Masjid Pontian Johor
Panorama Bandar Pontian Johor – Kepada sesiapa yang pernah menjejakkan kaki bersiar-siar atau
bermastautin di Pontian pasti ada pengalaman tersendiri tentang sebuah bandar yang terletak di penghujung paling selatan tanah air dan tanah besar benua Asia ini. Bandar di tepi laut Selat Melaka dan merupakan salah satu bandar yang sedang pesat membangun di negeri Johor.
Bandar Pontian Johor

Bandar Pontian Johor

Sewaktu kesibukan cuti meraikan Aidilfitri, aku berkesempatan meluangkan waktu tengah hari meronda sekitar bandar Pontian untuk mengabadikan beberapa gambar. Inspirasi ini timbul secara tiba-tiba memandangkan keadaan ketika itu lengang disebabkan cuti. Walaupun aku tidak mempunyai kamera taraf professional ketika bercadang untuk mengambil gambar-gambar tersebut, tetapi ia tetap membuatkan hati aku puas kerana dapat juga merakamkan ekspresi panorama bandar Pontian di blog ini.
Kepada sesiapa mengikuti perkembangan serta kemajuan Bandar Pontian pasti dapat melihat perbezaan yang ada dari dahulu sehingga sekarang. Ia pasti lebih dirasakan kepada mereka yang telah berhijrah keluar disebabkan urusan kehidupan termasuklah aku sendiri. Jika dihayati dari tahun 80an sehingga kini, sememangnya terlalu banyak perubahan yang berlaku sehinggakan ada kawasan yang tidak pernah terfikir akan dimajukan seperti bandar baru di Tambak Pontian, telah pun membangun dengan pesatnya.
Justeru, aku kongsikan beberapa gambar terkini panorama bandar Pontian yang dirakam pada Aidilfitri 2014 buat tatapan maya.

Panorama Bandar Pontian

Bandar Pontian Johor
Staduim Mini Pontian
Bandar Pontian Johor
Masjid Daerah Pontian
Bandar Pontian Johor, Tepi laut Pontian
Jalan Tepi Laut Pontian… tempat port kami dulu-dulu di waktu petang
Bandar Pontian Johor, tepi laut Pontian
Kawasan beriadah dan bersantai di tepi laut Pontian
Bandar Pontian Johor, Dewan Jubli Intan Pontian
Dewan Jubli Intan, Pontian
Bandar Pontian Johor, Majlis Daerah Pontian, MDP
Pejabat Majlis Daerah Pontian (MDP)
Bandar Pontian Johor
Tempat kami beraksi BMX dan Skateboard dahulu telah dinaiktaraf dan diselenggara dengan baik
Bandar Pontian Johor
Ke Bandar Pontian dari Jalan Tepi Laut, Pontian
Bandar Pontian Johor
Bandar Pontian mengarah ke Batu Pahat
Bandar Pontian Johor, Jalan Bakek Pontian
Bandar Pontian dari arah Kukup dan Johor Bahru
Bandar Pontian Johor
Deretan kedai di Tambak Pontian
Bandar Pontian Johor, Terminal Bas Pontian
Terminal Bas Pontian di kawasan Tambak Pontian
Bandar Pontian Johor
Kawasan Tambak Pontian yang dahulunya adalah kawasan paya bakau dan laut
Tambak Pontian
Kawasan Tambak Pontian yang telah dipulihara dan dinaiktaraf
Panorama Bandar Pontian Johor, Pulau Pisang
Nun di kejauhan kelihatan Pulau Pisang… Port kaki pancing..

Kenangan Aku Dan Bandar Pontian

Bagi aku, bandar Pontian meninggalkan banyak nostalgia pahit manis zaman persekolahan kerana di sinilah kehidupan aku bermula. Aku dilahirkan di Johor Bahru namun dibesarkan di Bandar Pontian sehinggalah berumur 18 tahun, berhijrah ke Kuala Lumpur pada 1994 dan kini bermastautin di Selangor. Sungguh pun begitu, kenangan bandar Pontian yang terpahat masih tetap utuh dan sentiasa tersemat dekat dihati.
Panorama Bandar Pontian Johor, Khaled Nordin
Sayang sekali, aku tidak dapat lama meneroka Panorama Bandar Pontian Johor untuk diabadikan di blog pada cuti Aidilfitri yang lalu. Tidak berkesempatan bertemu sahabat handai disebabkan jadual masing-masing yang tidak mengizinkan. Ziarah berhari raya di Pontian, Johor Bahru, Batu Pahat dan Muar, masih ada saudara mara yang tidak sempat untuk aku ziarahi juga. Sambil mengukur jalan, terfikir untuk berkongsi panorama menarik tempat-tempat di Johor termasuk negeri-negeri di Malaysia jika berpeluang diwaktu yang lain… in shaa Allah….

94 Thoughts to “Panorama Bandar Pontian Johor”

  1. Norhasniza Khalid

    laaa.. asal kita terbalik ni, mama asal sel dan sekarang menetap di jb. hihi… apapun, mama belum ada kesempatan nak ke pontian. takde sape nak bwk ke sana.. ada rezeki sampai le tu nanti… insyallah

    1. Hahaa.. saya perasan juga.. kita bertukar quota kependudukan negerilah rasanya mama… Ada kesempatan pergilah Pontian. tak sampai 1 jam dari JB.. 😀 😀

  2. tak pernah sampai ke pontian lagi abang khir..mungkin sebab takde saudara dekat di situ. 🙂

    1. Nanti, ada peluang jln2 ke selatan singgahlah Sal.. 🙂 🙂

  3. Mardiah Diana

    Assalamualaikum dan salam singgah di hujung minggu Khir..bnyk jgk yer tempat2 menarik kat Negeri Johor ni..tak bilalah dpt menjejakkan kaki ke sana..

    1. Mmg banyak.. in shaa Allah, ada waktunya nanti boleh pergi.. 🙂

  4. Mohd Selim Zainal

    Assalammualaikum… khir,

    jejalan pontian tak jumpa mselim3 pun…hhahah kecik hati. Mselim3 orang pontian, takper khir ada rezeki kita jumpa nanti k …
    Masa mselim3 sekolah kat pontian selalu gak lepak2 kat seaside nie…. lagi2 best pasar malam setiap jumaat… makan jagung rebus dan air soya …

    mselim3

    1. Waalaikummussalam org kampung ku.. hehee… mmg menarik tu. In shaa Allah, nnti ada jodoh kita jumpa eh.. 🙂 🙂

  5. cntik bndar pontian..suatu hari nti jie berkesempatan dtg sini..

    1. Ada kesempatan mmg kena singgah Jie.. singgah makan2 kat tepi laut… 🙂

  6. Cheq Eem

    antara daerah johor yang saya belum pernah saya sampai… rupanya bandar Pontian berdekatan dengan laut.. maaf lah bab geografi saya memang fail… ekekeke….

    1. Hehee… lain kali klu ke selatan jngn lupa singgah Pontian… ambil jln dlm smpi ke tangkak utk balik KL Cheq Eem.. 😀

  7. RDZ Z

    Tak pernah sampai Pontian lagi..Nway cantik laut Pontian tu…

    1. RDZ Z

      Oldtown white coffee for the weekend..

    2. Klu ke selatan singgahlah Raudzah… seronok ambil angin kat tepi laut tu.. 🙂

  8. ikhwan yusuff

    tak pernah sampai lagi ke pontian ni..cantik panorama..:DD

    1. ikhwan yusuff

      click OldTown untuk En.Khir,,,,salam hujung minggu

  9. tempat yang menarik bro..ada peluang memang ingin juga nak ke Pontian..

    1. Klu ke selatan jngn lupa singgah bro.. makan2 kat tepi laut. Lagi malam lagi seronok.. 🙂

  10. PC ada juga ke Pontian..menziarahi adik ipar..sekali sekala datang nampak perubahannya..alhamdulillah..

    1. Mmg nampak perubahannya kan PC… silap2 kita pernah berselisih kat jalan hehee.. 🙂

  11. Anonymous

    Anak² da sampai,kathy belum.. Hehe..

    1. Sesekali pergilah… jln2 cari makan hehee.. 🙂

  12. Ya Allah dah lama KM tak pergi sana… cantik panorama…

    1. Klu KM pergi lagi mesti terasa perubahannya hehee.. 🙂

  13. alamak, x sempat nak pergi Pontian. semalam sempat jalan2 kat Senai and Kota Iskandar je. T__T

    nanti bulan 9 maybe nak datang balik Johor. hhehehehehe….

    tengok laut tu, nampak best je. boleh mandi ke kat situ? ke tempat lepak je?

    kalau adik dapat pergi taman skateboard tu, mesti dia suka. dia baru dapat hadiah waveboard dari ayah saya. ehe..

    1. Singgahlah Pontian nanti… kat tepi laut tu pun mmg seronok juga bergambar. Wahh.. ada geng saya boleh ajak main skateboard nie.. 😀

  14. cantik… rancang time cuti ni nk ke johor.. saja jalan2 ride ngan moto.. hehe..

    1. Wahh menarik tu.. seronok mcm tu.. best Pha Is.. 🙂 🙂

    2. sekadar rangcangan.. jadi atau tak, kita cuma merancang.. hehe..
      singah menabung sini..

    3. In shaa Allah.. jadi tu.. aamiin.. T kasih Pha Is.. 🙂 🙂

  15. Dah lama tak sampai pontian. Tahun 1999 kali terakhir zumal menjejakan kaki di Johor.

    1. Lama dah tu Zumal.. mmg bnyk yg dah berubah tu… 🙂

  16. Dah lama tak sampai pontian. Tahun 1999 kali terakhir zumal menjejakan kaki di Johor.

  17. Eshamz Halim

    As Salam Bro… Aku belum jejak ke Bandar Pontian lagi… mungkin satu hari nanti akan singgah ke sana jugak… nice sharing bro pastu gambar2 semua cantik dan lawa… kamera yang mahal tidak semestinya menjanjikan gambar yg lawa bro… tapi bergantung kepada kepekaan dan ketajaman mata jurugambarnya untuk menghasilkan gambar yg lawa… serius gambar2 yg bro snap ni cantik… thumbs up bro.. 🙂

    1. Hee.. tu dia, ulasan dari photographer hebat.. alhamdulillah. Feeling jugak br waktu snap gmbar2 ni. Teringat kenangan lalu… T kasih.. 😀

  18. jamian sarif

    aku belum pernah sampai lagi Pontian ni….cantik juga.

    1. Mmg cantik… seronok klu dpt cuti lama sket lepak2 kat Pontian tu.. 😀

  19. memang cantik membangun sekarang nie..suka lepak kat tepi pantai tu..wah..selalu jugak ye khir ke sini..
    dah lepas nie boleh la berjalan ke pasir gudang pulak..

    1. Hehee.. in shaa Allah Aida. Klu angin kuat lagi syok melepak kat situ.. 😀

  20. cantik bandar pontian..tak berkesempatan lagi ke sini..

    1. Ada kesempatan ke Johor nanti singgahlah.. makan2 kat Pontian… 😀

  21. Wah, cantiknye panorama kat Pontian 🙂 Even, Cik Mimie orang Johor still belum berkesempatan ke daerah-daerah lain..Haish, bila nk sampai Pontian ni 🙂

    1. Ohh.. kena pergi tu cik Mimie. Org Johor eh.. 😀

  22. noe pernah pergi sekali kt sini…masjid tu ada masuk…besar gak bandar pontian ni…

    1. Betul tu sis Noe… seronok tinggal kat pontian tu. Cuma rezeki saya je yg bnyk kat tempat lain hehee.. 😀

  23. salam. cantik…teringin nak jejakkan kaki ke sini..

    1. Ada peluang berjalan ke Johor jngn lupa singgah ke Pontian juga cik Itah.. 🙂

  24. Salam Khir ..Wah CANTIK nyerr ..gambar tu cantik sebab tuan yang SNAP pandai Snap gambar ..Lya lum sampai lagi kat sana ..InsyaAllah satu masa nanti kot … Memang cantik dan menarik tempatnyerr ,.Nice sharing Khir

    1. Hehee… kembang idung jap.. Masa snap tu ada feeling sbb teringat kenangan dulu. Klu ada kesempatan, singgahlah Pontian.. T kasih Lya.. 🙂

  25. belum pernah ke pontian.. 🙂

    1. Kena pergi jenjalan sekali tu Wawa.. jln2 cari makan.. 😀

  26. ~Kak Nah Backyard (^_^)~

    kak nah xpernah sampai pontian lagi..cantik..tepi laut macam lumut juga ek..

    1. A ah kak Nah.. mmg ada mcm kat Lumut… 🙂

  27. gambar time raya nampak tenang jer bandar pontian ini…bila musim raya abis aku rasa mesti sesak jugak aktiviti kat pontian nie kan???

    Regards,
    -Strider-

    1. Betul tu bro Strider… mmg sesak… skrng ni pun rasa dah sesak dah.. 😀

  28. Dah lama tak ke pontian..dulu2 selalu lalu situ..

    1. Oh.. slalu lalu eh.. saya pun lama tak ke Pontian jugak. Bila balik, bnyk yg dah berubah.. 🙂

  29. musim cuti festival, lengang bandar pontian
    tengok dalam gambar ajelah kemakmuran bandar pontian
    entah zaman bila dapat ke sana

    1. Betul tu Yana… aman dan makmur. Klu ke selatan mesti singgah tau.. 😀

    1. Mmg menarik… tenang je.. 😀

    1. Ada kesempatan pergilah sahabat.. 😀

  30. Ija Rased

    cantik dan bersih bandarnya. tak pernah sampai pontian

    1. Mmg cantik… tenang. Setenang angin laut yg bertiup… 🙂

  31. Sylarius Yusof

    Saya masih belum pernah sampai ke Pontian ni walaupun dulu pernah menetap di negeri Johor. Kalau pekan Kluang tu, biasa sangat la. Haha

    1. Ohh.. lama jugak saya tak ke Kluang… 🙂

  32. tak pernah sampai lg bro khir..cantik panoramanya..gambar yg diambil pun cantik..amboi lpas ni bleh jadi photogfer la ya bro.. sedikit sbyak ada dah gambaran mengenai bandar pontian ni 🙂

    1. Huh… jadi photographer pulak lah lepas ni hehee.. T kasih bro Sobri. Ambil penuh penghayatan tu… bnyk kenangan lalu.. 😀

  33. Pontian…penghujung benua asia..
    Kampung saya….

  34. Pontian…penghujung benua asia..
    Kampung saya….

    1. Salam org kampung… salam org selatan… 😀

  35. CN tak pernah lagi ke sini..cantiknyer 😉

    1. Nanti ajaklah hubby jln2 johor sekeluarga… singgah pontian sekali CN.. 🙂

  36. Orang kata Pontian ni asal dari perkataan Pontianak… entah la…

    1. Org pontian tak takut dgn pontianak.. semua pontianak dipaku je tengkuk… 😀

  37. Norniwanie Nasarudin

    Sebagai anak Johor, Wanie bangga dengan kemajuan Pontian..walaupun tak selalu dapat ke sana, tapi pernahlah sampai.. ^_^

    1. Alhamdulillah Wanie.. mmg nampak kemajuannya. Sekali bercuti panjang di Johor, jln2lah ke Pontian.. shopping2 & makan2… 😀

  38. selamat hari raya KK..eh suka2 hati ye buat singkatan nama..hihi
    waaa tengok air laut dia macam best..irra xpernah ke sini lg..jumaat ni insyaAllah akan ke johor, segamat…hehe bukan pontian..dh lama KK xsinggah irrayyan.com..irra pon baru je datang mood blogwalking..hehe lama juga xsinggah sini…ni nak terjah entry2 khirkhalid.com

    1. Slmt hari raya juga Ira.. saya pun lemau sikit berblogging ni. Bnyk makan marjerin & santan… tengah mengah hehee. T kasih sudi singgah… 🙂

  39. KiD

    aku pun dah lupa yang aku pernah ke Pontian or tak.. atau lalu je kat Pontian.. hehehe.. pemandangan pun cantik!

    1. Klu lain2 kali ada ke Johor singgahlah pontian makan2 bro Kid hehee… 😀

  40. memmet lenggeng

    hampir keseluruhan daerah di Johor pernah saya jelajahi kerana tuntutan kerja! Jauh perjalanan luas pemandangan

  41. Hujung tahun insyaallah SA pindahTg Bin…site opis kat sana…hihi

  42. Belum jejsk kaki lagi kat area sana

  43. acik idah

    Dalam kesibukan khir berhari raya sempat juga merakamkan panorama bandar pontian yer… 😀

  44. Pernah juga bersantai di situ dulu… Sekali je pnh pgi..

  45. Lama tak jalan2 Johor sejak kaklong dah pindah kl…

  46. Tuan, tak sebut lorong atap ke?? port cari ikan ngan udang galah murah
    Warga Johor sila terjah sini ==>> Orlando Bloom dan Babywearing

  47. Vee Sandi

    2 thn lepas , saya n family makan di tepi laut itu di waktu mlm n tetiba hujan dtg dr laut … perghhh

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.