Jom Mancing Udang, Tourism Malaysia Perak,

FAM Trip Memancing Udang di Teluk Intan, Perak – Memancing udang sememangnya merupakan satu aktiviti santai kepada sesiapa yang baharu merasainya dan pasti mengasyikkan buat ‘kaki pancing’ udang seluruh dunia. Itulah perasaan yang dapat aku terjemahkan apabila berpeluang merasai pengalaman memancing udang galah Sungai Perak di Teluk Intan. Ia merupakan pengisian utama aktiviti program FAM Trip Jom Mancing Udang 2014, anjuran Tourism Malaysia Perak.

 
FAM Trip : Memancing Udang Di Teluk Intan Perak
FAM Trip Jom Mancing Udang 2014
Kredit Gambar : www.eshamzhalim.com
 

FAM Trip : Jom Mancing Udang 2014

 
FAM Trip Jom Mancing Udang 2014, Tourism Malaysia Perak, memberi pendedahan kepada peserta jemputan yang terdiri daripada agen perlancongan, wakil media dan bloggers untuk merasai sendiri pengalaman terhadap tarikan serta keistimewaan yang terdapat dibeberapa lokasi di negeri Perak. Melalui inisiatif ini, ia memberi ruang kepada kami untuk berkongsi pengalaman yang dilalui sepanjang program FAM Trip ini.
 
Secara keseluruhannya program FAM Trip Jom Mancing Udang 2014 bermula pada 16 sehingga 18 Ogos 2014. Selain memancing udang, ia juga merangkumi aktiviti lawatan ke beberapa tempat-tempat menarik di negeri Perak. Namun untuk artikel kali ini, aku kongsikan pengalaman memancing udang galah Sungai Perak di Teluk Intan yang telah diadakan pada 17 Ogos 2014.
 

FAM Trip Jom Mancing Udang 2014

 
Aktiviti bermula sekitar jam 9 pagi, dimana kami semua berkumpul untuk sesi taklimat berkenaan memancing udang. Ia bermula dengan sesi suaikenal, disertai penerangan aspek keselamatan yang perlu dititikberatkan termasuk perkara-perkara lain berkaitan aktiviti memancing udang.

 

Taklimat telah disampaikan oleh Pengarah Tourism Malaysia Perak, Tuan Haji Ibrahim Seddiqi bin
Talib yang turut serta turun memancing udang bersama warga Tourism Malaysia Perak dan kami.

 
 
 
FAM Trip : Memancing Udang Di Teluk Intan Perak
Sesi taklimat sebelum pergi memancing udang
FAM Trip : Memancing Udang Di Teluk Intan Perak
Menunggu giliran menaiki bot di Jeti
 
Setiap bot hanya memuatkan 3 orang termasuk ‘tekong’ bot. Ini bermakna, setiap bot hanya boleh memuatkan 2 peserta. Oleh itu, kami perlu memilih pasangan masing-masing untuk memancing.
 
Sebelum bersiap turun memancing udang, kami sempat mengabadikan kenangan bergambar bersama termasuk ‘groupfie’ di atas. Selanjutnya, aku kongsikan gambar-gambar yang tak seberapa ini sepanjang aktiviti memancing udang di Sungai Perak, Teluk Intan.
 
FAM Trip : Memancing Udang Di Teluk Intan Perak
Antara yang telah turun untuk menaiki bot
FAM Trip : Memancing Udang Di Teluk Intan Perak
Kami meninggalkan Jeti untuk berjuang memancing udang
FAM Trip : Memancing Udang Di Teluk Intan Perak
Perjalanan meredah arus menuju ke destinasi memancing udang
FAM Trip : Memancing Udang Di Teluk Intan Perak
Selfie sket sambil memancing udang. Aku, bro Ash dan tekong kami
 
Aku difahamkan, kos menyewa bot dengan ‘tekong’ untuk memancing udang hanya sekitar RM50.00 dari pagi hingga petang. Kebiasaannya peralatan memancing dan makanan perlulah kita bawa sendiri. Tetapi peralatan memancing dan makanan kami disediakan oleh pihak Tourism Malaysia Perak.
 
Sungguh pun begitu, tekong kami ada bawa lebihan joran untuk kami gunakan. Maka, setiap seorang berpeluang menggunakan 2 joran… hehee ‘double barrel’… malu je kalau tak dapat udang haha.
 
FAM Trip : Memancing Udang Di Teluk Intan Perak
Anak udang dijadikan umpan… udang makan udang.. 😀
FAM Trip : Memancing Udang Di Teluk Intan Perak
Inilah teknik memasukkan umpan di mata kail. Dimasukkan dari ekor dan dibuang kepalanya.
FAM Trip : Memancing Udang Di Teluk Intan Perak
Memancing dengan penuh kesabaran…
FAM Trip : Memancing Udang Di Teluk Intan Perak
Hasil pertama.. udang kecil, posing je lebih huhu.. 😀
FAM Trip : Memancing Udang Di Teluk Intan Perak
Bro Ash dapat udang galah… sepit biru tu…
FAM Trip : Memancing Udang Di Teluk Intan Perak
Urusetia Tourism Malaysia Perak menghantar kami minuman dan juga makan tengah hari
Thank you bro.. 🙂 🙂
FAM Trip : Memancing Udang Di Teluk Intan Perak
Lunch sambil bot bergerak.. layan…
FAM Trip : Memancing Udang Di Teluk Intan Perak
Aku suka panorama ni… romantis… ;D
FAM Trip : Memancing Udang Di Teluk Intan Perak
Landskap alam… sungai, bot, daratan dan awan…
FAM Trip : Memancing Udang Di Teluk Intan Perak
Penghuni pinggir sungai yang memerhatikan kami
 
Setelah beberapa jam memancing udang, akhirnya kami berangkat pulang pada waktu petang bersama hasil yang diperolehi. Tambahan lagi, udang yang dipancing oleh tekong turut diberikan kepada kami sebagai buah tangan, cenderahati segar dari Sungai Perak.

 

Justeru, kami pulang dengan kepuasan bukan semata-mata kerana udang, tetapi pengalaman berharga yang diperolehi sepanjang memancing udang di Sungai Perak… subhanallah walhamdulillah.

 
FAM Trip : Memancing Udang Di Teluk Intan Perak
FAM Trip : Memancing Udang Di Teluk Intan Perak
Udang galah segar untuk dibawa pulang… yeah!!
 
Pengalaman tempat-tempat menarik di Perak sepanjang lawatan FAM Trip Jom Mancing Udang 2014 akan aku kongsikan lagi di artikel-artikel yang lain nanti.
 
Jom Mancing Udang di Teluk Intan, Perak!
 
Pengalaman memancing udang galah Sungai Perak di Teluk Intan. Memancing bukan sekadar memancing udang. Banyak perkara yang dapat kita nikmati serta pelajari.

 

Bermain dengan sentapan udang galah Sungai Perak, menikmati keindahan alam, deruan bayu dan arus sungai serta aura ketenangan semulajadi anugerah Illahi di bumi Teluk Intan, sememangnya satu pengalaman yang amat menyeronokkan. Anda perlu merasainya sendiri… hanya di negeri Perak.

 
Moh kite ke Perak… 🙂
FAM Trip : Memancing Udang Di Teluk Intan Perak
Gambar kenangan sebelum memancing udang FAM Trip Jom Mancing Udang 2014
Kredit Gambar : Official Fb page – Tourism Malaysia Perak
Artikel ini dibawah usahasama Tourism Malaysia Perak untuk mempromosi keistimewaan negeri Perak. Anda dipersilakan menghubungi terus ke pejabat Tourism Malaysia Perak untuk info terkini tentang pelancongan di negeri Perak. Mereka amat berbesar hati untuk membantu.
 
Tourism Malaysia Perak
No. 12, Medan Istana 2
Bandar Ipoh Raya
30000 Ipoh
Perak Darul Ridzuan
Tel : +605 255 2772/9962
Faks : +605 253 2194
Like Facebook : Tourism Malaysia Perak
 
Memancing udang galah Teluk Intan, Perak.
Memancing udang galah Teluk Intan, Perak.
 

85 Thoughts to “FAM Trip Memancing Udang Di Teluk Intan Perak”

  1. Eshamz Halim

    Wah!.. dengan segeranya sudah up entri ni…. baguih…baguih…. memberi satu pengalaman baru kepada seorang yang bukan kaki pancing untuk pergi memancing cam aku ni….ekekekeke… memang seronok tp kalau balik tu hasilnya lumayan mesti lagi seronok…ahahahaha…. 😀

    1. Alhamdulillah bro Sham… samalah kita, berapa kali je memancing udang ni hahaa.. mungkin klu di tambah sejam dua lagi kat sungai boleh dpt lagi bnyk kot… Apa pun syukur juga dpt bawak balik udang tu buat masak… 😀 😀

  2. Mardiah Diana

    Assalamualaikum dan salam singgah pagi Khir…seronoknyer dapat mengikuti aktiviti memancing ni…dapat satu kepuasan dan paling penting dapat pengalaman…

  3. Mardiah Diana

    Assalamualaikum dan salam singgah pagi Khir…seronoknyer dapat mengikuti aktiviti memancing ni…dapat satu kepuasan dan paling penting dapat pengalaman…

    1. Waalaikummussalam Mardiah… mmg sgt seronok. Menjadi pengalaman & kenangan manis yg dpt dikongsikan kat sini juga… alhamdulillah… 😀

  4. Ija Rased

    wah seronoknya tengok udang yang fresh tu, tapi lagi seronok tgk kemeriahan yang terjalin.

    1. Alhamdulillah Ija.. mmg betul tu. Mmg meriah & menyeronokkan… menjadi kenangan manis buat saya juga… 😀

  5. ain diyana

    maaf nk tanya,, mcm mana matikan udang?

    1. Errmmm… saya pun tak taulah Ain. Mula2 bila waktu pancing, tekong tu letak dlm jaring yg diletakkan di air sungai. Bila balik dia bubuh dlm plastik tp masih hidup. Lama2 dia matilah dlm plastik tu… 🙂 🙂

  6. memmet lenggeng

    teluk intan…kampung suami saya tu..hihihi

    1. Wahh… terbaiklah Zila… 🙂 🙂

  7. MyCherita

    knp sy terlepas pandang acara ini…huhuhu..sy di teluk intan, kalu tidak boleh join sekali… ape mcm bro khir..?? best tak mancing undang teluk intan..???

    1. Wahh.. dekat tu. Terbaiklah memancing… mula2 sblum pergi rasa lama nak smpi petang, tp bila memancing rasa tak nak balik pulak selagi tak dpt hasil yg memuaskan jiwa hehee… 😀

  8. munirah rahman

    terliur plak..hehe

    1. Udang fresh tu.. bergerak2 lagi hehee.. 😀

  9. Satu aktiviti yg. Brfaedah..seronok dpt hasil tgkpan sndiri

    1. Betul tu Lya.. lagi seronok bila ditambah dgn yg org bagi hahaa.. seronok btul.. 😀

  10. ha, dah start dah promote. hehehe… nanti nak gtau ayahlah pasal ni. ayah kalau bab memancing, memang laju je.. smalam baru balik dari memancing kat mana entah. hehe

    1. Wahh terbaik tu Amy… mmg kena pergi tu kat sini. Untung2 dpt udang besar2 klu dah pro tu… 🙂 🙂

  11. Wah… Aktiviti yg sangat menarik…

    1. Sgt menarik sahabat.. moh le mancing hehee.. 🙂

  12. Tahniah… Semoga berjaya… Nice sharing

    1. Aamiin.. t kasih sahabat.. 🙂 🙂

  13. Sylarius Yusof

    Wah, macam best je. Saya tak pernah lagi merasa memancing udang galah ni. Hmmm.. Nampak macam ramai juga bloggers yang pegi trip ni. Total, berapa ramai bloggers yang join trip ni yer?

    1. Mmg seronok Sylarius Yusof… sebenarnta blogger tak ramai, cuma 3 je & yg lain wakil media dari majalah & akhbar. Alhamdulillah juga sbb dpt kenal ramai rakan2 baru… 🙂 🙂

  14. weiiii sedap tu dapat mkn udang fresh…

    1. Haaa… mmg best Anies. Fresh dari sungai Perak… 🙂 🙂

  15. wah dah up entry =)
    tu semua yang sertai tu blogger juga ke en khir?
    cantik benor pemandangan dia

    kalau encik suami suka ler benda gini
    bini dia ni tahu udang tu dah dapat aje, nak memancing tu
    rasanya, tak ku sanggup…hehe

    1. Hehee alhamdulillah… peserta tu terdiri dari media dari majalah, akhbar, tv termasuk bloggers Yana.
      Wahh… bestlah encik suami suka. Rugilah tak ikut. Lain kali klu ke sini kena ikut Yana… boleh buat ala2 river cruise romantis, teman encik suami sambil dia memancing hehehee… 😀

  16. ikhwan yusuff

    wah2xx..Terbaiklah En.Khir….Saya xpernah pancing udang…bestnya…

    1. ikhwan yusuff

      Hanya Churp2 je yg keluar ptg ni…

    2. Saya pun dah beberapa tahun tak memancing udang ni Ikhwan… bila dpt peluang mcm ni mmg seronok sgt.. alhamdulillah. T kasih.. 🙂

  17. wah sedapnya dpt mkn udang fresh

    1. Dapat udang tu pun dah rasa best dah… mahal tu klu kat pasar huhu.. 😀 😀

  18. acik idah

    Best nyer khirr… terus terasa macam nak pergi hujung minggu nie… 😀

    Udang khir tu kudutt jer macam tuan nyer… kekekeke… jangan mareee nanti lekas tuerr… 😀

    1. Pergi ler.. mmg seronok… best…

      ooo ko kate aku kudut eh Idah ahahaa.. 😀 😀

  19. salam. alamak..seronoknya mereka..

    1. Mmg seronok Itah.. moh le ke Perak nanti eh.. 🙂 🙂

  20. bestnya..selama nie tak pernah pun tengok orang memancing udang…kalau dpat udang galah yang besar2 memang puas hati kan..barulah berbaloi-baloi menunggu seharian umpan di makan…

    1. Betul tu Aida… harapannya mmg nak dpt yg besar2 tu.. tapi tak berapa reti step profesional lagi… tu yg tak dapat huhu… 😀

  21. Norniwanie Nasarudin

    Wanie pernah ada pengalaman memancing..memang best !

    1. Hehee… mmg seronokkan Wanie. Ada kelapangan try lah mancing kat Teluk Intan pulak nanti.. 🙂 🙂

  22. rajinnya tourism perak invite media..seronok sgt tgk!tgk sobri pn sll gak join trip..sekarang bro khir pulak ye..hehe..untunggg!

    1. Kali ni bro Sobri tak berkesempatan utk join Niesa… Teringin juga nak jumpa dia tp tak kesampaian pulak. Alhamdulillah… mmg menyeronokkan & bnyk yg dpt dipelajari… 🙂

  23. OZIE MAHSA

    wah bestnya udang segar….goreng pun sodap…hehee…

    1. Mmg sedap.. segar… asal jngn dimakan begitu saja dah le hehee.. 😀

  24. Mohd Selim Zainal

    Assalammualaikum…. khir,

    trip memancing udang di teluk intan nie memang nampak best sesangat… promote pasal negeri perak nie. Masa amik kupang kat johor dulu memancing gak tapi tak dapat apa2 hehehe mungkin takder rezeki kot…

    mselim3

    1. Waalaikummussalam MSelim3;

      Mmg best… sebenarnya, sentapan udang bila sangkut kat mata kail berbeza dgn udang kat tempat lain.. feel dia lain. Lepas ni boleh la org2 Johor ramai2 bercuti jln2 ke Perak… 🙂 🙂

  25. Wah… Seronoknya dpt peluang cmni…release tension…

    1. Alhamdulillah pn Maria… mmg seronok, cuma klu tak org yg tak sabar nak dpt udang boleh jadi tension lain pulak… tension udang hehee.. 😀

  26. Mereka semua tu rakan blogger jugak ke Khir?…banyak dapat udang,?… habis kat situ jerlah kot masak dan makan udang tu yer?…tak sempat nak bawak balik…
    Apa pun seronok sangat tengok aktiviti camni yer…

    1. Bukan Bunda… kebanyakkannya adalah rakan media. Udang tu saya bawa dpt bawa balik. T kasih kpd Tourism Malaysia Perak yg tolong simpankan.. bawa balik utk makan sekeluarga.. 🙂 🙂

  27. Salam Khir… Nampaknya Daerah saya jadi permulaan entri. Sungai Perak memang terkenal dengan udang galah (kenapa xambil gambar replika udang galah tu?) dan Teluk Intan adalah diantara lokasi terkenal. Ada banyak lagi lokasi disepanjang sungai Perak yg boleh dijadikan lokasi memancing udang galah ni. Saya xpernahlah memancing kat Teluk Intan tapi biasanya di Bagan Datoh (muara sungai perak) atau di Sungai Dulang. Disana juga adalah syurga memancing udang galah dan ikan sembilang.
    Satu entri promosi yang berjaya dan menarik. Tahniah Khir.

    1. Waalaikummussalam… oh, kawasan jajahan BM rupanya. Ttg replika udang tu saya nampak waktu dlm bas, tp ntah kenapa tak terfikir pulak nak snap gambar. Maklumlah, saya ni kira pelancong juga, cuma dpt ceritakan apa yg dialami shj. In shaa Allah, akan improve lagi lepas ni. T kasih… klu ada jodoh nanti2 bolehlah kita layan memancing udang juga ye BM… 🙂

  28. wahhh..pengalaman menarik tu Khir…pasti rasa teruja…

    1. Mmg sgt2 teruja sis.. mmg menyeronokkan. Paling seronok bila dapat udang hahaa.. 😀

  29. Cheq Eem

    tengok gambar pun dah tau betapa seronoknya semua orang pergi mancing udang galah… bestkan join aktiviti group tourism perak nie… hehehe…. bila lah giliran saya pulak… :p

    1. Mmg best.. alhamdulillah, bnyk pengetahuan & boleh promot kat kengkawan dari negeri2 lain jugak utk ke Perak… in shaa Allah.. ada rezeki tu nanti Cheq Eem.. 🙂 🙂

  30. sangat beruntung kerana mendapat tajaan pihak tourism Perak..memancing udang memang menyeronokkan tu.

    1. Alhamdulillah… mmg menyeronokkan. Banyak juga yg dpt dipelajari.. 🙂

  31. Assalamualaikum mcm best je mancing udang.. dh la SA hantu udang galah. ..kalau SA mancing sampai dptseguni baru balik…hihii

    1. Waalaikummussalam SA.. ooo hantu udang galah eh.. Lain kali jom lah kita pergi ramai2 layan mancing lama2… untung klu dpt bnyk2 ni.. mmg puas makan.. 🙂

  32. Kalau tau dek suami KM ni mesti dia suka. Hobi dia dahlah memancing. Kalau balik kampung sure bwk pancing sekali..

    1. Huhh… mmg kena pergi mancing sini tu KM… best2.. 🙂 🙂

  33. RDZ Z

    Meriahnya..udang fresh lagi..

    1. Hehee.. mmg fresh sungguh. Bergerak2 lagi dlm plastik tu.. 😀

  34. Selalu pergi teluk intan ziarah makcik suami…xtau pulak lokasi mancing rupanya…thanks for sharing

    1. Haa.. skrng dah tau kan… lokasi memancing fofular jugak tu mama amir.. 🙂

  35. Syoknya! Dari dulu nak ikut sepupu pi mancing tapi dorang taknak bawak. Sedih betul T.T

    1. Alahai.. lepas ni kita cari geng lah pergi mancing ramai2… 🙂 🙂

    1. Udang galah lagi hahaa.. 😀

  36. Salam Khir ..Wah bikin panasss betul la ..jeles jeles jeles …Ni mesti seronok sakan nie..Ya la mancing udang tuuu ..Dapat p[ulak udang galah yang sepit biru lagi best kan kan kan ??? Khir dapat ke tak yg sepit biru hahahha …Gambar mmg mantap menarik betul la …Suka tgk semua gambar ..Geram tgk udang yang comel2 tuuu ..Fresh betul …Goreng pon sodappp ..

    1. Waalaikummussalam.. mmg seronok. Udang sepit biru semua tak mau dgn saya.. Nasib naik tekong & bro Ash tak nak bawak udang tu balik. Maka dpt lah saya bawa balik banyak sket hehee.. 😀 😀

  37. Nurul Hidayah

    Segak bergaya dengan hasil tangkapan.. si udang kecil.. hahhaa.. comeh je 🙂

    1. Hahaa gaya kena ada Nurul… sekurang2nya dpt cover tangkapan udang yg kecik tu huhu.. 😀 😀

  38. dapat udang segar, sambil hirup udara nyaman..bersama keluarga dan teman…meriah n best sekali..

    1. Mmg menyeronokkan… air sungai memberi ketenangan tetapi sbb nak mengharapkan udang makan umpan boleh jadi tension jugak Irra hahaa… Thanks.. 🙂 🙂

  39. Aktiviti yang menarik…tempat pun macam best

    1. Mmg menarik, mencabar & menyeronokkan juga Fidah.. 😀

  40. Anonymous

    Lepas ni boleh buat pepatah udang makan anak menggantikan haruan mkn anak². Bestnyer aktiviti ni..perlu kesabaran..

  41. oh..udang FRESH..boleh mkn mentah tak..mana tahu manis je rasanya

  42. I'm interested in your article
    I also have a similar article about travel in Indonesia you can visit http://indonesiacorner.gunadarma.ac.id Information Regarding Indonesia for more info

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.