Majlis Penutup Fam Trip Jom Mancing Udang 2014 – Setelah beberapa artikel berlalu, akhirnya diberi kesempatan juga untuk saya abadikan majlis penutup Fam Trip Jom Mancing Udang 2014 anjuran Tourism Malaysia Perak yang berlangsung pada 16 hingga 18 Ogos yang lalu.
Pada beberapa artikel sebelum ini, saya ada berkongsi pengalaman merasai sendiri keseronokan memancing udang galah Sungai Perak di Teluk Intan serta melawat ke beberapa lokasi menarik di sekitar Perak Tengah bersama Tourism Malaysia Perak, wakil agensi perlancongan, wakil media dan sahabat blogger, akhirnya program Fam Trip ini sampai ke penghujungnya.
Berangkat setelah usai menyelami rentetan sejarah tanah air di Kompleks Sejarah Pasir Salak membawa kami berkumpul di Pasir Salak Eco Resort untuk majlis penutupan rasmi Fam Trip ini. Kehadiran kami di sini terlebih dahulu dijamu dengan hidangan tempatan sebagai juadah tengah hari yang menyelerakan. Menikmati hidangan sambil beramah mesra. Bukan sekadar itu, keramahan Tuan Haji Ibrahim Seddiqi selaku Pengarah Tourism Malaysia Perak yang turut makan semeja menambahkan lagi kemeriahan yang ada.
Pengalaman Fam Trip Tourism Malaysia Perak
Bersama sahabat blogger, dari kiri www.dkosonglapan.blogspot.com, abam KK huhu dan pasangan suami isteri, blogger www.eshamzhalim.com dan www.cheqeem.com |
Meninjau Sekitar Pasir Salak Eco Resort
Ia tidak habis di situ, selesai menjamu selera dan menunaikan solat zohor, kami dibawa meninjau seluruh kawasan sekitar Green Village Pasir Salak Eco Resort ini. Permandangan yang cantik, chalet yang selesa terletak di tepian Sungai Perak.. Suasana yang cukup mendamaikan… Untuk itu, biarlah gambar bercerita dan menjelaskan segalanya.
Kepada anda yang inginkan kedamaian, keselesaan, ketenangan dengan layanan perkhidmatan yang terbaik di Pasir Salak, ini adalah pilihan yang tepat buat anda. Bagi saya, makanan yang sedap dengan suasana nyaman, tenteram dan sungguh menyeronokkan…
Majlis Penutup Fam Trip Jom Mancing Udang
Sekitar jam 3 petang, majlis penutup bermula dengan penyampaian ucapan oleh Pengarah Tourism Malaysia Perak dan disudahi dengan penyampaian sijil penghargaan kepada semua peserta dan saya tidak terkecuali. Sesungguhnya ia merupakan satu pengalaman yang sangat berharga. Justeru, penghargaan terima kasih diucapkan kepada Tourism Malaysia Perak serta seluruh rakan-rakan yang mengikuti Fam Trip Jom Mancing Udang 2014 ini.
Artikel ini adalah dibawah usahasama Tourism Malaysia Perak untuk mempromosi keistimewaan negeri Perak. Anda dipersilakan menghubungi terus ke pejabat Tourism Malaysia Perak untuk mendapatkan sebarang maklumat terkini tentang perlancongan di negeri Perak. Mereka amat berbesar hati untuk membantu.
Tourism Malaysia Perak
No. 12, Medan Istana 2
Bandar Ipoh Raya
Perak Darul Ridzuan
Tel: +605 255 2772 / 9962
Fax: +605 253 2194
www.tourismmalaysia.gov.my
Anda juga dipersilakan untuk like Facebook rasmi Tourism Malaysia Perak untuk mengikuti maklumat serta aktiviti terkini di Perak.
Like Facebook : Tourism Malaysia Perak
Berkongsi perspektif industri digital disamping editorial dan dakwah. > PROFILE
Salam singgah Jumaat KK….cantiknya kawasan chalet dia…
Mmg cantik.. suasananya pun tenang. Salam Jumaat juga Mardiah.. 🙂
mana UDANGnya hihihih
Selalu dgr orang memancing ikan tetapi ini memancing udang..mula terfikir apa umpan yang di gunakan, jenis udang apa yg di pancing..semua soalan tu berlegar2 di fikiran 🙂
Semua jwpn tu ada kat entri KK yg mancing udang sblum ni JM.. boleh klik kt link mancing udang tu.. 🙂 🙂
cukuplah tengok gambar,,dah terasa kemeriahannya..
Betul Mar.. satu kenangan yg mmg menghiburkan juga.. 🙂
baru berpeluang buat entry penutup ye KK? =)
tapi chalet tu nampak cantiklah, tertarik dengan kehijauan dia
Hehee.. mmg cantik YY.. yg buat jadi lambat sbb tak tau gambar mana yg nak diletak.. bnyk yg cantik2 suasananya. Klu letak semua mau panjang lagi entri ni huhu.. 😀
kenangan yang tak akan dilupakan…
Betul tu Aida.. 🙂
bolehla nanti saya tinjau chalet ni…teringin gak ke pasir salak…
Mmg menarik Mama Amir.. suasananya nyaman & tenteram.. 🙂
Cntik btl chalet nya nmpk kemas sgt
Mmg kemas dan terjaga.. klu nak berhoneymoon pun ok Lya.. 🙂
cantik nya chalet dia..harga pun boelh tahan..
A ah DR.. berpatutan dgn suasana tempat yg tenteram.. 🙂
Cantiknya chalet kat Pasir Salak tue…
Mmg cantik… klu ke pasir salak nnti bolehlah singgah Zumal.. 🙂
Asalamualaikum….selamat petang.wah lawa lah di sana….selamat bersiaran..dengan kawan2
Waalaikummussalam Etuza… mmg menarik.. Salam Jumaat & slmt petang juga.. 🙂
seronok betul khir k hari ini ya apa tidak majlis rasmi penutupan tu..hehehe
Alhamdulillah mmg seronok.. kenangan.. 🙂 🙂
salam jumaat bro
Salam Jumaat juga geng.. 🙂
Bilik2 deme cantik dan kemas
Betul.. suasana persekitarannya pun tenang & selesa.. 🙂
teringin nak cuba pengalaman mancing udang
Mmg menyeronokkan ZF.. cuma perlukan sedikit kesabaran je.. 😀
thanks sharing abang Khir..kalau sebut nama abang Khir kat resort tu boleh dapat diskaun tak?hehehe
Hehee susah nak cakap huhu.. T kasih kembali Sal.. 😀 😀
Nampak tenang dan nyaman…
terasa kedamaian….
salam bro.. memang trips dgn tourism malaysia..
x menghampakan.. best sangat..layanan terbaik..aktiviti menarik..
memng enjoy.. btw eh dpt sijil ke ..untunglah 😛 he..he
Cantiknya warna air di kolam renang tu..so blueeeee & chalet pun not bad…boleh masuk dalam list jalan-jalan we all ni..
another promoted content for you..
Bertuah sungguh KK dan semua blogger yg mendapat peluang keemasan ini. Tertanya juga…kenapa Blogger Khairudin (Kaki Travel) tidak sertainya… Ianya lebih tepat dgn niche blog beliau.
Apa yg saya tahu utk program ni Tourism Malaysia Perak tidak mencari blogger berdasarkan kriteria tersebut terutama yg dah slalu travel. Kebetulan juga mahukan yg bukan dari perak. Bnyk travel blogger boleh buat coverage sendiri sbb dah biasa..
Just nak tambah sikit ye… jemputan pernah dihanto kepada tersebut sebelum ini… tetapi tiada jawapan yang diterima…..harap maklum….
Bestnya. Nak kena masukkan dalam kalendar percutian 2015 ni..
Macam best jer g sana ..Tenang dan mendamaikan ..Seronoknyer dapat pergi sana ..Tak pernah pergi lagi ..Kawasan kg mmg terbaik ..suasana tenang dan mendamaikan ..Tu tu tupart paling best tu beratur ambik makanan huhuuuu bestnyer makan2 ..Macam biasa singgah sini tak pernah hampa ..Gambar semestinya TERBAIK ..All the best KK
Boleh tahan cantik rupanya Pasir Salak ni ya Khir. Lalu lalang dah 2 – 3 kali tapi tak sangka tempat
eko resortnya begini cantik.
menarik sangat-sangat.. pak cik saya orang Pasir Salak. pernah lah g sana dulu. hehe….
adik pun suka memancing. so, kalau pak cik g sana, kadang2 pak cik ajak adik saya. ^^,
saya menabung sunsilk purple sekali ^^,
CN last ke pasir salak masa lawatan sekolah form 2..hehe
Wahhh… suka nyer bro khir bila dapat sijil tuuu..ekekekekeke… sememangnya satu program yang bagus bagi mempromosikan negeri Perak…. 😀
wah! satu pengalaman yang mesti dikenang seumur hidup…