UMGAWA Langkawi
“Never fear your challenges, challenge your fears” – itulah antara ungkapan kata-kata motivasi yang bermain di minda bila menyertai aktiviti mencabar di UMGAWA Zipline Eco Adventure Langkawi.
 
UMGAWA Zipline Eco Adventure Langkawi merupakan lokasi pertama persinggahan kami sempena program Influencers FAM Trip Resorts World Langkawi yang saya kongsikan pada artikel sebelum ini. Pengalaman ‘trilling adventure’ yang mencabar, menyeronokkan dan memotivasikan diri.
UMGAWA Zipline, UNESCO Geopark Langkawi,

UMGAWA Zipline ECO Adventure Langkawi

 
UMGAWA Zipline Eco Adventure Langkawi merupakan antara lokasi yang patut anda kunjungi jika berada di Pulau Langkawi, lebih-lebih lagi jika semangat jiwa muda masih membara dalam diri. Secara tidak langsung, ia mampu menaikkan semangat baru dalam diri yang menyertai.
 
Melihat kehijauan serta keindahan hutan hujan tropika dari mata burung. UMGAWA Zipline Eco Adventure terletak di Telaga Tujuh, Langkawi. Menyediakan 12 kabel zipline sehingga kepanjangan 200 meter, merentasi hutan hujan tropika tertua di Malaysia yang dinamakan UNESCO Geopark Langkawi.
 
Setibanya di sini, kami terlebih dahulu diberi penerangan tentang aktiviti zipline yang bakal dilakukan. Ia merangkumi cara-cara pengendalian dan faktor keselamatan perlu dipatuhi sepanjang aktiviti. Terdapat juga borang deklarasi yang perlu diisi sebagai antara prosedur keselamatan di sini.
UMGAWA Zipline, UNESCO Geopark Langkawi,
UMGAWA Zipline, UNESCO Geopark Langkawi, Khir Khalid,
Sejujurnya, perasaan takut dan bimbang memang ada. Namun, bila kelengkapan telah dipakaikan pada badan berserta segala prosedur keselamatan telah dipenuhi, perasaan teruja turut timbul. Tak sabar nak merasai pengalaman bergayut merentas ‘treetop’ hutan hujan tropika tertua di Malaysia.
 
Kumpulan kami seramai 9 orang ditemani 2 Safety Sky Ranger berpengalaman. Mereka berdualah yang membimbing cara-cara praktikal posisi badan sewaktu meluncur zipline disamping memastikan segala faktor keselamatan sentiasa terjaga… ok.. let’s groupfie and ready to go!
UMGAWA Zipline, UNESCO Geopark Langkawi, Khir Khalid,

Cabaran Meluncur 12 Zipline Di UMGAWA Langkawi

 
Bermula dengan peluncuran di platform rendah sebagai percubaan membiasakan diri dengan zipline dan ketinggian, terdapat juga point yang dihubungkan dengan jambatan gantung. Semakin kehadapan kami meluncur, semakin tinggi tempat yang diterokai dan, bye-bye… ‘no turning back’ haha.
 
Selain kabel zipline yang menghubungkan antara satu platform ke platform seterusnya, terdapat juga kawasan yang dihubungkan dengan jambatan gantung. Semakin panjang jambatan gantung, semakin bergoncang-goncang bila berjalan… fuhh gayat!
UMGAWA Zipline, UNESCO Geopark Langkawi,
UMGAWA Zipline, UNESCO Geopark Langkawi,
UMGAWA Zipline, UNESCO Geopark Langkawi,
Tabah melepasi zipline dan jambatan gantung satu persatu, perasaan gayat semakin lama semakin reda. Mula membiasakan diri dengan ketinggian dan teknik meluncur dengan bersemangat.
 
Zipline paling panjang sejauh 200 meter. Bila meluncur merentas bukit bukau, sememangnya cantik pemandangan yang dilihat. Suasana kehijauan yang indah dan mendamaikan, dengan air terjun Telaga Tujuh di sebelah kanan dan Laut Andaman di sebelah kiri… gerun, gayat tapi menyeronokkan… teruja!… terasa diri seperti ‘king of the jungle’ haha.
UMGAWA Zipline, UNESCO Geopark Langkawi,
Secara keseluruhan dari platform pertama hingga ke akhir mengambil masa sekitar 2 jam. Tambah istimewa di platform terakhir, kami turun secara bergayut ke bawah, menjejakkan kaki ke pelantar dengan perasaan lega dan bersemangat mengakhiri perjalanan yang mencabar ini.
 
Sayangnya, saya tidak berani nak merakam video sewaktu meluncur kerana bimbang gadget jatuh. Maklumlah, gadget biasa-biasa… kalaulah terlepas dari tangan, terlucut atau terjatuh, memang akan tinggal kenangan ditelan hutan belantara.
 
Namun, saya sempat merakamkan scene pendek semasa salah seorang rakan sedang menyusur zipline sepanjang 200 meter. Kedengaran bunyi ala-ala enjin F1 memecah kesunyian hutan.
 
Jom kita tonton sat…
 
 
Justeru, saya sarankan semua yang membaca jurnal ini agar mencuba pengalaman UMGAWA Zipline Eco Adventure ini. Menyahut cabaran diri disamping menghargai keindahan hutan hujan tropika semulajadi tertua di Malaysia ini dari perspektif yang berbeza.
 
Ia strategik untuk aktiviti team building, juga mereka yang ingin merasai pengalaman mencabar. Malah, pasti menjadi pengalaman ‘trill romantis’ kepada pasangan honeymoon yang mahukan kelainan yang adventurous. Pengalaman terbaik yang memotivasikan dan menyeronokkan.
 
Layari info lanjut UMGAWA Zipline Eco Adventure di www.ziplinelangkawi.com.
 

7 Thoughts to “UMGAWA Zipline Eco Adventure Langkawi”

  1. Ya Allah, seronoknya…berada diketinggian pucuk pokok..wow.Kalau sering diwarwarkan berbelanja,bersantai bila ke Langkawi,rupanya ada juga aktiviti yang menarik yang kurang diketengahkan.Memang terbaik.

  2. Memang patut rasai pengalamn menarik ini sambil berintraksi dgn alam indah semulajadi

  3. best nyerrrr sy last buat ni ms retreat opis 5 thn lps warghhh

  4. Alhamdulillah. Melihat kepada gambar-gambar jelas terpapar keseronokan dan kepenatan. Aktiviti UMGAWA zipline eco adventure Langkawi bukan calang-calang sukan. Mudah-mudahan motivasi berharga selama tuan menyertainya akan terus dibawa bersama dalam gerak kerja tuan. Tahniah.

  5. Jujur…saya takut pada ketinggian.
    Aiihhh..ngeri Mak

  6. wahhh bestnya.. sure mesti cuba kalau kesana.. cuti ni ingat plan nam kesana kot. bawak anak buat aktiviti lasak sikit.. takut kita yg gayat.. x sekuat dulu.

  7. kalau saya mmg tak lah…
    seram

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.