Pasti ramai dikalangan kita pernah menonton Ripley’s Believe It or Not di kaca TV. Saya juga antara yang pernah mengikuti rancangan ini sebab ia memaparkan banyak realiti yang pelik-pelik.
Kini kenangan menonton sebelum ini telah bertukar kepada satu pengalaman realiti istimewa bila berpeluang berkunjung ke Ripley’s Believe It Or Not Odditorium di Sky Avenue, Resort World Genting. Merupakan antara lokasi berinformatif dan menyeronokkan untuk dikunjungi.
Ripley’s Believe It Or Not Odditorium
Ripley’s Believe It Or Not Odditorium ini merupakan antara lokasi yang kami lawati pada sebelah petang selepas aktiviti makeover 3INA makeup dan makan tengah hari. Ini juga merupakan pengalaman baharu kami berkunjung ke Sky Avenue, Resorts World Genting pada kali ini.
Bertempat di level 4 Sky Avenue, Ripley’s Believe It Or Not Odditorium ini merupakan antara lokasi menarik yang terdapat di keseluruhan Ripley’s Believe It Or Not Adventureland. Mempamerkan pelbagai ikon informatif seperti mana yang di TV, begitulah pengalaman luar biasa tentang ‘the dark side of the world’ dengan pelbagai koleksi diluar norma kehidupan biasa.
Terbahagi kepada pelbagai bahagian, terdapat seksyen yang mempamerkan patung-patung dan sumber bahan-bahan yang pelik-pelik, ‘spacecraft’ termasuk seksyen unik dan kreatif. Kesemuanya pasti memberi pengalaman baharu yang berbeza buat sesiapa yang berkunjung ke sini.
Realiti Kehidupan Di Ripley’s Believe It Or Not Odditorium
Saya difahamkan bahawa Ripley’s Believe It Or Not Odditorium di Sky Avenue, Resorts World Genting ini merupakan salah satu ‘licenced chain’ daripada premis rangkaian koleksi pameran Ripley’s Believe It Or Not yang beroperasi di 11 negara seluruh dunia.
Ia diinspirasikan Robert L. Ripley (1890 – 1949), seorang kartunis yang telah mengembara ke serata dunia selama lebih 35 tahun, mencari dan mengumpulkan pelbagai artifak dan koleksi pelik dan sukar diperjelaskan. Ia turut merangkumi peralatan, penciptaan dan profil individu dikategori yang sama.
Begitu juga yang dipamerkan di Ripley’s Believe It Or Not Odditorium, Sky Avenue, Resorts World Genting ini. Seperti yang anda lihat, ada bahagian yang disediakan untuk bergambar. Malah gambar di atas adalah ruang ‘trick room’ yang menampakkan saya lebih besar daripada puan mem haha.
Banyak lagi gambar-gambar yang tidak saya masukkan kerana terlalu banyak yang menarik dipamerkan. Pendek kata, semua yang dipamerkan di sini membuatkan kita terfikir tentang pelbagai perkara yang ada di dunia ini. Ada yang dipamerkan langsung tidak terlintas oleh logik akal manusia namun ia adalah perkara yang sememangnya wujud dan realitinya berlaku.
Ripley’s Believe It Or Not Adventureland, Sky Avenue, Resorts World Genting
Terdapat pelbagai lagi lokasi kunjungan menarik di Ripley’s Believe It Or Not Adventureland antaranya ialah Ripley’s Believe It Or Not Odditorium. Selain itu turut menempatkan beberapa lagi lokasi yang akan saya kongsikan lebih lanjut pada artikel yang lain nanti.. so, stay tuned!
Kredit foto: www.maknlee.com |
Pengalaman berkunjung ke sini merupakan sesuatu yang bukan sahaja menyeronokkan tetapi beroleh pelbagai info pengetahuan bersama rakan-rakan. Penghargaan terima kasih kepada Ripley’s Believe It Or Not Odditorium dan Resorts World Genting atas peluang istimewa ini.
Tiket masuk ke Ripley’s Believe It Or Not Odditorium adalah RM22 dewasa dan RM18 kanak-kanak bagi warganegara Malaysia. Dibuka setiap hari bermula 10 pagi hingga 10 malam, merupakan ‘self guided tour’ odditorium yang sememangnya memberikan pengalaman dan pengetahuan yang berbaloi.
Layari info lanjut di www.rwgenting.com
Berkongsi perspektif industri digital disamping editorial dan dakwah. > PROFILE
Interesting place to go for family bonding and let the children to learn about the strange things happened in this world. I love this place so much and wish to go again.
Bestnya…teringin nak pi GH ni lg..mcm2 ada skrang ni kan..rsa mcm kena check in 2N untuk jelajah semua tempat2 menarik kt GH tu…
ada tarikan baru utk ke genting… tix msk pun affordable..
tersangat menarik…
ada peluang memang saya nak pergi juga nie
menarik.. tapi selalunya ride genting balik hari, kalut kejar masa takut x sempat kalau nk singgah. hehehe
Bestnyaa! Banyak dah tarikan dekat Genting sekarang 🙂
Menarik pengalaman mempercayai sesuatu yg sukar dipercayai mesti ramai yg minat nk menyaksikannya.
wahhhh
bestnya dah dapat pergi sana
jealous2
Best ni. Boleh ajak anak2 pergi
Kalau ada rezeki, teringin nak ke sini suatu hari nanti. huhu.
have fun here!