Jurassic Research Centre
 
Peminat dinasor dan movie Jurassic Park, pasti tidak mahu melepaskan peluang merasai pengalaman ikonik mengembara menerobos dunia prasejarah di Jurassic Research Centre. Antara tarikan ikonik berinformatif terbaru di Sky Avenue, Resorts World Genting.
 
 
Jurassic Research Centre merupakan lokasi seterusnya kami kunjungi selepas aktiviti makeover di 3INA Makeup Store dan Ripley’s Believe It or Not! Odditorium pada kelapangan hujung minggu. Sememangnya memberikan pengalaman yang unik, malah mempunyai ‘trill’ tersendiri.
Jurassic Research Centre, Sky Avenue, Genting Highlands,

Jurassic Research Centre, Resorts World Genting

 
Sejurus melangkah masuk ke Jurassic Research Centre ini terasa ibarat masuk ke alam lain. Terdapat hutan ikonik dang menempatkan pelbagai spesis dinasor dipamerkan di sini. Malah turut menyenaraikan setiap satu nama dan informasi tentang spesis-spesis dinasor tersebut.
 
Lebih menarik apabila terdapat latarbelakang ‘sound effect’ bunyi dinasor yang menambahkan lagi ‘feel’ suasana persekitaran dan ada juga diantara dinasor tersebut yang bergerak dan ‘hidup’ haha.. pasti ramai tak mahu dinasor atau reptilia raksaksa semua tu benar-benar hidup kan?
 
Itulah keistimewaan yang membuatkan kita rasa seolah-olah spesis-spesis ini hidup di sini.
Jurassic Research Centre, Sky Avenue, Genting Highlands,
Jurassic Research Centre, Sky Avenue, Genting Highlands,
Jurassic Research Centre, Sky Avenue, Genting Highlands,

Mengembara 65 Juta Tahun Kembali Ke Era Prasejarah

 
Kawasan persekitaran Jurassic Research Centre ini memang luas, terdapat juga seksyen yang dicipta bagi memberikan pengalaman eksplorasi kepada pengunjung seolah-olah berada di tapak kajian sebenar, mempamerkan fosil serta penemuan tulang-tulang dinasor.
 
Terdapat juga ruang pameran untuk pengunjung mempelajari fakta spesis-spesis dinasor melalui struktur rangka dan tulang-tulang yang dipamerkan. Selain itu, turut ada ‘video room’ di akhir lawatan yang meletakkan kita dalam situasi terperangkap dengan dinasor-dinasor ganas di makmal.
Jurassic Research Centre, Sky Avenue, Genting Highlands,
Jurassic Research Centre, Sky Avenue, Genting Highlands,
Jurassic Research Centre sememangnya lokasi yang patut dilawati sekiranya berkunjung ke Resorts World Genting. Terletak di Level 4, Sky Avenue, Jurassic Research Centre memberikan pengalaman berinformatif yang terbaik buat kita mengembara ke 65 juta tahun kembali ke era prasejarah.
 
Layari info selanjutnya di www.rwgenting.com.
 

6 Thoughts to “Jurassic Research Centre Tarikan Prasejarah Resorts World Genting”

  1. Wahhh…. Sangat menarik… Okay… Nak ajak Otomen ke sini la.. Lagipun dah lama juga tak naik ke Genting ni.. Kalau tak tiap2 bulan naik..hehehe..

  2. Cuti sekolah bakal bermula….ibu bapa boleh bawa anak-anak ke sini..

  3. tarikan terbaru nampaknya.. ni kalau lepas tengok filem jurassic world lepas tu terus pi kat sini, mmg layan nih..

  4. tingat kazen sy ms dia kecik2 dulu ckp obses dgn dinasour… agk nyer kalu pameran ni ada ms dia kecik2 dulu sure dia dah ajak mak ayah dia g sini hahaha

  5. Mmg seronok sgt klau bwk anak2 liez ke sana. Excited klau dpt tgk animal nnt.. kena bawa la nanti

  6. kat Genting ada taman ala ala Jurassic Park !!! Macam2x ada skang kat Malaysia. Mmg terbaik la.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.