Senikome Peng Heng Genting Highlands
SENIKOME PENG HENG, satu nama unik yang mempamerkan kepelbagaian khazanah seni cipta dan warisan budaya masyarakat Pantai Timur untuk tatapan pengunjung serata dunia. Peluang berkunjung ke sini pada hujung minggu yang lalu merupakan satu pengalaman yang berharga. Sememangnya, ini antara lokasi menarik yang harus dikunjungi terutamanya buat peminat ‘kaki seni’ mahu pun pengkaji kesenian dan sosio-budaya sekiranya berkunjung ke Resorts World Genting.
 
Resorts World Genting, Genting Highlands, First World Plaza,
SENIKOME PENG HENG
 

SENIKOME PENG HENG

 
 
SENIKOMA bermaksud ‘Seni Kami’. Perkataan ‘Kome’, dinspirasikan daripada dialek asal yang biasa digunakan oleh penduduk tempatan Pahang serta beberapa negeri lain di Malaysia. PENG HENG pula nama yang tercatat dalam dokumen sejarah Dinasti Ming semasa zaman 1520an, yang merujuk kepada kawasan Pantai Timur di Semenanjung Tanah Melayu.
 
Justeru kombinasi nama ‘SeniKome, Peng Heng’ merujuk kepada pameran yang memperkenalkan seni dan budaya masyarakat tempatan Pantai Timur, iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan. Seperti yang kita ketahui, kawasan Pantai Timur ini cukup kaya dengan masyarakat berbudi bahasa, kesenian dan masih berpegang erat kepada adat dan tradisi yang diwarisi. Hasil karya seni dan kebudayaan yang dipamerkan memaparkan identiti Pantai Timur dengan keunikan tersendiri.
 
SeniKome Peng Heng, First World Plaza, Resorts World Genting,
Pameran keris dan seni replika  Silat yang diperbuat dari besi
 

Pameran Khazanah Pantai Timur SENIKOME PENG HENG

 
 
Ruang pameran di SENIKOME PENG HENG ini direka dengan susun atur etika kesenian. Pengunjung pasti akan menjiwai setiap barangan dan artifak yang dipamerkan sebagai warisan yang bernilai. Antara yang menarik perhatian adalah seni replika gerak langkah Silat yang diperbuat daripada besi dengan seni kreativiti yang halus serta keris-keris yang ada diantaranya menjangkau usia 350 tahun.
 
Terdapat bahagian pameran seperti ‘Budaya Kita’ yang mempamerkan Keris, Gamelan, Wayang Kulit, Jebak Puyuh dan Kain Tradisional Melayu dan ‘Permainan Tradisional’ seperti Teng Teng, Congkak, Wau, Layang-layang, Kercang dan Dam. Terdapat juga ruang ‘Orang Kita’ yang memperkenalkan masyarakat Orang Asli Pantai Timur. Saya kongsikan beberapa gambar untuk tatapan bersama.
 
SeniKome Peng Heng, First World Plaza, Resorts World Genting,
Gamelan atau peralatan muzik tradisional Melayu
SeniKome Peng Heng, First World Plaza, Resorts World Genting,
Alat tenunan tradisional
SeniKome Peng Heng, First World Plaza, Resorts World Genting,
Puan Mem bersama Mural Kesenian
SeniKome Peng Heng, First World Plaza, Resorts World Genting,
Permainan tradisional Congkak, Wau dan Layang-layang
SeniKome Peng Heng, First World Plaza, Resorts World Genting,
Permainan tradisional Teng Teng
SeniKome Peng Heng, First World Plaza, Resorts World Genting,
Wajah-wajah dan nama suku kaum Orang Asli
SeniKome Peng Heng, First World Plaza, Resorts World Genting,
Jenis-jenis Sumpit Orang Asli
SeniKome Peng Heng, First World Plaza, Resorts World Genting,
Pameran persembahan Wayang Kulit
SeniKome Peng Heng, First World Plaza, Resorts World Genting,
Antara tembikar kesenian Pantai Timur
 
Turut disediakan, ruang Bilik Tayangan, Seni dan Kraf, Ruang Membaca dan juga Kedai Cenderahati. Malah bukan sekadar itu sahaja, terdapat juga ruang ‘refreshments’ di Kedai Cenderahati yang menyediakan pelbagai pilihan sajian Pantai Timur. Menikmati sajian yang dihidangkan setelah puas meninjau ke seluruh ruang pameran juga adalah waktu yang istimewa.
 
Walaupun kedatangan kami ke Sky Avenue, Resorts World Genting pada kali ini turut melibatkan aktiviti jelajah makanan ’36-Hours Food Trail’ yang akan dikongsikan pada artikel-artikel yang akan datang, sajian di sini tetap menarik selera kami untuk merasai juadah yang dihidangkan. Nasi kerabu dan kuih muih di sini memang sangat sedap!
 
SeniKome Peng Heng, First World Plaza, Resorts World Genting,
Sajian ‘refresments’ selera Pantai Timur
 
Justeru, bagi anda yang berhasrat ke Resorts World Genting, inilah antara lokasi yang patut anda kunjungi. SENIKOME PENG HENG terletak di Level 3, First World Plaza, Resorts World Genting.
 
Harga tiket dewasa RM7.00 (Members), RM8.00 (Warga Malaysia) dan RM10.00 (Pelancong). Tiket kanak-kanak RM5.00 (Members), RM6.00 (Warga Malaysia) dan RM8.00 (Pelancong). Pakej keluarga 2 dewasa dan 2 kanak-kanak adalah RM25.00 (Warga Malaysia) dan RM32.00
(Pelancong).
 
 
Info lanjut boleh layari www.rwgenting.com/SeniKome/
 

12 Thoughts to “SENIKOME PENG HENG Khazanah Seni Budaya Warisan Pantai Timur”

  1. Pameran tu di Genting ya..ingatkan di pantai timur…tapi memang menarik. Eh Genting tu di Pahang pantai timur juga..keliru pula.

    1. Ye kak PI.. SeniKome Peng Heng ni di Genting. Klu jln2 ke sini jngn lupa singgah 🙂

  2. Unik namanya…harga tiket yang sangat berpatutan diharap mampu menari ramai pengunjung..

    1. Mmg murah dan berbaloi harganya PC 🙂

    1. Boleh la singgah klu ke sini nanti tuan 🙂

  3. baru tahu kome = kami. teringat lagu mr os. oh kome derian udah luruh. ke kome tu dari loghat apa?

    1. Org perak pun pakai kome juga kan.. tp ini kome dari dialek tempatan pahang 🙂

  4. Cantiknya…. tak pernah lagi sampai situu haa

  5. Wahh… seronok betui.. nnti datang pantai timur boleh try Nasi Dagang pulak..

  6. Wah. Peminat seni tradisional mesti suka ni.

  7. pencinta seni harus dtg ke sini

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.