serta para sahabat R.A. Sebelum ini hanya pernah melihat replika tempat tinggal dan beberapa peninggalan Rasulullah S.A.W di Kompleks Taman Seni Islam. Kali ini apa yang dipamerkan di Masjid Negeri Selangor ini adalah artifak asli untuk tatapan semua yang berkunjung ke sini.
Busur (Panah) Rasulullah S.A.W.
Bekas Tapak Kaki Rasulullah S.A.W.
Capal Rasulullah S.A.W.
Al Quran Bertatah Emas
Pedang Rampasan Perang Khalid Ibn Al-Walid R.A.
Pedang Rampasan Perang Mu’adz Ibn Jabbar R.A.
Tamadun Islam Mendahului Zaman
Terdapat pelbagai lagi artifak yang melambangkan kehalusan seni budaya dan keagungan ketamadunan Islam turut dipamerkan. Saya juga berasa bertuah kerana dihari yang sama berpeluang mengikuti lawatan DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah yang berkunjung ke Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A ini.
Sememangnya ia satu pengalaman berharga melihat dengan lebih dekat khazanah peninggalan Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A. Pameran yang patut dikunjungi seisi keluarga mahu pun lawatan sambil belajar sekolah demi menghayati rasa cinta kepada Rasulullah S.A.W, disamping menghargai kehalusan seni budaya dan inspirasi perjuangan kegemilangan ketamadunan Islam.
Lawatan YTDM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah
Sekalung tahniah kepada pihak penganjur atas pameran yang bernilai ini juga penghargaan terima kasih kepada Denaihati Network atas peluang yang diberikan. Mudah-mudahan menjadi inspirasi yang bermanfaat buat semua untuk kebaikan di dunia dan akhirat, in shaa Allah.
Bersempena pameran, pihak penganjur turut menyediakan hadiah cabutan bertuah. Pengunjung ke-1000 akan menerima sehelai t-shirt dan pengunjung ke 10,000 akan mendapat sehelai t-shirt dan 1 Al-Quran Digital. Manakala pengunjung ke-100,000 pula akan menerima sehelai t-shirt, 1 Al-Quran Digital dan Pakej Umrah untuk seorang. Mana tahu anda salah seorang pengunjung yang terpilih.
Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A.
Tarikh: 10 Julai – 9 Ogos 2017.
Masa: 9.00 pagi – 10 malam.
Lokasi: Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri Selangor, Shah Alam).
Harga Tiket:
* Dewasa: RM20.00 seorang.
* Pelajar: RM10.00 seorang
* Warga Emas: RM10.00 seorang
* OKU: RM10.00 seorang
* Kanak-kanak 6 tahun ke atas: RM10.00 seorang
* Kanak-kanak bawah 6 tahun: Percuma
Tiket boleh diperolehi di pintu masuk, tapi bagi mengelakkan beratur panjang dan memudahkan, adalah disarankan membeli tiket secara online di www.tamadunislam.com.
assalamualaikum..lama tidak menyinggah..entry yang cukup menarik. terima kasih atas informasi. insyallah boleh bawak my tenit ke sana. menyusuri sirah rasullah saw.
Selawat dan salam k atas Baginda Rasulullah S.A.W yang dirindui. Bertuah siapa yang dapat ke sana dan melihat sendiri artifak yang dipamerkan. InsyaAllah sementara sempat ni, saya pun nak ke sana.. 🙂
tengok gambar pon dah kagum, apatah lagi kalau tengok depan. memang bertuah sangat. Nanti nak ajak Islam pergi tengok la. terima kasih share 🙂
Memang bercadang utk ke sini. Tertarik untuk tgk lebih dekat artifak peninggalan Rasulullah s.a.w.
Subhaallah..tiggalan Rasullullah n sejarah taadun Islam yg tidak ternilai harganya wajar ambil peluang pameran ini
wahh kena plan nak pergi sini nanti. thanks for sharing KK
Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan
Ya Allah…sayu rasa…apa yang ditinggalkan dijaga..dilihat..diingati..terima kasih perkongsian ini..moga selawat keatas Baginda sentiasa subur.
setuju bro, baca dan tgk gambar di entri ni pun dah rasa sayu..insyaAllah akan turut berkunjung ke pameran ini juga nanti,
terima kasih infonya
sgt2 bermakna nie..
Cn pun br berkesempatan pegi ptg td.Rasa terharu sbb dpt cium kain penutup makam baginda yg wangi sangat. Salah seorang volunteer kt situ ex-student CN.
assalamualaikum..lama tidak menyinggah..entry yang cukup menarik. terima kasih atas informasi. insyallah boleh bawak my tenit ke sana. menyusuri sirah rasullah saw.
Dah dekat sangat dengan tempat miza. InsyAllah sedang mencari masa untuk singgah
pameran begini akan mengukuhkan rasa cinta kita kepada Rasulullah SAW..
siapa yang berpeluang tu..wajib pergi
Masih belum berkesempatan untuk melihat khazanah ini
Terpegum saya melihat aktifak peninggalan Nabi Junjungan Kita Rasulullah SAW.
Terasa nak pergi, jika ada kelapangan.
Teruja tengok Khir Khalid pergi ke sans. Ada juga saya tengok kat FB baru-baru ni.
Selawat dan salam k atas Baginda Rasulullah S.A.W yang dirindui. Bertuah siapa yang dapat ke sana dan melihat sendiri artifak yang dipamerkan. InsyaAllah sementara sempat ni, saya pun nak ke sana.. 🙂
…
X berkesempatan lg
Selawat dan Salam keatas junjungan Baginda Rasulullah SAW. Menarik sekali koleksi artifak dalam pameran ni.
Subhanallah… bagus sangat kalau dapat melihat di depan mata
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
https://pustakamuasz.blogspot.my/
Dah dekat dengan rumah.
besarnya tapak kaki nabi tu…
Assalamualaikum…terima kasih atas perkongsian.
Minta kebenaran untuk save semua gambar-gambar ni ya.
Asalam..subahanallah..terpegun seketika. Nabi kekasihNya..