Baru-baru ini saya berpeluang menyertai Influencers FAM Trip ke Resorts World Langkawi. Merupakan pengalaman 3 hari 2 malam bersama rakan bloggers dan Influencers bermula 29 hingga 31 March 2018.
Kami tiba ke perkarangan hotel Resorts World Langkawi pada hari Khamis sekitar 2.45 petang sejurus mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan dibawa menaiki bas ke sini. Pelbagai aktiviti telah dirangka dalam program Influencers FAM Trip ke Resorts World Langkawi ini, dan pastinya menjadi jurnal istimewa untuk dikongsi bersama pembaca maya.
Resorts World Langkawi @ Pulau Langkawi
Resorts World Langkawi sememangnya sudah tidak asing lagi di Langkawi juga di Malaysia. Dibangunkan dengan senibina yang unik ala-ala Mediterrannian dengan pemandangan Laut Andaman yang mendamaikan, ia dahulunya dikenali dengan nama Awana Porto Malai.
Terletak di hujung barat daya Pulau Langkawi dengan perjalanan selama 25 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, ia menyediakan 211 bilik dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Terdapat juga pelbagai aktiviti tersedia buat semua pengunjung.
Sejurus tiba, kami terlebih dahulu mengambil kesempatan yang ada untuk meninjau kawasan persekitaran sebelum dibawa melawat ke beberapa bilik hotel selepas makan tengah hari. Terdapat 3 jenis bilik disediakan di sini iaitu Deluxe Garden View, Deluxe Seaview dan Premier Seaview. Semuanya menyediakan katil besar dengan bilik yang luas dan selesa.
Sekiranya anda yang mahukan ruang bilik yang selesa seakan sebuah rumah apartment eksklusif yang dilengkapi ruang tamu, beranda dengan pelbagai lagi kemudahan peribadi termasuk bilik mengurut, Premier Suite dan Presidential Suite adalah pilihan paling terbaik.
Taman Sari Royal Heritage Spa Langkawi
Kami turut dibawa ke Taman Sari Royal Heritage Spa Langkawi di Resorts World Langkawi ini. Ia menawarkan perkhidmatan urutan dan spa ‘traditional Royal Javanese massage’. Terdapat pelbagai pakej mengurut yang boleh dirujuk di sini> Taman Sari Royal Heritage Spa Langkawi.
Melihat persekitarannya pun membangkitkan aura ketenangan dan sedikit sebanyak terasa juga seperti nak bermalas-malasan sambil diurut seluruh badan haha. Namun memandangkan kami baru sampai dan pelbagai lagi aktiviti bakal dilakukan, cukuplah meninjau dulu buat masa ini.
Selesai lawatan, barulah kami check-in ke bilik masing-masing. Berehat seketika sebelum meneruskan aktiviti pada lewat petang. Teruja melihat bilik penginapan. Selesa dan cukup luas untuk saya seorang dengan pemandangan yang cantik… terima kasih Resorts World Langkawi!
Infinity Pool + Pool Party Resorts World Langkawi
Sekitar 6.30 petang, kami berkumpul semula untuk Pool Party di Infinity Pool. Kolam renang yang unik dan merupakan spot terbaik menikmati keindahan petang panorama Laut Andaman.
Disamping menikmati sajian yang disediakan dan sebelum bercadang terjun berendam kolam, kami juga berpeluang bertemu Dato Edward Holloway, Senior Vice President of Hotel Operations, Genting Berhad yang ketika itu berada di Infinity Pool. Beramah mesra sambil menjamu selera bersama. Cheers for the wefie Dato Edward! 🙂
Berkeluasan 28.5 meter panjang dan 7.1 meter lebar, dengan kedalaman 1.2 meter, Infitiry Pool merupakan lokasi bersantai yang romantis dan sesuai untuk semua peringkat umur. Terdapat juga perkhidmatan yang menyediakan pelbagai pilihan makanan dan minuman buat pengunjung, santai-santai atau berendam dalam suasana yang tenang.
Paling best… berenang ke penghujung kolam, berendam ditiup angin bayu Laut Andaman di bawah terbit rembulan pada penghujung petang… piewww… heaven on earth!
Mengakhiri petang dengan keindahan panorama Laut Andaman, pulang ke bilik untuk berehat panjang dengan tidur yang lena untuk persediaan pelbagai aktiviti menarik bakal dinantikan keesokan hari.
Stay tuned untuk pelbagai pengalaman menarik meneroka pelbagai keistimewaan Pulau Langkawi dalam Influencers FAM Trip Resorts World Langkawi pada artikel selanjutnya.
Berkongsi perspektif industri digital disamping editorial dan dakwah. > PROFILE
ooo da tkr nama ya.. so… mn coklat daim utk sy?😆
Kalau sebelum ini menjelajah dan berkongsi sudut-sudut menarik di Genting…kini ke Pulau Lagenda pula….alhamdulillah…terbaiklah…tak sabar nak tunggu perkongsian seterusnya.
bestnya jenjalan je
SUBHAANALLAH INDAHNYA LANGKAWI SERONOK DI SANA KAN
wah bestnya.. teringat lagi dua tahun lepas ke Langkawi.. ntah bila nak ke sana lagi..
Tentu banyak pengalaman menarik tuan dalam penyertaan Influencer FAM Trip Resorts World di Langkawi.
Bestnye.. Saya pun kalau diberi peluang nak sangat join trip mcm ni.
Saya suka Langkawi. Cantik.
Memang sesuai menjadi destinasi percutian keluarga