Burger & Lobster Genting HighlandsGaya Hidup 

Restoran Lobster & Burger Pertama Asia Pasifik

Burger & Lobster… kombinasi yang pada awalnya rasa macam tak ‘match’ je. Namun tanggapan itu terus berubah ibarat perumpamaan “ikan di laut asam di darat” setelah melalui sendiri pengalaman makan burger dan lobster di sini… marveles!
Restoran Burger & Lobster di Sky Avenue, Resorts World Genting ini merupakan rangkaian restoran dari England yang pertama di Asia Pasifik.
Burger & lobster sky avenue, Resorts World Genting, Khir Khalid,

Burger & Lobster Resorts World Genting

Burger & Lobster terkenal dengan resepi citarasa istimewa pelbagai pilihan burger 100 peratus daging lembu Australia dan lobster (udang karang) seberat 650 hingga 700 gram yang diimport segar setiap minggu dari Nova Scotia, Kanada.
Suasana persekitaran dan dekorasi restoran pun sangat unik. Konsep tradisional dan suasana malap dengan hiasan replika peti tradisional menangkap lobster seperti yang digunakan oleh nelayan di Nova Scotia. Ia secara psikologi membuatkan saya teruja dan menaikkan ‘mood’ selera makan.
Burger & lobster sky avenue, Resorts World Genting, interior,Burger & lobster sky avenue, Resorts World Genting,

Menu Istimewa Burger & Lobster, Sky Avenue

Terdapat beberapa pilihan burger, antaranya The Mayfair seberat 168 gram, The Original seberat 224 gram, manakala bagi yang mahukan kombinasi burger dan udang karang, The B&L seberat 224 gram adalah pilihan yang paling tepat dihidangkan bersama fries dan salad.
Menu udang karang pula terdiri daripada 3 pilihan iaitu The Original, The Big Boy dan Chili Lobster. Lobster akan dikukus atau dipanggang bersama pilihan jernihan mentega atau mentega lemon dan bawang putih yang terkenal di Burger & Lobster ini.
Selain itu, salah satu menu terkenal Burger & Lobster ialah ketulan lobster segar gulung yang dihidangkan dalam tiga gaya berbeza. Boleh pilih sama ada menu Chili atau The Original, dihidangkan sejuk bersama bun brioche, fries dan salad.
Burger & lobster sky avenue, Resorts World Genting,Burger & lobster sky avenue, Resorts World Genting, udang karang nova scotia,Burger & lobster sky avenue, Resorts World Genting,
Tapi bagi yang mahukan hidangan sederhana, kita boleh pilih burger bersaiz mini iaitu B&L Burger. Ia dihidangkan bersama isi lobster, Tiger Tiger (gulungan mentega udang tempura, mayones pedas dan buah avocado) dan The Classic yang juga merupakan burger bersaiz kecil.
Restoran Burger & Lobster ini juga menyediakan pencuci mulut untuk dinikmati seperti crème brulee dan mousse pisang ataupun yogurt strawberi, guanduja serta aiskrim stacciatella. Ada juga pencuci mulut dengan aroma tempatan yang menarik iaitu durian tempura.
Burger & lobster sky avenue, Resorts World Genting,Burger & lobster sky avenue, Resorts World Genting,
Antara semua di atas, sebagai penggemar burger saya telah memilih The Original dan The B&L Burger sebagai hidangan… 2 jenis burger untuk di makan,.. nampak tak betapa tamaknya saya hahaa. Puan mem pula memilih hidangan Chili Lobster yang rasanya ala-ala asam pedas adunan citarasa Barat dan tempatan… puas dan kenyang makan bersama rakan-rakan… marveles!
Burger & lobster sky avenue, Resorts World Genting,
Burger & Lobster terletak di aras 1 Sky Avenue dan beroperasi bermula 10:00 pagi hingga 10:00 malam setiap hari, dan 11:00 pagi hingga 11:30 malam pada hujung minggu. Info Burger & Lobster di www.burgerandlobster.com dan instagram @burgerandlobstermy atau layari laman web Resorts World Genting di www.rwgenting.com 
 
Jom tonton vlog bersama Mr Riccardo La Monica, Franchise Operation Manager Burger & Lobster

Related posts

33 Thoughts to “Restoran Lobster & Burger Pertama Asia Pasifik”

  1. Terbaik Tn Khir….dah jadi calon hos rancangan TV ni…

    1. Hehee.. tngh training lagi ni vlog huhu 🙂

  2. uiii sodap nyerrrr x ajak sy pun 😉

    1. PM no telepon.. next time kita prgi sesama hehee 🙂

    1. Mmg sedap… makan smpi penuh perut haha 🙂

  3. Nampak sangat sedap la KK 😉

    1. Mmg puas hatii makan kt sini SP… kenyang giler haha 🙂

    1. Smpai sekarang saya masih teringat2 burger dan lobster tu… sgt sedap 🙂

  4. bestnya mkn lobster…lenkali ajok kami team pbu ye
    ostaz kk open table haha

    1. Boleh je el.. mudah2an brtambah murah rezeki, boleh je open table nnti… aamiin 🙂

  5. KK punya blog ni kalau gambar makanan semua nampak sedap..tempting betul tengok. terus lapar hehe

    1. Hehehee… t kasih Itah.. masih tngh belajar lagi nak snap pic2 makanan biar lagi lapar lagi tengok lepas nie 😀 🙂

  6. sambil baca sambil tertelan air liuq…alahai..konfem ajak encik husband pi hujung bulan ni. tq abng khir for d info

    1. Prgi jngn tak prgi Ija hehee.. mmg puas hati makan kt Burger & Lobster ni 🙂

  7. Unik..lazimnya burger kawannya meatballs..tapi ni burger dan lobster..terbaik…ngences PC…

    1. A ah betul tu… mmg bukan calang2 kombinasi dan adunan burger dan lobster.. smpi skrng teringat2 ni hehee 🙂

    1. Klu naik sky avenue genting, jngn lupa singgah sini… mmg terliur.. puas hati makan 🙂

  8. mak aiihh.. sedapnya bro. Kalau saye ni lobster sekor tu makan sorang je, xleh share. rege berapa ni?

    1. Mmg sedap sgt.. klu saya pun mcm nk makan lobster tu sorng2 je tp dh order burger dua hehee.. harga lobster chili tu member rm158, non member rm173.. boleh daftar member kt web rwgenting.com 🙂

  9. Nasib baik dapat merasa makan burger dan lobster kat sana..kalu nak makan sendiri rasanya idaklah..harga dia leh nangis bila makan..hahaha

    1. Hahaa… betul tu kak Hanny. Kena ada projek meletup baru lagi enjoy makan, klu tak makan sambil nanges hehee 😀

  10. menangis tgk lobster tu.. hoho..

  11. Tuan review semuanya tempat makan yang sedap-sedap. Terliur saya bila tengok gambar tu 🙂

  12. tudia lobster dia,.. nmpak macam mahal.. hehee

  13. Aduhai terliur tengok gambar-gambar ni semua…

  14. Murah rezeki bro khir..dpt plak mkn yg sdp2..

  15. lobster masak apapun sedap 😍😁

  16. Berselera benar dengan menu burger dan lobster ni. Restorrannya yang unik, penuh dengan romantik.

Leave a Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.