Pengisian ‘Soft Skills’ Parol WPKL Bersama Suria NGV – Kemahiran ‘soft skill’ merupakan satu elemen penting dalam kepimpinan untuk pembangunan insan, kerjaya mahu pun kehidupan yang positif. Baru-baru ini, Saya dan Parol Dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur telah mendekati sektor komersil untuk pengisian ‘soft skills’ bersama Suria NGV Sdn Bhd. di Batu Caves, Selangor.

Pengenalan Syarikat Suria NGV Sdn Bhd
Suria NGV Sdn. Bhd. berkecimpung dalam perkhidmatan pemasangan sistem NGV sejak tahun 2001. Ia merupakan sebuah syarikat bumiputera yang dilesenkan oleh Petronas sebagai syarikat pemasangan NGV yang bertauliah dan beroperasi di beberapa lokasi di Malaysia.
Berdasarkan senario kenaikan harga minyak, NGV telah mula mendapat perhatian beberapa tahun kebelakangan ini bukan sahaja bagi sektor komersil, malah individu yang menjadikannya sebagai alternatif penjimatan. Namun apa yang menarik perhatian Parol WPKL untuk mendekati syarikat ini adalah disebabkan prestasi pengurusan pekerjanya yang ditadbir melalui kaedah dan perlaksanaan yang strategik.
![]() |
Perkongsian ‘soft skills’ En. Muhammad Aziz bersama Pengarah Parol WPKL, PP Saidun Othman dan Pegawai Parol Daerah Gombak, KIP Kasim Sharif |
Perlaksanaan ‘soft skills’ yang senantiasa dititikberatkan oleh En. Muhammad Aziz selaku perunding dan pengurus syarikat merupakan satu contoh yang patut dijadikan ikutan. Ia juga merupakan kekuatan syarikat ini untuk sentiasa berdaya maju selama 14 tahun dengan efisyen dan cemerlang.
Kepentingan ‘Soft Skills’ Untuk Pengurusan Yang Efisien
Berdasarkan kenyataan daripada pekerja Suria NGV tentang kepuasan bekerja, ia secara langsung terkesan buat diri ini. “Kalau bekerja semata-mata untuk gaji, mana-mana pun kita boleh bekerja. Tetapi kepuasan bekerja di sini lebih dari itu. Alhamdulillah… sekiranya diizinkan, saya sememangnya memilih untuk terus bekerja di sini”. Melalui sikap terbuka dan keperihatinan majikan dalam setiap perkara melibatkan kerja, peribadi serta kekeluargaan membuatkan semua yang berkerja ibarat satu keluarga.


Selain itu, ruang kepercayaan yang diberikan majikan kepada pekerja untuk berurusan dengan pelanggan walaupun diperhati melalui cctv demi kebaikan, terbukti mampu membina personaliti kerja yang rajin dan amanah. Itulah antara kepimpinan ‘soft skills’ dalam pengurusan yang dikongsikan oleh En. Muhammad sebagai pendekatan psikologi bagi membimbing pekerja agar dapat melaksanakan kerja dengan efisyen.
Namun apa yang lebih menarik adalah pengisian solat dhuha dengan tazkirah ringkas dan doa sebagai aktiviti musyawarah setiap pagi sebelum perniagaan dimulakan, menjadi pegangan utama syarikat ini sebagai motivasi diri untuk bersaing dan membangun maju. Justeru, atas faktor-faktor tersebut, Parol WPKL mengundang pihak Suria NGV Sdn. Bhd. berkongsi kemahiran ‘soft skills’ untuk kebaikan pengisian program-program Intervensi Parol yang dilaksanakan sebagai satu sokongan dalam komuniti.
Sokongan Suria NGV Sdn. Bhd. Kepada Parol WPKL
Adalah dijangka melalui kerjasama komuniti diantara Parol WPKL dan Suria NGV Sdn. Bhd. ini dapat menyuntik kepercayaan kepada seluruh masyarakat untuk turut membantu. Ia menjadi harapan agar peluang latihan teknikal, mekanikal mahu pun ruang kerjaya kepada yang komited dan berpotensi dibawah seliaan Parol WPKL juga dapat diwujudkan untuk kebaikan jangka panjang.
Justeru, kepada semua pembaca yang ingin
bertukar kepada NGV untuk kereta anda, bolehlah datang atau menghubungi maklumat yang disertakan dibawah:
bertukar kepada NGV untuk kereta anda, bolehlah datang atau menghubungi maklumat yang disertakan dibawah:
Suria Professional Service Centre
En.
Muhammad Aziz – 016-335 5456
Muhammad Aziz – 016-335 5456
Stesen Minyak Petronas
Lot 29071 & 29072
Taman Samudera
68100 Batu Caves
Selangor
Cawangan Johor Bahru
No. 5, Plaza Larkin Indah
Jalan Datin Halimah
80350 Johor Bahru
Johor Darul Takzim
Baca lagi > Aspirasi Pembangunan Insan Gevovasi

Berkongsi perspektif industri digital disamping editorial dan dakwah. > PROFILE
lama saya tak jejak sini, satu perkongsian yang menarik dan bermanfaat…terima kasih…
masa belajar degree, siapa da kelas untuk soft sklill lagi..best dan sangat bermanfaat
Pernah terfikir bertukar kepada NGV tapi beberapa perkara menganggu fikiran.. in shaa Allah akan mendapatkan info lengkap dari caw JB tu.. Terimakasih Khir 🙂
saya bekerja dalam khidmat pelanggan
selalu sangat jumpa perkataan soft skill ni…hehe
kalau dah kerja jumpa pelanggan, kena ambil tahu bab gini
memang sgt penting soft skill ni dlm organisasi…tak sangka kan company macam ni pun buat pendekatan softskill, ingat sykt korporat je…mmg terbaik dan patut dicontohi usaha2 sebegini…
soft skill ni selalu dipraktikkan oleh organisasi besar terutamanya sektor swasta, sektor kerajaan patut juga mengamalkan soft skill ni..
Syarikat bumiputera lain patut jadikan syarikat ini sebagai contoh agar lebih banyak syarikat bumiputera berjaya…
oo kat JB pon ada yek..
bagus betul syarikat melayu camni
Owh.. Kt bt cave.. Mmg tgk kt situ sllu byk kete..
Perkongsian yang bermanfaat..
Prtama kali lya dgr brkaitan ni..syabad Sgt Ank mlyu dah makin maju
soft skill itu yang penting
anak-anak muda zaman sekarang kena belajar banyak soft skill.
Salam KK ..Wah perkongsian hebatni ..Bukan senang tu ..Dapat dijadikan kekuatan untuk bersaing ke arah yang lebih maju ,..( Melalui sikap terbuka dan keperihatinan majikan dalam setiap perkara melibatkan kerja, peribadi serta kekeluargaan membuatkan semua yang berkerja ibarat satu keluarga.)SETUJU sangat dgn kenyataan ni …
alhamdulillah.. satu aktiviti berjemaah yang patut dicontohi dalam syarikat..
Menarik… EH tak cerita pun berapa kos pemasangan NGV dekat sini he…23x
http://www.broframestone.com
Pengisian soft skill yang menarik. Kalau semua majikan islam buat begitu…,
bertuahnya mereka yang menjadi pekerja. Diberkati dunia dan akhirat.
Jom sokong syarikat bumiputera…
Bagusnya. Terbaiklah syarikat ni. Kerja selari dgn syariat.
patut laa mcm familiar tmpt tu…hehehe kt bt caves..
semoga Suria Professional Service Centre terus maju dimasa akan datang…
cn pernah ke sini teman kawan ..hehe
Assalammualaikum… khir,
ooo dekat JB kedai nie… boleh gi terjah nanti… terima kasih khir atas hebahan nie..
mselim3
Pengkongsian yang menarik bro… 😀
nice sharing
Terima kasih atas perkongsian ini KK…
alhamdulillah … ada pengisian tazkirah dan solat dhuha … 2x inti